Bab 7

9.4K 216 2
                                    

Sampai juga dia di depan rumah agam itu yang tampak mewah sekali. Dia keluar. Namanya kedengaran dilaung dari pintu depan rumah itu.

"Afran...marilah masuk!"

Datin Rapiah nampaknya begitu gembira dengan kepulangan anaknya hari itu. Rindunya pada Tengku Afran tidak pernah surut. Setiap masa dia akan teringatkan anak terunanya itu. Kadang dia risau kalau Tengku Afran belum makan ke apa.

Tangan Datin Rapiah disalam. Anak beranak itu melangkah masuk.

"Afran dah makan ke? Mama ada masak ayam masak merah tadi. Kalau lapar mama suruh Mak Mah sediakan makanan untuk Afran,"

Tengku Afran kusut. Malas dia layan bicara ibunya itu. Dia dengan malasnya melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu. Tubuhnya disandar ke belakang. Matanya dipejam rapat. Dahinya kelihatan berkerut. Risau pula Datin Rapiah dibuatnya. Pantas dia menghampiri anaknya itu. Dahi anaknya itu disentuh dengan belakang telapak tangannya. Tidak pula panas badan anaknya itu.

"Kalau Afran pening sini biar mama picitkan," kata Datin Rapiah lalu tangannya lembut memicit dahi dan kepala anaknya itu.

Tengku Afran masih diam. Namun dia begitu selesa diperlakukan begitu seolah dirinya disayangi. Ibu mana yang tak sayang anaknya. Tengku Afran perlahan mencelikkan matanya. Tangan ibunya perlahan digenggam lalu menyuruh Datin Rapiah duduk di sebelahnya. Datin Rapiah  akur lalu duduk menghadap anaknya itu. Wajah penat anaknya itu ditatap lembut.

"Mama...Afran sayang mama dengan ayah sekali. Tapi...kenapa Afran kena kahwin dengan anak kawan ayah tu? Afran dah ada pilihan sendiri dan InshaAllah kalau ada masa nanti Afran akan bawa dia jumpa mama dengan ayah..."

"Afran...kenapa ni? Kenapa masih tak faham lagi apa yang mama dengan ayah lakukan begini untuk Afran. Zulaika tu baik orangnya. Memang sesuai dijadikan seorang isteri," ujar Datin Rapiah yang sememangnya tidak suka Tengku Afran terus berbincang tentang perkara itu. Baginya itu sudah keputusan yang muktamad dan dia memang berkenan dengan perangai Zulaika itu.

"Mama...masalahnya Afran tak suka dia. Afran dah ada pilihan sendiri. Pleaselah mama jangan buat Afran macam ni. Afran nak kahwin dengan orang Afran cintai. Afran tak nak kahwin dengan orang tak tutup aurat macam Zulaika tu!" Keluh Tengku Afran masih tidak mahu mengalah. Dia harus berperang untuk menang. Nanti kalau dia kalah tentu dia akan dikahwinkan dengan Zulaika.

Datin Rapiah mengelengkan kepalanya. Degil pula anaknya itu. Tangannya ditarik dari genggaman anaknya itu. Kalau sebab itulah anaknya balik hari itu, betapa dia kecil hati. Seorang ibu merindukan anaknya siang dan malam tapi bila pulang sahaja anaknya langsung tak memahami perasaan seorang ibu.

"Mama..." panggil Tengku Afran begitu manja. Dipegang bahu ibunya itu supaya memandangnya.

"Afran...kalau Afran tak suka dengan pilihan mama dengan ayah, tak payahlah nak hina mereka. Mereka tu manusia jugak macam kita ni. Nak perempuan tutup aurat diri tu sempurna ke? Sedangkan solat lagi mama yang ingatkan. Kita tak boleh judge orang yang tutup aurat dengan yang tak tutup aurat. Kita tidak tahu orang yang tutup aurat ni baik ke tak. Macam tu jugak orang yang tak tutup aurat," jelas Datin Rapiah juga diselitkan sedikit teguran untuk anaknya itu.

