Bab 42

13.7K 226 2
                                    

"Zulaika, boleh tak ibu cakap sedikit dekat Zulaika?"

Zulaika yang leka menidurkan Ilhan menoleh ke arah Datin Rapiah. Sebelum dia bergerak mengekori langkah ibu mertuanya itu, sempat lagi memandang memastikan Ilhan sudah tidur.

Bilik kerja Dato Aydan dituju mereka. Pintu ditutup sedikit. Punggung dihenyakkan di atas sofa lembut di dalam bilik itu. Wajah Datin Rapiah yang lembut itu dipandang.

"Tentang...keputusan Zulaika sebelum ni...Zulaika masih nak teruskan ke? Ibu bukan nak marah tapi ibu nak Zulaika fikir masak-masak," tangan Zulaika ditepuk lembut.

Zulaika senyum kecil. Entah mengapa dia rasa geli hati dengan bicara orang tua itu. Dulu, dia memang nak dilepaskan tapi sekarang semuanya dah berbeza. Dia tidak terperangkap dengan permintaan terakhir arwah Shira tapi dia sendiri yang mahu berada di sisi Tengku Afran. Dia boleh rasakan Tengku Afran sudah mulai menerimanya sedikit demi sedikit.

"Kalau pasal tu...Ika dah fikirkan masak-masak, ibu," balas Zulaika dengan senyuman lebarnya di bibir.

Berkerut dahi Datin Rapiah. Hatinya dipaut risau. Entah apa yang ada di dalam fikirannya membuatkan dia berasa risau.

"Ibu jangan salah faham...Ika akan tetap berada di sisi Afran. Lagipun Ilhan perlukan Ika,"

Perkataan syukur diucap di dalam hati. Betapa lega hatinya bila Zulaika tidak meneruskan rancangannya untuk memfailkan kes penceraian. Mujur dapat diselamatkan rumahtangga anaknya itu. Lantas tubuh Zulaika ditarik ke dalam dakapannya. Bersyukur dia mempunyai dua orang menantu yang baik. Walaupun perjalanan hidup mereka penuh kepahitan.

"Ibu jangan risaulah. Ika akan jadi isteri yang baik untuk Afran dan mama pada Ilhan walaupun Ilhan tu bukan anak kandung Ika. Ika kan...menantu pilihan ibu dengan ayah," di hujung ayatnya itu dia tertawa geli hati.

Datin Rapiah juga tertawa sama. Diusap pipi Zulaika seolah Zulaika itu anaknya. Betul kata suaminya dulu. Tidak salah mereka memilih Zulaika sebagai isteri anak mereka.

______________

Tengku Afran menyandar tubuhnya di dinding. Lagaknya seperti orang terhendap mencuri dengar perbualan orang. Sebenarnya dia baru sampai dari keluar lepak dengan kawan lama dulu. Waktu dia nak naik, dia terdengar perbualan ibunya dengan Zulaika. Itulah dia tersangatlah nak tahu butir bicara menantu dengan mertua itu. Bibirnya tersungging senyuman lebar.

"...Ika kan menantu pilihan ibu dengan ayah,"

Nak gelak tapi dia cuba tahan. Bukan main berani bersembang mesra seperti itu dengan ibunya. Tapi bila dengan dia, bukan main lagi dia segan macam bibir tu dizip tak boleh buka langsung.
"Eh, Afran baru sampai ke ni?"

Tengku Afran terus menghulurkan senyuman pada Datin Rapiah. Tidak semena pandangan matanya bersatu dengan pandangan mata isterinya itu. Terus tertunduk Zulaika yang berdiri di belakang ibunya itu.

"A'ah, ma...baru je sampai," jawab Tengku Afran.

"Dahlah pergi mandi dulu nanti kita dinner sama-sama. Ayah Afran yang suruh makan dekat sini. Cakapnya biar meriah sedikit rumah ni,"

"Okey, ma..."

Datin Rapiah beredar selepas itu. Tinggal Zulaika tercegat di tempat dirinya. Dipandang Zulaika yang menutup pintu bilik kerja Dato Aydan.

"Menantu pilihan ayah dengan mama ye..." mulalah Tengku Afran nak mengusik.

"Mana ada! Ika cakap je sebab nak ambil hati ibu," cepat dipangkah oleh Zulaika.

Tengku Afran ketawa kecil sebelum dia mara ke depan menghampiri tubuh isterinya itu. Bukan main takut Zulaika sehingga dia berundur ke belakang sehingga tubuhnya menyentuh dinding. Dahlah matanya memandang Tengku Afran namun tidak tahan di situ lalu dilarikan. Jantungnya macam nak meletup sahaja. Apalagi dengan jarak mereka yang begitu dekat. Ya Allah!

Terkejut Zulaika bila wajah suaminya itu begitu satu inci sahaja darinya. Bulat matanya hampir nak juling melawan pandangan mata Tengku Afran.

"Tidak salah Ika jadi menantu pilihan mereka sebab abang memang bahagia dapat seorang isteri sebaik Ika..." perlahan sahaja dia menuturkan itu. Tidak jemu mata Tengku Afran menatap wajah bersih isterinya itu.

"Tapi...Ika sayang abang ke?"

Terkelu lidah Zulaika dibuatnya. Dahlah boleh dengar kut dia telan liur tadi. Nampak sangat dia gugup dekat Tengku Afran.

"Tak apalah kalau..."

"Tak, Ika memang sayang abang!" Pantas Zulaika membalas. Dia tidak suka tengok wajah kecewa yang terpamer pada suaminya itu.

Perlahan bibir Tengku Afran menguntum senyum bahagia. Zulaika pula yang tersipu malu sebab dia dah terlanjur kata tadi.
"Terima kasih sebab sayang abang dan beritahu abang perasaan Ika yang sebenar. I know you will fall for me from the start and this is only the beginning," dengan kedua tangannya menepek pipi Zulaika yang dirasakan begitu comel sekali. Pipi tebamnya itu semakin kembung dan itu yang membuat Tengku Afran tersenyum geli hati. Comel juga isteri aku ni!

Zulaika pantas menolak tangan suaminya itu. Punyalah jantungnya dirasakan begitu hampir nak meletup berkecai. Mujur dia boleh kawal rasanya itu. Tapi hatinya ada taman.


Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now