Dia baring lemah di atas katil itu. Tapi dia masih mampu bergerak sedikit. Itu pun dengan bantuan kerusi roda yang diberikan oleh pihak hospital ke atasnya. Sejak dia dibenarkan keluar, itu pun atas suruhannya, dia sentiasa dijaga baik oleh suaminya. Sesibuk mana pun Tengku Afran, suaminya itu masih mencari masa untuk luangkan bersamanya. Lagipula usia kandungannya sekarang mencecah tiga bulan, bertambah kasih sayang Tengku Afran tumpahkan ke arahnya. Kedua orang tua suaminya itu juga turut menziarahinya di waktu Tengku Afran pergi bekerja. Bahkan hubungan mereka semakin rapat.
Shira cuba bangun dan waktu itu ada tangan membantunya. Dia duduk di atas kerusi roda itu lalu dia menoleh ke arah suaminya. Sempat bibirnya menguntum senyum manis untuk suaminya itu.
"Nak ke mana?" Tanyanya sambil menolak kerusi roda itu, perlahan.
Sejak Shira sakit itu, bilik mereka pindah di tingkat bawah untuk memudahkan isterinya itu bergerak ambil angin segar di luar rumah. Shira pun bersetuju walaupun pada awalnya dia setuju sehingga mereka bertelingkah tentang hal itu. Mujur isterinya itu memahami kehendaknya.
"Abang..." Shira memanggil, lembut.
"...saya teringin sangat nak bertemu dengan Zulaika..."
Dengusan kasar kedengaran. Jelas sekali suaminya itu tidak suka perkara itu dibincangkan. Tapi Zulaika itu isteri suaminya, madunya juga. Jadi Zulaika ada hak untuk berada di sisi suaminya itu.
"Kenapa dengan Zulaika? Apa yang Zulaika buat sampai abang benci sangat dekat dia? Zulaika tu kan isteri abang juga. Tidak adil kalau abang layan saya je," Shira bersuara atas kerana ketidakpuasan hatinya.
Dia tidak mahu suaminya berlaku tidak adil. Baru sekarang dia berani bersuara untuk bimcang tentang hal itu. Ke mana menghilangnya Zulaika pun dia tidak tahu. Dulu dia tidak berani bertanya sebab dia memahami perasaan Tengku Afran yang langsung tidak menaruh apa-apa perasaan pada Zulaika.
"Please...tolong jangan sebut tentang dia..." Tengku Afran bersuara lirih.
"Sampai bila, bang?" Soal Shira lagi. Dia mahu Tengku Afran sedar kesilapannya itu.
"Abang belum bersedia...abang tau abang salah. Abang berdosa...abang tak layak untuk dia," jawab Tengku Afran dengan wajah serba salahnya. Dia tunduk cuba menyembunyikan rasa sedihnya.
"Apa pun yang terjadi, layak ke tak layak, Zulaika tu masih isteri abang yang sah. Saya nak kita bersatu, bang...saya nak abang berlaku adil dengan isteri abang. Abang carilah Zulaika...kita bina keluarga bahagia, bang..." ujar Shira yang tidak habis memujuk suaminya itu. Baginya kebahagiaan suaminya itu penting di matanya.
Dia menolak kerusi rodanya itu ke depan lalu mendekati di gigi kolam ikan itu. Tenang jiwanya memandang ikan-ikan yang bergerak bebas di dalam kolam itu. Alangkah bagusnya kalau dia seperti ikan itu. Bebas berenang sana sini tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya.
"Abang minta maaf..."
Shira terkejut kecil. Perlahan dia menoleh ke sisinya di mana Tengku Afran berdiri. Dia mengukir senyum sebelum dia mengenggam tangan suaminya itu.
"Tak perlu minta maaf dekat saya...tapi dekat Zulaika," ujarnya lembut dengan segaris senyuman di bibirnya.
"Abang akan bawa Zulaika balik tapi abang perlukan masa..."
"Tak apa, bang asal abang dah ada niat bawa Zulaika balik sini pun dah cukup bagus. Terima kasih, bang...I love you..." Shira meluahkan segala rasanya. Meski cintanya dikongsi tapi dia tahu bukan salah Zulaika. Zulaika hanya mangsa keadaan di antara percintaan mereka.
Tengku Afran memeluk bahunya. Lama. Bibirnya mengucap perkataan sayang kepadanya. Shira tarik senyum. I love you, abang...
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
RomanceTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...