Dengan langkah longlai, dia menghampiri Puan Maimun yang berada di ruang tamu sedang tengok rancangan di TV. Kepalanya perlahan dilentokkan dibahu ibunya itu. Dia memang manja sebab dia anak tunggal. Lagipum dari kecil lagi Puan Maimun memanjakannya. Jadi dia terbiasa bermanja dengan ibunya itu. Kalau bukan ibunya dia akan bermanja bersama ayahnya.
Lembut tangan Puan Maimun membelai kepala anak perempuannya itu. Dia faham anaknya itu penat.
"Ayah mana, mama?" Tanya Zulaika sambil matanya turut melirik sedikit pada Puan Maimun.
"Dalam bilik. Dia pulang awal tadi. Lupa pulak mama nak bagitau yang bakal mertua Ika tadi ada datang sini nak tau keputusan dari Ika. Tu lah sebab ayah Ika pulang awal hari ni. Alhamdulillah...bakal mertua Ika nampaknya sangat gembira sekali. Mama rasa bahagia sangat tengok bakal mertua Ika tadi dari kalangan orang yang baik. Mungkin anak mereka jugak orang baik..."
Zulaika mencebik. Bila teringatkan Tengku Afran, terus hatinya rasa panas. Kenapalah perangai bakal mertuanya tidak sama dengan anak mereka? Zulaika tanpa sedar mengeluh kecil.
"Ika ada masalah dengan Afran ke?" Tegur Puan Maimun sambil menoleh pada anaknya itu.
Zulaika duduk betul lalu menyandar tubuhnya pada sofa. Wajahnya nampak lesu.
"Tak adalah...Ika okey je cuma Ika belum kenal siapa Afran sebenarnya. Tadi Afran ada ikut ke?"
"Mama Afran cakap Afran lagi sibuk. Tu lah dia tak ikut tadi," jawab Puan Maimun.
Zulaika angguk. Betapa sakitnya hati bila mengetahui siapa sebenar Tengku Afran. Tapi entah mengapa bibirnya tidak pula mengadu pada ibunya itu.
"InshaAllah, hujung bulan ni, mereka hantar rombongan meminang terus bertunang. Ika jangan lupa minta cuti dekat bos Ika tu. Segala pakaian Ika hari bertunang nanti mama dah settlekan..." ujar ibunya begitu gembira sekali.
Zulaika nampaknya tidak boleh patah balik ke belakang. Melihat kegembiraan yang terpancar di muka ibunya itu, hatinya rasa serba-salah. Mungkin apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Zulaika sedaya-upaya menyakinkan hatinya.
"Mama, Ika naik atas dulu nak mandi nak solat. Lepas makan nanti kita sambung sembang lagi," Zulaika akhirnya meminta diri.
"Iyalah...solat nanti jangan lupa doa untuk Ika sendiri," pesan Puan Maimun.
Zulaika senyum sambil mengangguk kecil. Beg tangannya tadi dicapai lalu dia beredar ke arah tangga. Setiap anak tangga dinaiki penuh berhati-hati. Dalam fikirannya menerawang memikirkan Tengku Afran bersama perempuan bertudung labuh yang ditemuinya di Starbuck tadi. Apa hubungan di antara mereka berdua? Sungguh hatinya gusar. Dia khuatir dirinya dianggap perampas kekasih orang. Astaghfirullahalazim...
Sejurus dia selesai solat itu, dia terus berdoa di dalam hati. Dia ingat pesan ibunya tadi dan dia mahu Allah memberikannya sebuah petunjuk andai jalan yang dipilihnya itu adalah betul atau tidak. Sungguh hatinya gundah-gulana memikirkan dia adalah penyebab Tengku Afran berpisah dengan kekasih hatinya itu. Ya Allah...
