Bab 6

9.6K 236 2
                                    

"Mama, Ika pergi dulu!"

Tangan Puan Maimun disalam lembut. Zulaika menuju ke hadapan sambil memakai kasut kesayangannya itu.

"Hati-hati pandu kereta tu! Pulang jangan lewat sangat," pesan Puan Maimun yang sememangnya risau dengan keadaan anaknya itu.

Zulaika hanya angguk sambil mengukir senyuman senang. Berat hati Puan Maimun melepaskan kepergian anaknya itu tapi dia kesian juga bila anaknya itu mengadu bosan kepadanya asyik terperuk di rumah itu. Ini Zulaika mahu pergi ke perpustakaan terdekat untuk baca buku. Dia tahu anaknya itu tidak ada kawan.

Zulaika memandu kereta Myvinya dengan cermat. Nanti terlanggar kereta orang, duit ayah juga keluar nanti. Kereta selamat berhenti di tempat parkir kereta. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan perpustakaan yang menjadi tempat persinggahannya bila sunyi. Dia tidak hiraukan pandangan mata orang di situ yang suka mengata tentang kegemukannya itu. Tiap tahun badannya itu selalu naik berat. Itulah makin besar. Berat badan pun tidak pernah surut.

Selepas mencapai satu novel yang berkenan, terus dia mencari tempat duduk di tempat yang jauh dari orang ramai. Dia tidak suka orang perhatikannya dengan pandangan yang dia tidak mengerti. Mungkin mengutuk di dalam hati.

"Hai!"

Zulaika pelik. Buku novel diturunkan sedikit. Dia memandang ke sisinya. Pelik bila ada seorang lelaki sudi menegurnya. Dia senyum tidak ikhlas.

"Hai...yes, kenapa?" Soal Zulaika yang kekok dengan lelaki itu.

Boleh tahan hensem jugak dia ni! Zulaika mengukir senyum di dalam hati. Gatal jugak dia ni!

"Boleh saya duduk sini? Meja yang lain dah penuh!"

"A'ah, boleh!" Jawab Zulaika dengan senyuman senang.

Dia kembali membaca buku novelnya tadi. Lelaki itu masih tersenyum memandang ke arahnya. Zulaika betul-betul tidak selesa dengan pandangan lelaki itu.

"Nama saya Johan. Panggil Jo je. Awak?" Dengan mudahnya Johan memperkenalkan dirinya pada Zulaika yang baru dikenalinya itu.

Zulaika senyum selepas memberitahu namanya. Dia sebenarnya tidak suka cara Johan memerhatikan dirinya seolah ada yang tak kena dengan dirinya. Dia pakai baju. Tak terbalik pun. Rambutnya pun bukan serabai. Dia dah ikat kemas sebelum pergi ke sini.

"Sorrylah kalau saya buat awak tak selesa dengan saya. By the way, nice to meet you. Actually dah lama saya perhatikan awak and guess what akhirnya saya dapat berkenalan dengan awak," begitu gembira sekali Johan bersuara memberitahu niatnya sebelum ini.

Zulaika tercenggang. Dia gemuk macam itu pun ada orang nak berkenalan dengannya? Okey, dia tertarik nak tahu apa niat sebenar lelaki itu yang beriya-iya mahu berkenalan dengannya. Jangan cakap nak buli dia sudahlah! Dia tak ada masa untuk dipermainkan lagi. Cukuplah masa di zaman persekolahannya dulu sahaja.

"Apa istimewanya saya ni sampai awak perhatikan saya lepas tu nak berkenalan dengan saya?" Tanya Zulaika begitu direct. Dia tak nak buang masa dengan lelaki yang hanya mempersendakan dirinya di depan khalayak orang ramai di situ.

"Zulaika, calm down...saya tak macam orang lain yang di sini pandang awak lepas tu mengutuk kegemukan awak di dalam hati. Saya manusia dan awak manusia. Jadi saya faham perasaan awak. Saya ikhlas nak kawan dengan awak. Saya ni tak pilih kawan,"

Johan memandang Zulaika yang tanpa reaksi itu. Dia betul-betul ikhlas mahu berkawan dengan perempuan itu dengan cara baik. Dia langsung tak ada niat untuk mempersendakan Zulaika. Baginya Zulaika seorang yang baik dan dia pelik kenapa orang lain cuba meminggirkan orang gemuk seperti Zulaika? Apa kesalahan yang Zulaika telah lakukan pada mereka? Tak ada!

