Bab 43

13.4K 204 2
                                    

Bergegas langkah kakinya diatur masuk ke dalam kedai bukunya itu. Dia kalah dengan cuaca panas. Kulit putihnya itu akan memerah. Dia hulur senyum mesra pada Johan yang sepertinya menanti kehadirannya di situ.

"Good news!" Katanya sambil berpeluk tubuh. Wajah gembira dipamerkan.

Zulaika senyum teruja. Dia tidak sabar untuk mengetahui perkhabaran yang baik dari mulut Johan.

"Kedai buku awak yang awak impikan tu dah siap. Hanya tunggu awak je untuk rasmikan pembukaannya nanti!"

"Arghhh!" Bukan main lagi Zulaika menjerit. Jeritan yang penuh kegembiraan. Johan menyeringa lantas tangannya menutup telinganya. Sakit doh dengar jeritan perempuan ni.

Bukan sekadar menjerit, boleh pula Zulaika terlompat sana sini melampiaskan rasa gembira dan terujanya itu. Macam orang sewel sahaja lagaknya.

"And satu lagi..."

Zulaika menanti tidak sabar.

"Wartawan dari Pelita Brunei dan RTB nak wawancara awak selepas awak merasmikan kedai buku baru awak tu. Mereka nak jadikan awak sebagai contoh untuk para belia di luar sana terus ke depan dengan cita-cita mereka,"

Zulaika senyum lebar. Tidak lupa dia mengucap syukur ke hadrat Illahi dengan kejayaan yang dimilikinya itu. Dia tidak sabar nak kongsi berita gembira itu dengan suaminya nanti.

"So...macammana awak dengan Tengku? Any progressing?" Soal Johan tiba-tiba sahaja tukar topik perbualan mereka.

Bukan main lebar senyuman Zulaika pamerkan. Dia nak cakap dia betul-betul bahagia tapi dia malu nak ungkapkan.

"Tengok je senyuman awak ni, mesti awak bahagiakan...taulah Tengku tu cinta pertama awak," Ada bebaur rasa cemburu nada Johan di situ. Tapi itu hanya sekadar mengusik kawannya itu. Dia masih tahu batas pergaulan dengan isteri orang.

"Mestilah saya bahagia! Tapi awak jangan bagitau dekat Afran ye..."

"Ahahahaha...kelakarlah awak berdua ni!" Senak perut Johan ketawa bila melihat gelagat Zulaika yang sedikit malu. Dapat dia rasakan betapa malunya Zulaika bila bersama Tengku Afran.

Zulaika tersengih malu. Hari-hari dia rindu suaminya itu dan hari-hari juga jantungnya berdegup tidak menentu.

"So lepas ni tak lama lagi saya akan jadi uncle muda," Johan angkat keningnya.

"Uncle muda konon! Kalau nak anak tu bagus awak sendiri kahwin," Johan ketawa lagi. Tak habis dia nak mengusik Zulaika.

Zulaika menghampiri meja kaunter lalu membelek beberapa kertas yang merupakan dokumen penting. Senyumannya melebar bila terpandangkan satu surat dari Syarikat suaminya. Surat pemberitahuan tentang siapnya pelan rancangan kedai buku yang Zulaika pelankan.

"Macammana dengan awak?" Tiba-tiba sahaja Zulaika berani menyoal. Dia pandang Johan yang hanya berwajah selamba.

"Kenapa dengan saya? What do you mean? Saya betul-betul tak faham apa awak maksudkan,"

"Bila awak nak kahwin? Saya nak juga tengok awak duduk atas pelamin, nak tengok awak bahagia dengan isteri awak," Zulaika menyandar tubuhnya pada meja kaunter yang agak sedikit tinggi darinya.

Johan ukir senyuman kecil. Dia punya sebab tersendiri kenapa dia tak nak kahwin. Memang dia agak memilih sedikit dalam soal mencari pasangan hidup. Bukan dia suka-suki sahaja cari perempuan yang dijadikan isterinya.

"Kalau dah sampai seru nanti, saya akan bagitau awak..." jawapan yang paling selamat.

Zulaika mencebik.

