Bab 13

9.1K 219 4
                                    

Paluan kompang mula kedengaran menandakan pengantin lelaki sudah tiba. Orang yang hadir pada majlis perkahwinan itu turut memeriahkan lagi suasana tika itu. Akhirnya kedua mempelai bersanding di atas pelamin sambil disaksikan beribu mata yang memandang. Dewan itu semakin penuh dengan orang ramai yang dijemput hadir. Tidak lupa pula beberapa wartawan turut menyibukkan diri mengambil gambar dan merakam acara majlis perkahwinan di antara Tengku Afran bersama Zulaika dari awal lagi.

Pada awalnya semua orang terkejut dengan pilihan Tengku Afran namun tidak seorang pun yang berani membuka mulut melainkan wartawan yang dijemput sahaja. Lelah juga Tengku Afran menjawab siap dengan lakonan mantapnya bersama Zulaika. Di depan semua orang dan juga kamera, dia seperti pasangan suami isteri yang paling romantis. Padahal itu hanya sebuah lakonan untuk mengaburi mata orang ramai.

Tengku Afran akhirnya memilih pergi menjauhi Zulaika. Ditinggalkan Zulaika yang sedang terpinga-pinga tidak tahu nak buat apa di situ. Dia mana ada kawan kecuali Johan. Tapi Johan nampaknya tidak dapat hadir di hari persandingannya itu. Kelibat lelaki itu pun langsung dia tidak nampak.

Zulaika seperti mahu menangis tapi bila dia ternampak kelibat ibu bersama ayahnya, langkah kakinya cepat diatur menuju ke arah mereka. Pantas tubuh ibunya itu dipeluk manja. Entah mengapa air matanya tiba-tiba mengalir keluar. Dia sedih. Mungkin sebab selepas ini dia akan tinggal berjauhan dengan orang tuanya itu.

"Dah, jangan nangis lagi! Nanti ada photoshoot lagi. Nanti muka anak mama ni tak cantik,"

"Memang Ika tak cantik pun mama," jawab Zulaika sambil meleraikan pelukannya pada ibunya itu.

Puan Maimun senyum geli hati. Tangan anaknya digenggam.

"Anak mama ni cantiklah! Dah jangan nangis, pergi sana temani Afran layan tetamu," arah Puan Maimun.

Zulaika memandang pada ayahnya. Tuan Hamzah mengukir senyum sambil menganggukkan kepalanya. Zulaika nampaknya terpaksa. Lagipula banyak mata memandang ke arahnya. Bukan sekadar memandang siap bagi jelingan tajam lagi. Dia cuma gerun dengan semua reaksi para gadis yang datang pada majlis perkahwinannya hari itu.

"Abang..."

Tengku Afran menoleh ke belakang. Dengan senyuman mesra dia lemparkan bila melihat Zulaika ada di situ. Lakonannya begitu mantap sekali sehingga Zulaika sakit hati dibuatnya. Sebelum ini bukan main tidak mahu kahwin dengannya. Sekarang dah kahwin pandai pula nak berlakon depan semua orang yang mereka saling mencintai. Kalau boleh dia nak bagitau pada semua orang yang dia tidak teringin pun nak kahwin dengan Tengku Afran kalau bukan kerana orang tua mereka yang menjodohkan mereka berdua.

"Laaa...sayang pergi mana tadi? Abang nak kenalkan sayang dengan kawan abang," ujar Tengku Afran nampak begitu mesra sekali.

Zulaika nampaknya keliru. Namun dia cuba tersenyum pada kawan Tengku Afran yang berdiri di depannya itu. Seorang sahaja tapi ketawa tadi bukan main lagi sampai satu dewan itu boleh dengar.

"Saya Nazwan. Zulaika kan nama awak?"

Zulaika angguk senyum sahaja. Selepas itu dia dengar sahaja perbualan Nazwan dengan suaminya itu. Panjang benar cerita mereka sampai Nazwan siap doakan semoga perkahwinan mereka berkekalan dan berpanjangan. Nak muntah je nak dengar tapi Zulaika terpaksa buat muka senang. Nak berkekalan apa kalau Tengku Afran langsung tidak mencintainya!

