Bab 23

11.4K 267 7
                                    

Enam bulan kemudian...

"Abang!"

Jeritan sang isteri menarik perhatiannya dari terus fokus pada tab nya itu. Dia menoleh. Bibirnya terukir senyuman untuk isterinya itu. Shira! Ya, Shira isterinya yang dikahwininya lima bulan lepas.

Hajatnya tercapai juga untuk memiliki Shira, perempuan yang diidamkannya dari dulu. Betapa banyak halangan diterimanya tapi akhirnya jodoh mereka bersatu.

"Buat apa tu?" Shira menhenyakkan punggungnya di sebelah suaminya itu.

"As always, sayang. Kerja!" Katanya sambil angkat keningnya. Bibirnya sentiasa lekang dengan senyuman.

"Kan...dah janji dengan saya hal kerja jangan bawa sampai ke rumah," Shira kelihatan merajuk kecil.

"Okey, okey! Abang salah. Next time abang takkan buat dah. Sayang janganlah merajuk dengan abang ye...tak cantik kalau sayang merajuk," usik Tengku Afran. Hidung isterinya itu dicuit manja.

Shira mencebik. Namun tawanya lepas juga. Kalau dengan Tengku Afran ni, ada sahaja yang mencuit hatinya. Kadang kalau nak merajuk itu pun dia tidak boleh lama-lama. Comel pula tengok Tengku Afran tengah berusaha memujuknya.

Ya, dia bahagia! Dia cukup bahagia dapat bersama Tengku Afran. Suaminya itu menerimanya seadanya, mencintainya seadanya, menerima kekurangannya dan keluarganya. Doanya sudah termakbul tapi satu sahaja dia takut...dia takut suatu hari nanti dia akan kehilangan suaminya itu.

"Sayang kenapa dengan muka sedih ni? Tadi gelak sekarang dah mau nangis. Abang ada buat salah ke?"

Shira terus geleng kepala. Diukir senyum pada suaminya itu. Tangannya lembut dilekapkan pada kedua pipi Tengku Afran. Ditatap wajah bersih suaminya itu sebelum matanya bertentang dengan mata Tengku Afran yang coklat itu.

"Abang...terima kasih sebab terima saya sebagai isteri abang. Saya tau saya tak sempurna..."

"Shhh...no sayang, abang juga tak sempurna. Kita tak sempurna dalam dunia ni. Yang sempurna tu adalah Allah, Tuhan kita. Kita ni cuma manusia biasa ciptaan Dia. Jadi lepas ni abang tak nak dengar sayang cakap tentang kesempurnaan lagi. Abang kaya, sayang orang biasa ke semua tu abang tak kisah. Lagipun itu cuma sementara je," panjang hujah Tengku Afran untuk menyakinkan isterinya itu.

Shira senyum kecil. Dia bingkas bangun lalu tangannya dihulurkan pada Tengku Afran.

"Jom kita makan! Saya dah siap masak tadi tu lah nak ajak abang makan,"

"Makan...? Boleh tak kalau abang makan sayang je?" Tengku Afran tersenyum nakal memandang isterinya itu sebelum huluran tangannya isterinya itu disambut.

"Eiii, gatallah abang ni!" Shira buat muka tidak suka. Ditampar lembut bahu suaminya itu.

"Ouchh! Sakitlah sayang," adu Tengku Afran, berlakon seolah tangannya dipukul kuat oleh Shira tadi.

"Mengada abang ni!" Rungut Shira dengan muncungnya sudah mahu keluar. Dipandang suaminya itu dengan pandangan kurang percaya.

"Tapi sakitnya banyak dekat sini, sayang,"

Bila dia menunjuk ke arah dadanya terus dia menerima pukulan manja dari isterinya itu. Tengku Afran terus gelak. Senak perutnya tadi menahan tawa. Alahai comelnya isteri aku ni...

"Dahlah, tak nak kawan dengan abang," Shira merajuk lalu meninggalkan Tengku Afran di belakang.

"Alaa sayang abang dah merajuklah! Tunggu abang, sayang," panggil Tengku Afran sambil berlari kecil mengejar langkah kaki isterinya itu.

