Bab 1

32.9K 421 2
                                    

Sepasang suami isteri duduk di taman mini buatan manusia itu. Masing-masing menikmati keindahan panorama waktu petang itu yang begitu memberi ketenangan. Tuan Aydan menghirup minuman kopi panas yang dibuat oleh isterinya tadi.

"Sedap tak, bang?" Datin Rapiah menyoal untuk meminta komen dari suaminya itu.

"Dah tentulah sedap, sayang. Isteri abang yang buat!" Puji Dato Aydan selalunya.

Datin Rapiah tersenyum lebar hingga ke telinga. Kena puji memang macam itulah. Dato Aydan tergelak namun dia terhenti bila terpandangkan kereta Lamborghini hitam masuk ke kawasan rumahnya.

"Tu anak kesayangan Piah dah datang. Malu abang jadi ayah dia! Ada anak macam tak ada anak pula. Baru hari ni dia balik," bebel Dato Aydan.

"Assalamualaikum, mama, ayah!" Sapa Tengku Afran sambil menyalam tangan orang tuanya itu dengan penuh sopan.

Tengku Afran duduk di kerusi di hadapan ayahnya. Dia tersengih bila melihat muka cemberut ayahnya itu. Ibunya pula hanya mengelengkan kepalanya.

"Bulan lepas kenapa tak balik? Kalau sibuk tu telefonlah ibu. Ni tak langsung tak bagi khabar dekat ibu dengan ayah," Datin Rapiah mula membebel seperti suaminya tadi.

Pening kepalanya bila anaknya berkelakuan seperti itu seolah tidak ada orang tua pula. Ada anak perangai macam tak serupa orang. Syukurlah dia ada anak seorang. Kalau anak ramai perangai macam Tengku Afran memang dia masuk ICU lah.

"Sorry, mama...Afran sibuk sangat bulan lepas. Nak telefon pun dah tak ingat langsung. Dalam fikiran Afran ni ingat kerja je..." jelas Tengku Afran dengan selamba.

"Tapi kau keluar dengan betina mana-mana entah tu boleh pulak kau tak lupa! Ada anak sanggup buat orang tua macam tak wujud je!" Sindir Dato Aydan dengan pandangan tajam ke arah anaknya itu.

"Tu dululah, ayah. Sekarang ni Afran dah tak keluar dengan mereka pun..."

"Baguslah kalau dah taubat. Syukur Alhamdulillah!" Dato Aydan cuba menekankan perkataan 'alhamdulillah' tadi sehingga Tengku Afran terasa diperli.

Tengku Afran cuba tersenyum. Sedas ayahnya memberi ayat-ayat yang cukup membuat hatinya bagai disiat. Tapi memang itu salahnya. Memang patut Dato Aydan memberi layanan sebegitu. Hanya sebulan tidak balik sudah menjadi isu. Hati orang tua mana yang tidak sensitif?!

"Dahlah tu bang...Afran dah balik pun. Nanti kalau dia merajuk setahun tak balik abang jugak yang rindu!" Tegur Datin Rapiah yang kurang suka dengan perlian suaminya terhadap anak mereka itu.

"Yalah Piah tu! Asyik nak menangkan dia. Dia buat salah pun asyik nak manjakan dia. Abang ni tak tahan dengan anak perangai sendiri. Malu tau orang lain sibuk cakap pasal anak kita ni! Abang dah bagi dia belajar mengaji dulu tapi dah lalai sekarang terus lupa agama Allah!"

"Ayah, Afran belum lalai lagi! Memang Afran banyak buat dosa tapi Afran tak pernah tinggal solat!" Balas Tengku Afran dengan muka tegang.

Dato Aydan melemparkan senyuman sinis. Sejauh mana pun kata anaknya dia hanya percaya sedikit. Manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan. Dia pun pernah salah sebelum ini. Salah mendidik anaknya itu. Sepatutnya dia hantar Tengku Afran pergi sambung belajar di Mesir sahaja biar dia belajar mendalami agama Allah.

