Bab 40

14.7K 244 16
                                    

Terbatuk-batuk isterinya tanpa henti membuatkan Tengku Afran naik risau. Dahlah keadaan fizikal Shira yang semakin lemah sejak kebelakangan ini. Berat badannya pun kalau dilihat semakin susut walaupun berbadan dua.

"Kita pergi hospital sekarang ye..." katanya pada Shira yang sudah menutup mulut sambil terbatuk.

Shira pantas geleng kepala. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya itu. Dia sedar dia telah menganggu kesibukan Tengku Afran membelek kerjanya.

"Janganlah macam ni, sayang...abang dari tadi tengok sayang tak henti-henti batuk. Kesian baby dekat perut tu mesti dia tidak selesa lena dekat dalam tu. Jomlah kita pergi hospital," Tengku Afran siap memegang kedua bahu Shira lalu membantunya bangun.

"Abang...andai saya tak ada dekat dekat dunia ni, boleh tak abang tunaikan permintaan saya ni..."

Berkerut dahi Tengku Afran bila dengar Shira berkata seperti itu. Entah mengapa kelakuan Shira begitu aneh.

"Jangan merepek...jom kita pergi hospital,"

Kerusi roda yang diduduki isterinya itu hendak ditolak tapi tangan Shira menahannya. Tengku Afran menoleh.

"A-abang...perut Shira sakitlah!" Shira tiba-tiba mengadu sambil menekan bawah perutnya.

Tengku Afran gelisah tidak menentu. Cepat ditolak kerusi roda itu menuju ke arah luar rumah. Pintu kereta dibuka dan dia memasukkan Shira di kerusi penumpang depan. Dia laju berlari masuk ke arah kerusi pemandu lalu menandu keretanya itu pergi dari situ. Destinasi menuju ke hospital kini memenuhi otaknya. Keselamatan isterinya yang harus dia utamakan.

"Abang...saya tak tahan," jerit Shira bila terasa ada sesuatu mengalir di bawah membasahi skirt labuh yang dipakainya itu.

Tengku Afran naik cemas namun dia cuba memujuk isterinya itu untuk bertahan. Minyak kereta cuba ditekan agar supaya sampai cepat di hospital yang dituju.

Tangisan isterinya membuat hatinya sayu. Dia tahu saat isterinya untuk melahirkan sudah sampai. Tidak lama lagi dia akan menjadi seorang ayah.

Sampai di hospital, Shira dibawa masuk ke dalam wad kecemasan terlebih dahulu. Tengku Afran menunggu di luar. Sambil itu dia menelefon memberitahu pada kedua orang tuanya tentang Shira yang sudah mahu melahirkan.

Tidak lupa juga pada Zulaika. Dia tahu Zulaika tidak akan datang sebab dia ada di situ. Memandangkan Zulaika masih isterinya, Zulaika berhak juga mengetahui tentang kelahiran anaknya itu.

Dari wad kecemasan, Shira terus disorong masuk ke dalam wad persalinan. Tengku Afran sekali lagi berdiri di luar. Dia tidak sanggup menyaksikan perit kesakitan terpancar di wajah isterinya itu. Bukan dia takut tapi dia faham kehendak Shira. Tapi selepas itu dia melangkah masuk juga lalu berdiri di sisi Shira. Habis berpeluh muka Shira yang sedaya upaya berusaha untuk meneran. Tangan isterinya itu digenggam erat cuba menyalurkan kekuatan pada isterinya itu.

"Push lagi!" Jerit bidan di bawah sana.

Shira meneran kuat sekuat tenaganya sehinggalah kedengaran suara anak menangis di bawah sana. Nafasnya tercunggap-cunggap dengan air mata berlinangan di pipinya. Dia pandang Tengku Afran yang tersenyum kecil memandangnya.

"I love you, sayang..." bisiknya.

"A-abang, boleh tak panggil Zulaika datang?" Lemah suara Shira membuat permintaan.

"Kejap, abang keluar dulu. Abang nak call dia suruh datang,"

Tengku Afran beredar keluar. Kedua orang tuanya sudah ada di luar wad. Wajah mereka nampak gembira sekali bila dia memberitahu cucu mereka selamat dilahirkan. Sambil itu matanya melilau mencari kelibat Zulaika jika ada di situ tapi hampa.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now