Dekat sahaja, pinggang Shila dirangkulnya rapat ke tubuhnya. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah mereka. Sempat juga dia mengucup ubun isterinya itu.

☆ ☆ ☆

Terlalu banyak perubahan selepas enam bulan itu. Kisah dukanya dulu kini ditukar menjadi kebahagiaannya. Tapi satu sahaja...dia betul-betul minta maaf atas kesilapannya dulu. Dia serba-salah dengan seorang perempuan yang sanggup mengorbankan masa depannya untuk dia.

Zulaika! Selepas kejadian enam bulan yang lalu, dia langsung tidak menghubungi perempuan itu. Bahkan bertanya khabar dari ayah dan ibunya. Seolah kehilangan Zulaika menjadi suatu misteri kepadanya. Ke mana perempuan itu menghilang?

Buku album setebal 3 inci itu diambilnya. Buku itu kelihatan lusuh. Warna buku depannya pun kian memudar. Buku itu disimpan di dalam stor bawah untuk tidak mengecilkan hati Shila.

Dibuka buku album itu. Diselak satu persatu. Bibirnya menguntum senyum tanpa dia sedari. Dia rindu bila bertengkar dengan Zulaika. Dia selalu gelarkan Zulaika; perempuan gemuk. Hina dia untuk puaskan sakit hatinya dulu.

Gambar persepsi perkahwinan mereka ditenung lama. Ditatap wajah gembira Zulaika di atas pelamin. Masa terlalu banyak beredar dan dia rindukan kenangan silamnya. Dia sendiri tak percaya dia boleh mengahwini Zulaika yang besar bentuk fizikalnya. Tengku Afran senyum lagi.

"Tolong jangan lepaskan saya...saya merayu dekat awak..."

Rayuan itu terngiang-ngiang di telinganya. Seolah kata itu diucapkan baru semalam tapi ianya sudah enam bulan berlalu. Tapi kenapa hatinya sakit mengenangkan peristiwa itu?

"Saya doakan awak bahagia bersama dia..."

Diramas rambut depannya itu ke belakang. Dia bersalah. Dia bersalah pada Zulaika. Dia bodoh. Dia mementingkan dirinya sahaja. Dia lupa ada hati yang tersakiti dan orang itu adalah Zulaika.

"Ayah akan tengok sejauhmana kamu boleh bertahan, Afran..."

Ayah! Ampunkan segala dosa Afran, ayah...ampunkan Afran.

Dia salah. Dia berdosa. Walaupun hidupnya bahagia bersama Shila tapi dia tidak boleh lupa apa yang dia dah buat pada Zulaika. Dia kejam.

"Abang!"

Tengku Afran tersentak. Dengar sahaja sahutan isterinya itu terus dia mengesat air mata di pipinya. Buku album di tangannya cepat disembunyikan di dalam kotak. Dia resah tidak tahu nak buat apa. Lantas dia mencapai jaket lamanya lalu keluar.

Terkejut dia bila Shila menolak pintu stor itu. Namun dia sedaya-upaya mengawal mukanya.

"Laaa...abang dekat sini rupanya. Abang cari apa?" Tanya Shila, gembira wajahnya.

"Abang cari ni!" Jaket yang ditangannya ditunjukkan pada Shila.

Shila tidak semena terbatuk kecil. Ditutup separuh mukanya disebabkan habuk pada baju jaket itu.

"Eiii, habuknya! Meh sini saya basuh untuk abang," Shila mengambil baju jaket itu lalu beredar dari situ.

Tengku Afran tercegat di situ. Dipandang sahaja kelibat isterinya itu sehingga menghilang ke tempat mesin basuh. Mungkin nak cuci baju jaketnya itu. Perlahan dia menutup pintu stor itu.

"Maafkan saya, Zulaika..." ucapnya perlahan sebelum dia pergi.

Tanpa disedari Tengku Afran, Shira telah mendengar sebaris ucapan maafnya tadi. Entah mengapa hatinya mula dipagut keresahan. Tapi dalam waktu yang sama, dia simpati untuk suaminya itu.



Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now