Tengku Afran mengeluh kecil. Sungguh dia kalah dengan ibunya itu. Dengan ayahnya pun dia pasti kalah. Dia tahu dirinya sedikit lalai tapi tidak salah kalau dia mencari seorang isteri dari kalangan yang menutup aurat. Nanti senanglah dia tak perlu ajar dan tegur lagi.

"Mama, apa lebihnya Zulaika tu sampai mama dengan ayah nak sangat dia jadi menantu? Afran ni ada hidup sendirilah, mama. Biarkanlah Afran yang pilih sendiri calon isteri Afran. Orang luar dekat sana tu bahagia je Afran tengok dengan pilihan hati sendiri," Tengku Afran nampaknya tidak mahu angkat kaki. Tapi dia tahu dia akan kalah. Kalah dalam perperangan itu.

Datin Rapiah geleng kepala lagi. Menjawab! Makin berani Tengku Afran membalas segala bicaranya tadi.

"Zulaika tu mama nampak ada sesuatu yang begitu istimewa dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh tengok keistimewaannya itu. Memanglah Afran belum kenal siapa Zulaika nanti lepas kahwin Afran akan kenal Zulaika jugak. Afran...sekali ni je mama mohon tolong dengar kata mama dengan ayah. Mama dengan ayah buat macam ni sebab mama dan ayah yakin Zulaika boleh bawa Afran ke pangkal jalan. Memang Zulaika tak tutup aurat tapi percayalah Zulaika tu memang baik dan Afran akan rasa bertuah bila mengahwini dia nanti,"

Tengku Afran membuat kata putus di dalam hati. Dia kalah. Nak lawan lagi memang dia tak ada idea nak bantah. Ibunya menang! Ya Allah...rintihnya cuma di dalam hati.

🌼 🌼 🌼 🌼

Zulaika begitu khusyuk menyempurnakan solatnya pada malam hari. Usai solatnya, dia berdoa. Doanya begitu panjang malam itu mengharap Tuhannya sudi mendengar kata hatinya.

'Ya Allah, betul ke semua apa yang aku lakukan ini? Andai dia adalah jodoh yang Engkau turunkan untuk aku, Engkau berikanlah aku kekuatan, ketabahan dan kecekalan hati supaya aku bisa menerimanya dengan sepenuh hati aku...'

Telekung putih itu dilipat lalu dimasukkan ke dalam almari. Sejadahnya tadi dilipat lalu digantung di tempat penyidai tualanya. Rambut panjangnya itu dibiarkan lepas ke bahu. Sesungguhnya dia tidak cantik sehingga Tengku Afran langsung tidak memandangnya walaupun dia berdiri di depan. Dia sedar diri tapi disebabkan orang tuanya yang menginginkan lelaki itu sebagai menantu, dia tidak berani membantah. Dia tidak mahu jadi anak yang derhaka pada orang tuanya. Dia mahu orang tuanya bahagia walaupun dia sanggup korbankan masa depannya. Mungkin masa depannya bersama lelaki itu...dan mungkin ini adalah ketentuanNya.

Ketukan di pintu mengejutkan Zulaika dari terus tenggelam dengan lamunan panjangnya itu. Dia menoleh lalu tersenyum bila memandang ayah dan ibunya yang sudah masuk lalu duduk di sebelahnya. Zulaika tahu mereka mahu mendengar keputusan darinya. Demi nama Allah...

"Ika setuju. Ayah dengan mama jangan risau pasal Ika. Ika akan setuju sebab pilihan mama dengan ayah pasti yang terbaik punya!" Kata Zulaika lalu tergelak di hujung katanya tadi.

Puan Maimun dan Tuan Hamzah senyum senang. Dalam hati mengucap syukur ke hadrat Illahi.

"Terima kasih Ika sebab Ika dah setuju dengan pilihan ayah ni..." ujar Tuan Hamzah begitu terharu.

Zulaika senyum namun matanya mula bergenang. Cepat sahaja dia mendakap tubuh ayahnya itu dengan manja. Air matanya mengalir juga. Puan Maimun turut memeluk tubuh Zulaika dari belakang. Dia faham sangat dengan perasaan anaknya itu. Naluri ibunya sentiasa tahu apa yang dirasakan Zulaika tika itu. Tapi dalam hatinya dia berdoa semoga jodoh anaknya itu berpanjangan hingga ke jannah.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now