Bab 37

12.2K 212 4
                                    

Air mata mengalir deras membasahi pipinya. Dia benci dirinya. Dia dapat menangkap butir bicara orang tuanya bersama Tengku Afran. Waktu itu dia mahu keluar sebab dia rasa dah okey. Tapi ternyata Allah dah memberinya petunjuk. Petunjuk yang dia tidak sangkakan.

"...diakan masih menantu kita, suami Zulaika. Tidak salah dia menjenguk isterinya..." itulah kata ayahnya.

Kenapa semua orang merahsiakan darinya bahawa suaminya adalah Tengku Afran? Kenapa Johan memberitahunya tentang perihal itu? Semuanya tidak masuk akal. Tengku Afran yang dipujanya selama ini adalah suaminya sendiri. Zulaika yang meniti di bibir Tengku Afran dulu rupanya dia. Isteri pertama yang disakitinya itu juga adalah dirinya sendiri.

Semakin deras air matanya mengaburi matanya. Dia melangkah pergi dari situ lalu berlari menuju ke arah tangga emergency. Dia mahu lari dari  kenyataan itu. Laju kakinya menuruni anak tangga itu bersama tangisannya kian terlepas.

"Zulaika!"

Namanya dipanggil beberapa kali. Tapi dia langsung tidak menghiraukan semua itu.

"Zulaika!" Terhenti langkah Zulaika bila bertembung dengan Tengku Afran di tingkat itu.

Dia cepat mahu melarikan diri tapi lengannya cepat disambar Tengku Afran. Zulaika memberontak untuk dilepaskan. Dia belum bersedia mahu berhadapan dengan lelaki itu.

"Awak nak pergi mana ni?"

"Lepaskan saya!" Bentak Zulaika. Dahlah air matanya terus menerus mengalir keluar.

"Zulaika, apa yang terjadi sebenarnya ni? Kenapa awak nak lari dari semua orang?" Tengku Afran terus menyoal.

Zulaika tidak bertahan lama lalu menarik kembali tangannya yang dipegang lelaki itu. Dia bertindak mahu lari dari situ tapi sebaliknya berlaku. Kakinya tersadung pada palang pemegang tangga emergency itu dan tubuhnya jatuh tergolek sehingga ke tangga bawah. Tengku Afran yang melihat kejadian itu, terperanjat besar. Cepat kakinya turun ke bawah lalu mendekati isterinya yang sudah pengsan itu. Dahinya berdarah sikit.

Cepat didukung tubuh Zulaika pergi dari situ. Jururawat di situ dipanggil untuk memeriksa keadaan Zulaika. Dia khuatir sakit isterinya itu bertambah parah.

"Apa kau dah buat pada dia hah?" Marah Johan bila mengetahui keberadaan Zulaika. Tubuh Tengku Afran ditolak kasar.

Tengku Afran terus tersandar pada dinding. Walaupun bahunya terasa sakit, tapi matanya terus menatap ke arah Zulaika yang sudah dibawa beberapa jururawat bersama seorang doktor pergi dari situ.

"Tak perlulah kau berpura-pura!" Marah Johan lagi.

Tengku Afran bagai baru tersedar, tersentak lalu cepat dia meleraikan cengkaman tangan Johan pada kolar bajunya. Ditepis kasar tangan Johan yang sepertinya mahu melemparkan penumbuk.

"Kau tak ada hak buat aku macam ni! Sekalipun kau risaukan Zulaika tapi Zulaika tu masih isteri aku! Jangan lupa batas kau sebagai kawan dia je!" Tengku Afran turut membalas. Sakit hatinya bila Johan asyik mempersalahkan dirinya.

Johan mendengus kasar. Cengkaman pada kolar Tengku Afran dilepaskan. Dia menjauhkan sedikit dari lelaki itu. Kadang dia cemburu dengan Tengku Afran. Walaupun lelaki itu menyakiti Zulaika tapi tetap hati Zulaika untuk Tengku Afran. Sedangkan dia yang dari dulu lagi setia di sisi Zulaika, langsung tidak dipandang. Apa kurangnya dia?

"Johan!"

Tengku Afran menoleh ke arah suara itu. Jelas wajah suami isteri itu begitu risau yang menimpa pada anak perempuan mereka. Tapi dia cemburu bila kedua orang tua itu langsung tidak mengendahkannya. Sedangkan maafnya sudah terucap di bibir tapi dia masih dilayan dingin. Memang patut pun dia dilayan sebegitu.

"Jangan risau, mama...ayah...Zulaika akan okey je!" Ucap Johan untuk menyedapkan hati orang tua itu.