"Nanti sampai ke tua awak tak kahwin macammana? Siapa nak jaga makan minum awak?" Zulaika sedikit merungut. Kalau boleh dia nak Johan kahwin sepertinya. Dia nak ada orang lain boleh jaga Johan.

"Ye lah...besok saya cari! Itu pun kalau ada orang tersangkut dengan saya ni!" Zulaika tertawa lucu.

"Mestilah tersangkut punya! Awakkan hensem!" Hujung ayatnya diberikan pujian ikhlas untuk kawannya itu.

______________

Waktu dia sampai di rumah, kelibat Tengku Afran tidak kelihatan. Mungkin dia masih berada di syarikatnya. Zulaika menapak ke arah bilik Ilhan. Senyuman tersungging di bibirnya bila melihat Mak Mah menjaga anaknya itu. Betapa banyak jasa orang tua itu pada Tengku Afran. Sedari suaminya masih bujang lagi, Mak Mah bekerja sebagai orang gaji sehinggalah dah kahwin. Tapi masa mula-mula mereka kahwin, memang taklah Tengku Afran nak tayang apa lagi nak perkenalkan dirinya pada Mak Mah. Masa itu boleh dikatakan Mak Mah dah tak kerja dengan Tengku Afran lagi tapi dia ada dengar cerita dari Mak Mah yang Tengku Afran sudi berbelanja barang makanan pada keluarga Mak Mah.

Sejak Ilhan dilahirkan, Mak Mah dengan sukarelanya menjadi orang gaji mereka. Kalau Zulaika sibuk bekerja, Mak Mah yang akan menjaga Ilhan di rumah. Nak jaga Ilhan ni bukan senang. Tapi satu sahaja perkara yang buat dia rasa terharu. Ilhan yang kecil itu sudah menerima dirinya sebagai ibunya.

"Mak Mah, dah tidur ke Ilhan?"

Mak Mah ukir senyum sebelum dia menganggukkan kepalanya. Zulaika senyum lalu menjenguk sedikit kepalanya menatap wajah lena Ilhan di dalam katil kecilnya itu. Bantal busuknya dipeluk rapat. Comelnya...

"Mak Mah dah masak tadi. Kalau nak makan nanti Mak Mah cuma panaskan je," beritahu Mak Mah.

"Terima kasih, Mak Mah," ucap Zulaika dengan senyuman senang dia berikan pada orang tua itu.

"Bagaimana kerja Zulaika tadi?"

"Alhamdulillah...semuanya okey. Projek kecil tu pun dah siap cuma nak rasmi pembukaannya je nanti," begitu senang sekali Zulaika menceritakan khabar gembira itu pada Mak Mah. Mak Mah ni tidak kurang dia anggap sebagai ibunya sendiri.

"Mak Mah bersyukur sangat Zulaika jadi isteri Afran. Dulu Mak Mah risau sangat dengan perangai Afran tu walaupun solat dia tak tinggal tapi Mak Mah tak suka dengan perempuan mana-mana bawa bersama tu. Bila dengar Afran kahwin tu, senang sikit hati Mak Mah ni. Afran sekarang dah banyak berubah, tak macam dulu lagi. Itulah Mak Mah rasa Zulaikalah punca utama dia berubah,"

Zulaika senyum nipis. Entah mengapa bila dia teringat kisah silamnya itu, hatinya seperti kaca yang retak seribu. Namun cepat dia buang fikiran buruk itu. Dia mahu berbaik dengan suaminya itu. Dia tahu Tengku Afran sudah menerima dia seadanya. Wajahnya ikhlas.

"Mak Mah, bukan sebab Zulaika je...arwah Shira juga telah mengubah dia. Tapi apa pun Zulaika bersyukur juga dia dah berubah," Zulaika senyum senang. Sekurangnya hatinya lega tidak menyentuh soal kisah silamnya dulu.

"Mak Mah panaskan lauk tu dulu. Nanti Afran balik, susah pulak Mak Mah,"

Zulaika angguk mengiyakan. Dia menghantar kepergian Mak Mah dengan ekor pandangan matanya. Dia kembali menatap wajah Ilhan yang nyenyak tidur itu. Amboi...lenanya dia tidur! Comel je muka dia.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now