"Jom kita pergi, tu mama dengan ayah dah panggil kita ambil gambar photoshoot,"

Zulaika akur mengekori langkah Tengku Afran. Seharian itu Tengku Afran melayannya begitu mesra sekali. Mulutnya tidak habis panggil sayang sampai Zulaika naik geli! Nak termuntah hijau! Tiada kata cacian mahupun hinaan yang boleh melukakan hatinya.

🌼 🌼 🌼 🌼

Tengku Afran mendengus kasar. Sebaik pintu rumahnya dibuka, dia terus melangkah masuk tanpa menghiraukan Zulaika yang masih mengeluarkan beg pakaiannya dari but kereta. Sofa panjang di ruang tamu menjadi hala tujunya lalu dia baring malas di situ. Seharian dia rasa penat layan tetamu yang hadir tambah lagi dia penat berlakon yang dia bahagia dengan pilihannya itu kalau bukan ayahnya yang paksa dia.

"Assalamualaikum..." Zulaika melangkah masuk sambil pandangannya melilau memandang keadaan dalam rumah tersebut.

Cantik betul rumah Tengku Afran walaupun ianya hanya rumah banglo biasa. Di luar nampak kecil tapi sebenarnya rumah banglo itu besar. Ruang tamunya disusun dengan perabot yang dibina dengan kayu jati, sofa mahal dan elegan, juga diterangi dengan lampu malap. Begitu kuat citarasa suaminya itu.

"Dah puas tengok?!"

Terhenjut sedikit bahu Zulaika bila mendengar teguran dari suaminya itu. Tadi elok je dia tengok suaminya itu baring. Dia kut yang tak perasan Tengku Afran dalam posisi duduk!

"Mulai hari ni rumah ni aku kongsi dengan kau. Bilik aku jauh dari ruang tamu ini dan bilik kau dekat dengan dapur. So kalau ada apa-apa masalah, please jangan rujuk pada aku. Kaukan dah besar so pandai-pandailah kau bereskan sendiri!"
"Maksud awak...?!"

Tengku Afran mengeluh kecil. Dia dah explain panjang-panjang tadi boleh pula Zulaika tak faham dengan maksudnya.

"Kita tidur bilik berasingan, cik Zulaika! Aku memang kahwin dengan kau tapi tu tak bermaksud aku sudi tidur sebilik dengan kau. Dahlah gemuk ada hati nak tidur sekatil dengan aku!"

Okey, dia dah mula! Zulaika senyum nipis. Sekarang ini dia sedang berdepan dengan Tengku Afran yang terkenal dengan mulut cacian.

"Kau senyum ni mesti kau kutuk aku dalam hati kan? Kutuklah sebab aku takkan pernah menganggap kau sebagai isteri aku! Yang tadi tu dalam dewan tu..."

"Hanya lakonan semata-mata!" Pintas Zulaika sambil matanya melirik pada Tengku Afran.

"Baguslah kalau kau tau dan sedar diri! Lepas ni kalau kau nak pergi keluar ke jangan minta izin dekat aku sebab aku tak nak peduli ataupun tahu pasal hal kau. Selamat malam!"

Selesai katanya itu, Tengku Afran bingkas bangun dari sofa didudukinya itu lalu melangkah pergi. Zulaika rasa terpukul dengan kata suaminya tadi. Ada air mata bergenang di tubir matanya.

Hina sangatkah dia sampai Tengku Afran tak anggap dia sebagai seorang isteri? Zulaika cepat mengesat air matanya lalu dia menarik bagasinya masuk ke dalam bilik yang baru dijelaskan Tengku Afran tadi. Mulai hari itu, dia akan belajar untuk tabahkan hatinya. Dia tahu Allah sentiasa bersama orang yang lemah sepertinya.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now