"Afran, jangan tinggikan suara tu bila bercakap dengan ayah. Bawa beristighfar banyak-banyak. Abang pun jangan ikut sangat kata hati tu! Piah tak suka kita asyik bertekak bila bertemu. Malu orang sebelah dengar nanti!"

Datin Rapiah mengeluh kecil. Dia memandang pada suaminya yang diam itu. Tengku Afran pun diam.

"Afran, ayah dengan mama ada perkara nak bagitau dengan kamu. Perkara ni penting untuk masa depan Afran. Mama pun tak nak tengok kamu terpesong lagi..." kata Datin Rapiah secara tiba-tiba menukar topik perbualan mereka ke arah yang lebih serius.

Tengku Afran memandang pada ibunya. Takut pula dia nak dengar. Bagaimana kalau dia dipaksa kahwin?! Punahlah impiannya untuk memiliki Shira.

"Ayah dah tetapkan jodoh kamu. Hujung bulan ni ayah hantar rombongan meminang pada jodoh pilihan ayah tu! Kamu tak boleh nak menolak kalau tak kamu bukan anak ayah lagi!"

Dato Aydan lekas bangun lalu masuk ke dalam rumah agam dua tingkat itu. Datin Rapiah terkejut dengan kata suaminya tadi namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. Tengku Afran pula diam membisu. Namun hatinya sunguh marah saat itu. Nak marah takut ibunya pula yang sensitif.

"Afran, fikirlah dulu...jangan buat perkara terburu-buru. Mama pun tak suka tengok Afran bawa perempuan ke hulu ke hilir yang bukan muhrim. Sebagai seorang ibu, mama nak yang terbaik untuk anaknya," ucap Datin Rapiah begitu syahdu.

"Dahlah, ma. Afran nak balik! Datang sini bukan kena layan baik pun. Asyik kena sindir je!" Akhirnya Tengku Afran bersuara.

"Afran janganlah begini, nak...Afran tak sayangkan mama ke? Janganlah nak diambil sangat dengan kata ayah tadi. Dia tengah marah memang dia cakap lepas je," pujuk Datin Rapiah dengan mendung di hati.

Tengku Afran menyalam tangan ibunya lalu dia masuk ke dalam keretanya. Dia pun memandu pergi dari situ. Datin Rapiah begitu hampa dan pilu dengan perangai anaknya itu. Ya Allah Kau bukakanlah pintu taubat untuk anakku...

🌼 🌼 🌼 🌼

Tengku Afran mendengus kasar. Habis stereng dihentak tanpa belas kasihan langsung dari tuannya. Kesudahannya tangannya pula yang menahan sakit.

"Arghhh! Kenapa hidup aku macam ni?" Jerit Tengku Afran dengan sakit hati yang tidak tertanggung oleh empunya badan.

Dia memandu namun hatinya masih panas membara. Akhirnya dia sampai di rumah banglo kepunyaannya. Dia memarkir ikut suka hatinya lalu dia masuk ke dalam rumahnya itu.

Di rumah banglo sederhana besar itu, dia hanya tinggal seorang. Dia tidak takut sebab ada pengawal menjaga di pagar depan. Manakala Mak Pah selalu datang pada hari Isnin, Rabu dan Ahad untuk membersih rumahnya dan memasak untuknya. Selebihnya dia belajar untuk berdikari. Namun, selalunya dia sering makan di luar bersama kawan rapatnya, Nazwan.

"Ada ayah macam tak ada ayah pulak!" Gumam Tengku Arfan ketika dia berbaring malas di sofa panjang di ruang tamu.

"Arghhh!" Dengus Tengku Arfan cuba membuang rasa geram di dada.

Dia kusut. Banyak kali dia meramas kepalanya sehingga rambut hitamnya itu kusut-masai. Dia bangun lalu menuju ke arah biliknya.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now