Meja di dalam Starbuck kelihatan semakin penuh namun tidak menghalang dua insan itu untuk bersua muka. Dengan ditemani dua cawan kopi, begitu rancak sekali mereka bersembang tentang itu dan ini. Seolah mereka terlalu lama tidak berjumpa padahal beberapa hari lepas mereka pernah bertemu.
Shira gelak kecil. Terubat juga rindunya pada lelaki itu. Semalam itu dia betul-betul tidak sabar nak berjumpa lagi dengan Tengku Afran.
"So awak memang sibuklah dalam beberapa hari ni?"
"Macam tu lah! Nanti hujung bulan ni ada fashion show event lagi saya kena ikut. Itulah rehearsalnya setiap minggu. Ni dah masuk minggu terakhir. Kenapa awak tanya?" Soal Shira pula dengan senyuman tidak pernah lekang di bibirnya.
"Macam ni lah...saya kena terus-terang dengan awak. Saya dah lama sukakan awak dari hari pertama saya kenal awak. Kalau awak tak sibuk, saya nak bawa awak jumpa parents saya. Itupun kalau awak sudi nak jadi isteri saya. Sorrylah saya ni tak sweet macam lelaki luar sana tu tapi saya betul-betul nak kahwin dengan awak,"
Shira tergamam. Sungguh dia menerima kejutan dari seorang lelaki bernama Tengku Afran itu. Di Starbuck itu juga lelaki itu boleh melamarnya. Memang tak sweet tapi sekurang-kurangnya dia tahu niat Tengku Afran baik.
"Sorry...saya tau saya tak layak berdamping dengan awak...tapi tak apa saya beri awak masa untuk fikirkannya," ujar Tengku Afran sedikit malu di depan Shira.
Shira mengukir senyum. Dia pasti apa yang dikatakan hatinya sekarang.
"Afran...saya..."
"Don't force yourself!" Pintas Tengku Afran.
"Tak, saya setuju jadi isteri awak!" Jawab Shira begitu pantas. Dia tidak mahu Tengku Afran menunggu lama. Dia pun suka dengan lelaki itu.
Tengku Afran kelihatan terkejut. Siapa sangka Shira menerima lamarannya tadi. Adakah Shira juga merasakan perasaan yang sama dengannya? Tengku Afran mengukir senyuman meleret. Hatinya terasa bahagia tika itu. Dipandang Shira yang duduk di hadapannya itu.
"Betul ke? Awak tak tipu sayakan...?" Tanya Tengku Afran untuk sebuah kepastian. Dia tak nak Shira terpaksa menerimanya. Dia tidak mahu seperti itu.
Pertanyaan Tengku Afran tadi dijawab dengan anggukan Shira. Shira turut mengukir senyuman bahagia. Akhirnya terluah juga apa yang dia rasa selama ini pada Tengku Afran.
"Terima kasih...InshaAllah kalau awak tak sibuk nanti saya akan bawa awak jumpa parents saya. Saya nak perkenalkan awak dekat parents saya,"
"Mungkin hari Rabu saya tidak sibuk. Bagaimana dengan awak pulak?"
"Okey, hari Rabu, set!"
Shira angguk sahaja. Tengku Afran sudah pun bersetuju. Masing-masing menikmati sarapan mereka dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir mereka. Bahagia tidak terkata. Itulah yang dirasakan dua insan itu.
🌼 🌼 🌼 🌼
Siapa tidak kecewa bila tengok bakal suami kita sedang berseronok dengan perempuan lain? Zulaika hampir menitiskan air mata. Kalau bukan Johan ada di depannya sekarang ini, tentu dia sudah menangis. Zulaika pantas memberitahu Johan untuk sarapan di tempat lain sahaja. Dia tidak mahu di Starbuck itu. Sakit mata dan hatinya.
"Zulaika, kenapa dengan awak ni? Awak ada masalah ke dengan lelaki tu?" Soal Johan yang sememangnya ingin mengetahui tentang hubungan Zulaika dengan lelaki di Starbuck tadi.
Zulaika menghirup minuman yang dipesannya tadi. Dia langsung tak ada selera nak makan. Tadi bukan main perutnya lapar nak makan sesuatu. Maklumlah ini merupakan hari kedua dia bekerja di Syarikat percetakan Ameenah. Johan juga kerja di situ.
"Dia...lelaki yang buat hidup saya penuh complicated. Susah nak jelas dekat awak. Saya pun tak pasti dengan hati saya," Zulaika akhirnya meluahkan apa yang dia rasa di depan Johan. Johan nampaknya begitu sudi mendengar.
"Maksudnya awak ada hati dekat dia?" Teka Johan.
"Tak pasti. Entah mengapa dalam dunia ni ada manusia macam dia. Saya benci tapi kadang saya suka. Saya tau saya tak layak bersama dia tapi tak usahlah menghina diri saya," ujar Zulaika tidak memandang ke depan. Kalau dia pandang Johan, dia malu.
Johan senyum lebar. Dia semakin teruja untuk mengetahui cerita seterusnya dari Zulaika. Dia tahu hati Zulaika untuk siapa. Pelbagai idea mula datang ke benaknya.
"Zulaika, lelaki tu mesti special dalam hati awak..."
"Not sure yet..." balas Zulaika dengan nada malas.
Johan gelak kecil. Zulaika pelik.
"Kenapa? Tak ada yang lucu pun..." tegur Zulaika sambil memandang Johan yang duduk berdepanan dengannya itu.
"Mungkin awak baru jatuh cinta dengan lelaki itu...tu lah yang awak tak sure sangat dengan hati awak," jelas Johan selepas menghirup kopi O nya.
Zulaika angkat bahu. Sungguh dia tidak ada jawapan untuk itu. Mungkin juga kata Johan tadi ada benarnya. Cupcake dalam piring kecil itu dicucuk dengan garpunya lalu masuk ke dalam mulutnya. Perlahan mulutnya mengunyah kesedapan.
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
RomanceTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...