"Okey...saya boleh kawan dengan awak tapi tak payahlah sampai nak merayu bagai dekat saya. Saya ni tak adalah istimewa sangat sampai awak merayu macam tadi," Zulaika akhirnya bersuara dengan wajah mesra.

Buat pertama kalinya dalam sejarahnya, dia mempunyai seorang kawan lelaki. Johan kelihatan begitu gembira dengan penerimaannya itu. Dia kembali fokus pada pembacaan mereka. Dekat waktu lunch, Johan mengajak Zulaika untuk makan di restoran terdekat. Zulaika banyak kali menolak tapi Johan terus merayu sehinggalah dia mengalah. Akhirnya dia keluar makan bersama Johan.

Restoran Habsah dan keluarga menjadi tempat mereka untuk mengisi perut mereka yang lapar. Restoran itu terkenal dengan nasi ayamnya yang begitu sedap dan lazat sekali. Pelanggannya tidak pernah putus datang ke situ. Tapi nasib mereka begitu baik tengahari itu disebabkan meja masih lagi banyak yang kosong. Mereka memilih meja yang berdekatan dengan pintu masuk restoran itu.

Sebaik memesan makanan dan minuman, mereka bersembang sementara menunggu makanan mereka datang. Pelanggan pun makin banyak memenuhi meja di situ sehingga ke luar restauran itu. Zulaika melilaukan pandangannya memandang tingkah laku pelanggan di situ. Tidak semena matanya tertancap pada satu susuk tubuh seorang lelaki yang begitu amat dikenalinya. Bukan main lagi mesra lelaki itu layan perempuan di hadapannya itu.

"Zulaika, awak okey ke tak ni?" Tegur Johan bila perasan wajah Zulaika seperti orang yang tengah panas.

"Oh, okey!" Pantas Zulaika jawab. Tapi matanya mencerlung tajam ke arah lelaki yang diperhatikan tadi.

Patutlah tak nak kahwin dengan dia sebab dah ada pilihan sendiri. Zulaika rasa tercabar! Tapi kenapa pulak dia rasa tercabar? Opps, mungkin dia dah jatuh suka dengan lelaki itu a.k.a Tengku Afran!

🌼 🌼 🌼 🌼

Tengku Afran pantas mencapai lengan Zulaika dengan kasar namun sempat dielak. Dia peluk tubuh dengan hatinya mendongkol marah. Siapa tak sakit hati tengok orang kita suka bermesra dengan perempuan lain tambah lagi orang yang kita suka itu bakal suami kita sendiri? Zulaika mendengus kasar.

"Apa awak nak?" Soal Zulaika begitu kasar. Menyampah dia tengok muka Tengku Afran! Pantas dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Siapa lelaki dengan kau tadi?" Tanya Tengku Afran begitu tegas.

"Oh, ni mesti kes cemburulah..." Zulaika bagai mahu tergelak tapi cepat dipintas oleh Tengku Afran.

"Sorrylah, jangan perasan sangat! Aku tak hinginlah dengan orang gemuk macam kau ni! Aku tanya sebab aku nak kau tolak keputusan ayah kau yang nak sangat jodohkan kita sebab sampai akhirat nanti pun aku tak akan pernah jatuh cinta dengan kau! So lelaki tadi tu mesti boyfriend kau kan...? Tak payahlah kau kelentong aku sebab aku tau kau suka lelaki tadi tu kan..." panjang lebar hujah Tengku Afran sehingga Zulaika sakit hati.

"Hello, Encik Afran, untuk pengetahuan awak, lelaki tadi tu sekadar kawan saya je dan saya masih tetap dengan keputusan saya. Saya takkan berundur kalau ini perkara yang boleh membahagiakan orang tua saya. Terpulanglah pada awak nak hina saya ke nak kutuk saya ke tapi saya tetap nak kahwin dengan awak. Full stop!"

Zulaika lekas mengangkat kaki pergi meninggalkan Tengku Afran di situ. Lagi lama dia menghadap lelaki itu lagi panas hatinya. Entah mengapa dia serius mahu kahwin dengan lelaki itu? Entah bagaimana nanti kalau mereka dah kahwin?

"Berlagak! Kalau gemuk tu tak usahlah nak berlagak cantik! Memang tak cantik pun!" Jerit Tengku Afran begitu marah. Dia harap jeritannya itu dapat didengari Zulaika yang semakin jauh meninggalkannya.

Merah padam mukanya mengeluarkan haba marahnya. Entah dugaan apa yang dia boleh bertemu dengan Zulaika hari itu.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now