Air mutiara yang ditahannya tadi kini mengalir perlahan membasahi pipinya. Ada syahdu dihatinya mengharap belas kasihan daripada sang pencipta. Sungguh dia keliru dengan keputusan yang dibuatnya itu. Separuh hatinya ingin melihat orang tuanya gembira namun keputusan yang diambilnya itu khuatir akan mengecewakan perempuan yang merupakan kekasih kepada Tengku Afran. Ya Allah...
Telekung dilipat. Air matanya dikesat. Sejadahnya disidai di tempat jemuran tualanya. Dia duduk di birai katil cuba mengingat kembali doanya tadi. Terasa hatinya begitu lapang sedikit bila mengadu masalahnya itu pada Tuhan yang menciptakannya. Entah apa akan terjadi pada esok hari dia sudah pasrah dengan ketentuanNya.
Ting!
Zulaika menoleh pada Iphone 7 yang diletakkannya tadi di atas meja lampunya. Pantas dia mengambil Iphone 7 nya itu lalu memeriksa notifikasi mesejnya. Ternyata ada satu mesej masuk tadi dari nombor seseorang tapi dia pasti itu nombor Tengku Afran. Mesejnya pula berbaur tidak puas hati.
Jumpa aku esok! On time!
Zulaika mencebik. Namun jarinya tidak membalas mesej lelaki itu. Suka hati lelaki itu sahaja mengarah dia!
🌼 🌼 🌼 🌼
Tengku Afran memandang kembali mesejnya yang baru sahaja dihantar pada Zulaika tadi. Bluetick. Dia tahu Zulaika sudah baca tapi kenapa Zulaika tidak membalas apa-apa?
"Ini yang buat aku panas dengan minah ni!" Gumam Tengku Afran dengan hatinya mendongkol marah.
Pantas Iphone 8 itu diletakkan dengan kasar di atas meja lampunya. Pantang sungguh dia kalau ada perempuan tidak balas mesejnya. Sungguh perempuan bernama Zulaika itu kadang-kadang mencabar kesabarannya. Bila dia cakap ada sahaja perempuan itu membalas setiap percakapannya. Dahlah gemuk lepas itu terhegeh-hegeh nakkan dia!
Tengku Afran memang tidak akan pandang Zulaika kerana kegemukan perempuan itu. Rupa itu memang ada tapi tidak cantik seperti yang dimiliki oleh perempuan bernama Shira. Zulaika hanya perempuan biasa yang langsung tidak ada makna pada Tengku Afran. Hatinya kuat memuji Shira yang cantik, kuat agama dan banyak lagi.
Tengku Afran mendengus kasar. Dipandang lagi Iphone 8 nya. Belum juga Zulaika membalas mesejnya itu. Dia khuatir besok dia sahaja yang beriya-iya mahu bertemu dengan Zulaika untuk membincangkan hal mereka. Dia tidak mahu Zulaika salah faham. Dia tidak akan pernah mencintai Zulaika walaupun Zulaika adalah isterinya secara paksa dikahwini.
"Okey, kau tak nak balas! Siap kau kalau kau tak datang jumpa aku esok!"
Tengku Afran terus mencapai tuala mandinya lalu masuk ke dalam bilik air. Sejak kebelakangan ini dia sibuk sangat sampai solat pun dia tinggalkan. Dia bukan malas tapi penat. Dia mahu berehat.
Dia bukan sempurna tapi dia cuba berubah ke arah kebaikan. Dia memang dengar kata-kata ibunya untuk tidak meninggalkan sebarang solat tapi sungguh dia tidak larat mengerjakannya lepas pulang dari kerja.
Tengku Afran baring perlahan di atas katil empuknya bersaizkan queen itu. Comforter biru laut itu ditarik hingga ke paras dadanya. Bagaimanalah reaksi orang tuanya bila dia menunaikan hasratnya mahu berkahwin dengan Shira, bukan Zulaika?
Terimakah orang tuanya nanti dengan pilihannya itu? Semuanya menjadi tanda-tanya. Tengku Afran langsung tidak tahu apa akan terjadi selepas itu.
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
RomanceTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...