Bab 22

11.6K 251 7
                                    

"Kenapa Afran tak ikut sekali? Kalau terjadi apa-apa dekat Zulaika nanti, kita yang susah,"

Tengku Afran dah masak dengan bebelan seperti itu. Dia cuma terkejut dengan kehadiran Dato Aydan di syarikatnya itu hanya semata-mata mahu membincangkan hal Zulaika yang pergi ke Filipina. Lagipun hal itu sudah dipersetujui orang ramai. Bukan salah dia juga. Zulaika sendiri yang mahu pergi seorang diri.

"Ayah, Afran tak dapat halang kehendak dia...dah dia mahu pergi lagipun dia pergi dengan bos dia. Kalau Afran ikut nanti apa cakap bos dia? Better let her do on her own lagipun Afran busy dengan projek baru Afran,"

"Tu lah yang Afran risaukan! Projek baru sampai ke sudah pun awak tak pernah ambil peduli tentang hal isteri!" Dato Aydan tidak dapat mengawal kemarahannya. Mencerlung matanya menikam anak mata anaknya itu yang tengah leka memeriksa satu fail di atas mejanya.

"Apa masalah ayah sebenarnya ni?! Apa yang Afran buat, semuanya tak kena depan mata ayah. Apa lagi ayah nak dari Afran?" Tengku Afran turut sama mengeluarkan bara api kemarahannya. Matanya dilontar ke arah ayahnya berdiri.

Begitulah mereka anak-beranak. Sekali sahaja jumpa ada benda yang mereka tak puas hati sesama sendiri.

Tengku Afran bingkas bangun lalu membuang pandang ke luar. Ada sahaja hal yang Dato Aydan tak suka padanya. Semuanya dia dah lakukan sampai dia sanggup mengahwini Zulaika. Waktu itu dia hampir kehilangan Shira. Apa lagi yang mereka mahukan untuk memuaskan hati mereka?

"Afran...ayah nak Afran jaga Zulaika dengan sebaiknya. Dia adalah perempuan yang Afran akan cintai dan sayangi. Percayalah cakap ayah ni. Zulaika yang terbaik untuk Afran," perlahan dan lembut Dato Aydan menuturkan ayat itu.

Tengku Afran masih dengan egonya. Dia berpeluk tubuh. Langsung tidak mahu memandang ke arah ayahnya itu. Dari kecil lagi dia tidak suka dengan ayahnya itu. Apa yang dia mahu dari kecil tidak pernah dihajati. Hinggalah dia besar ini, perempuan yang menjadi pilihannya hanya tinggal mimpi. Malah semakin jauh untuk dia mengapai angannya itu. Semuanya gara-gara Dato Aydan, ayahnya itu.

"Ayah minta maaf kalau ayah dah banyak sakitkan hati Afran...ayah buat semua ni untuk masa depan Afran juga,"

Senang je lelaki tua itu minta maaf. Betapa banyak hatinya terguris sebab apa yang dia mahu tidak pernah dihajati. Dia mahukan Shira sahaja untuk menemaninya bukan Zulaika.

"Ayah simpan kata maaf ayah tu untuk ayah sendiri..." Tengku Afran akhirnya bersuara setelah begitu lama dia bermonolog sendiri.

Kedengaran keluhan kecil milik Dato Aydan. Tapi tidak dipedulikan Tengku Afran. Hatinya sarat penuh dengan dendam dan sakit hati yang tidak pernah ada penawarnya pada orang tua itu.

"Ayah cuma nakkan yang terbaik untuk Afran,"

"Terbaik?! Ayah tengok Afran bahagia ke lepas kahwin dengan menantu pilihan ayah tu? Bahagia ke? Tu ke yang ayah cakap terbaik untuk Afran?" Ditinggikan lagi suaranya siap tangannya mengawang ke udara.

Matanya tepat menikam tubuh ayahnya itu. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia membunuh orang tua itu tapi siapa dia hendak berbuat begitu. Dia masih ada rasa berperikemanusiaan.

"Kalau bukan sebab ayah, Afran mungkin dah bahagia dengan Shira sekarang. Yang Afran mahu bukan Zulaika, perempuan gemuk tu! Afran nak Shira!" Jerit Tengku Afran melampiaskan amarahnya berdepan dengan Dato Aydan.

"Jaga sikit mulut kamu tu! Yang gemuk tu nantilah yang kamu sayang," Dato Aydan tidak mengalah dengan pembicaraan hangat di antara mereka.

Tengku Afran tergelak sinis. Balik-balik nama Zulaika sahaja yang disanjung tinggi. Dia jadi curious kenapa ayahnya itu sanggup mempertahankan perempuan gemuk itu. Mesti ada udang di sebalik batu!

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now