Sedar dirinya tidak diperlukan di situ, dia perlahan beredar walaupun dia berasa risau dengan keadaan isterinya di dalam bilik kecemasan sana.

'Maafkan abang, Zulaika...'

_______________

Dia menangis dan terus menangis. Semua bayangan yang terlayar di matanya kala itu seolah memainkan peranannya semula. Semua memori yang dia telah lupakan sebelum ini. Satu persatu menghentam otaknya. Bagai dihentak batu, dia menerima semuanya dengan hatinya yang sungguh walang. Ya, itulah dirinya dulu.

Kenapa harus sekarang dia mengingati semuanya? Kalau dia tahu dulu Tengku Afran tidak suka memandangnya, bagus dia tidak mengenali lelaki itu.

"Zulaika..." tegur satu suara namun Zulaika tidak mendongak. Dia tidak mahu melihat wajah itu. Dia mahu masa bersendirian untuk menenangkan dirinya.

"Abang minta maaf...dulu abang kejam..."

Zulaika menarik selimut untuk menutup mukanya. Namun cepat dihalang dengan tangan Tengku Afran.

"Abang minta maaf...I'm so sorry..." ujar Tengku Afran dengan linangan air mata di pipinya.

"Afran...dahlah tu! Bagi dia masa untuk fikir semuanya. Dia baru je ingat segalanya. Kamu pulang dulu nanti ayah cuba cakap dengan dia," teguran itu meniti di bibir tua Tuan Jaafar yang sedari tadi menyaksikan adegan drama menantunya bersama anak perempuannya itu.

Puan Maimun sudah diberitahu awal untuk tunggu sahaja di luar wad Zulaika. Dia tahu isterinya itu masih tidak senang dengan keberadaan Tengku Afran di situ. Kalau bukan sebab dia, memang Tengku Afran tidak dapat menjenguk Zulaika di dalam wad. Tapi dia faham perasaan seorang suami dan dia nampak wajah kesal terpamer di wajah Tengku Afran. Dia tahu Tengku Afran ikhlas tapi Zulaika perlukan masa untuk menyesuaikan keadaan.

Tengku Afran terhenti lalu tunduk. Dia cuba menahan tangis sehingga bahunya terhinggut-hinggut. Tuan Jaafar datang mendekat lalu tangannya mengusap lembut pada bahu menantunya itu. Cuba menyalurkan semangat kepada Tengku Afran.

"Bagi Zulaika masa...ayah tahu Afran ikhlas untuk berubah tapi dalam hal ni, Afran harus mengalah. Kita tak boleh paksa orang untuk maafkan kesalahan kita. Suatu masa nanti ayah percaya Zulaika mungkin dapat maafkan semua kesalahan Afran," pujuk Tuan Jaafar lagi. Lembut menusuk ke dalam kalbu menantunya itu.

"Ampunkan Afran, ayah..."

Tangan Tuan Jaafar dicapai lalu disalam bersama kesedihannya yang tidak dapat ditutup. Terasa kepalanya diusap ayah mertuanya itu.

"Dah, kamu pulang dulu...tenangkan diri. Insha Allah ayah cuba pujuk Zulaika untuk berbaik dengan kamu. Ayah pun tak nak hancurkan kebahagiaan anak ayah. Ayah tahu hati Zulaika masih ada kamu,"

"Terima kasih, ayah," ucap Tengku Afran cukup terharu.

"Dah, lap air mata tu! Nanti keluar jangan lupa salam tangan ibu. Semoga dengan cara itu ibu dapat menerima kamu semula,"

Tengku Afran angguk kecil. Dia perlahan beredar namun sempat lagi matanya dikerling ke arah Zulaika yang menyembunyikan dirinya di sebalik selimut.

Tengku Afran keluar dan seperti dikatakan Tuan Jaafar tadi, dia bertembung dengan Puan Maimun di luar wad itu. Wajah masam ibu mertuanya itu dipandang.

"Ibu, saya minta maaf sebab saya tahu saya salah...saya dah lukakan hati ibu juga hati Zulaika. Saya tahu khilaf saya ni bukan kecil. Kalau ibu tak mampu maafkan saya, saya akan setia menunggu. Saya balik dulu,"

Tangan Puan Maimun dicapai lembut lalu dibawa ke dahi. Puan Maimun terkelu namun dibiarkan Tengku Afran menyalam tangannya. Dia tidak  menepis. Hanya matanya sahaja memandang kepergian anak menantunya itu dari situ. Hatinya berbelah bahagi. Mujur Johan sudah pulang awal tadi. Kalau tak mungkin Johan dah bertengkar lagi dengan Tengku Afran.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now