Bab 26

11.9K 227 0
                                    

"Tolong jangan lepaskan saya...saya merayu dekat awak..."

Arghhh, sudah! Rayuan itu terngiang-ngiang di telinganya. Sejak Zulaika itu muncul dalam hidupnya, rayuan itu kerap kali menganggunya. Bahkan sampai dia sakit kepala hampir mahu pengsan.

"Abang, abang okey ke ni?" Tegur Shira bila suaminya itu lagaknya seperti menahan kesakitan.

"Abang okey, sayang...abang okey!" Tengku Afran cuba berlagak biasa untuk menyakinkan isterinya itu.

Dia tidak mahu Shira risau akan dirinya. Dia juga tidak mahu Shira mengetahui tentang kemunculan Zulaika itu. Nanti kecil hati isterinya itu. Dia tidak mahu Shira kecewa.

Tengku Afran berlalu menuju ke ruang bilik kerjanya. Dia pelik mengapa rayuan Zulaika beberapa peristiwa dulu menganggu mindanya. Bahkan sampai terbawa-bawa ke alam mimpi. Rayuan yang meminta simpati itu sungguh menakutkannya. Apa yang terjadi pada Zulaika?

"Abang minum air ni nanti sakit kepala abang tu dah hilang," Shira menghulurkan gelas berisi air kosong pada suaminya itu.

Tengku Afran mengambilnya lalu diteguk. Gelas kosong itu diletakkan atas meja kerjanya. Shira ke belakang lalu kepala suaminya itu dipicit lembut. Dia begitu simpati dengan keadaan suaminya tika itu. Mungkin tekanan dari kerjanya.

"Mungkin abang terlalu banyak fikir...cuba abang bawa banyak berehat. Ni tak adalah sampai sakit kepala, risaukan saya,"

"Sakit sikit je ni. Sayang jangan risau," balas Tengku Afran lembut.

"Tengok...cakap sikit je tapi dah terdampar dekat kerusi ni. Dahlah, jangan paksa diri abang bekerja. Abang rehat sekejap," Shira berubah tegas. Dia tegas pun sebab dia sayang suaminya itu.

"Okey, sayang...abang rehat dekat sini je,"

Tengku Afran mengalah juga. Bila dengar ketegasan Shira, dia harus mengalah. Dia tahu Shira risaukan dirinya. Dia memejamkan matanya. Dibiarkan sahaja picitan tangan Shira di kepalanya. Lembut dan membuai-buai. Akhirnya dia terlelap tanpa dia sedari.

Ditenung wajah lena itu dengan seribu perasaan yang sukar diluahkan. Kerana dia, Tengku Afran sanggup meninggalkan keluarganya. Dia menjadi anak derhaka pada kedua orang tuanya semata-mata untuk memilikinya.

Perit perjalanan hidupnya. Namun kebahagiaan itu kian terasa tapi seolah sekejap sahaja dia menikmati semua itu. Dia harus satukan mereka semula sebelum dia pergi.

Shira berlalu dari situ. Sempat lagi dia membuang pandang ke arah suaminya yang masih lena itu sebelum dia melangkah keluar.

☆ ☆ ☆

Johan begitu elok duduk di depannya. Siap dengan muka selambanya. Zulaika menarik nafas sebelum dihembuskan kembali ke udara. Dipandang lagi Johan. Dia harap Johan memahaminya.

Dia tak ingat siapa diri dia yang sebenar. Selepas kemalangan itu, selepas doktor mengesahkan dia menghidap loss memory temporary itu, dia langsung tidak mahu tahu tentang siapa dirinya. Orang pertama yang muncul selepas dia sedar dari koma itu adalah Johan. Lelaki itu mengaku sebagai kawan baiknya. Pada mulanya dia tidak percaya tapi lepas Johan menyakinkannya dengan gambar selfie mereka selalu bersama, dia mula mempercayai lelaki itu. Tapi yang peliknya dia cuma ada satu kawan sahaja. Mana yang lain? Atau dia memang tak ada kawan...

"Johan, saya tanya ni awak jawab dengan betul ye! Saya nak jawapan jujur dari awak. Saya curious. Saya nak tanya tapi saya tak tau pada siapa. Disebabkan awak kata awak kawan saya, mesti awak kenal saya lebih rapat lagi kan..." Zulaika bersuara selepas dia begitu yakin dengan dirinya.

"Saya nak tahu peristiwa sebelum saya kemalangan tu...saya sampai sekarang tak ingat tapi saya curious nak tau siapa diri saya. Johan, awak je yang boleh tolong saya untuk pulih ingatan saya ni,"

Johan terkesima. Entah mengapa dia serba-salah tapi dalam waktu yang sama dia kasihan pada kawannya itu. Tapi hatinya tidak rela untuk membiarkan kawannya itu cuba mengingati kisah silamnya yang sudah terkubur itu.

"Zulaika, saya tak boleh..." balas Johan perlahan.

"Tapi, Johan...saya nak tau juga siapa diri saya. Saya cuma nak tau siapa kawan saya selain keluarga saya dan awak. Saya memang tak banyak kawan ke sebelum ni?" Gesa Zulaika; tidak sabar. Dia betul-betul mahu tahu siapa identitinya yang sebenar.

Johan mengeluh kecil. Degil betul! Zulaika yang dia kenal dulu dan sekarang sama sahaja. Langsung tak berubah. Dia masih ingat kata Zulaika yang dia berjanji tidak akan pernah muncul dalam hidup lelaki tak guna tu. Tapi situasi sekarang sudah berbeza. Zulaika dengan penampilan barunya. Tapi otaknya tidak berfungsi.

"Kalau pasal kawan tu saya boleh bagitau dekat awak..."

Zulaika senyum teruja. Dia duduk diam menanti cerita yang meniti di bibir Johan.

"Awak tak ada kawan sebelum ni..."

"Hah?! Betul ke ni? Awak tak buat lawak kan..."

"Yes, it's true! Awak tak ada kawan selain saya," jawab Johan dengan matanya tepat menikam anak mata Zulaika yang bersinar itu.

"Kenapa? Sebab dulu saya sombong ke?" Zulaika seperti mahu menangis. Dia masih tidak percaya yang tidak punya ramai kawan. Patutlah Johan yang setia berada di sisinya waktu dia ditahan di hospital.

Johan geleng perlahan. Zulaika tertanya-tanya.

"Sebab fizikal awak yang besar, orang langsung tak pandang awak. Awak ingat tak dulu awak gemuk?"

Zulaika terkilan. Ya, dia masih ingat bentuk fizikalnya yang besar. Dulu dia gemuk. Tidak semena beberapa figura manusia yang sepertinya membuli dirinya terlayar di matanya. Dia mengusap kepalanya. Ya, dulu dia pernah menjadi mangsa buli. Ya Allah, sakitnya dia waktu itu tapi dia hanya menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Zulaika, awak okey ke ni?" Johan mulai risau bila Zulaika memegang kepalanya.

"Saya okey, Johan. Saya boleh tahan,"

"Itulah saya suruh awak jangan fikir. Awak bawa berehat. InshaAllah...segala memori awak yang hilang dulu pasti akan muncul semula tanpa dipinta," bebel Johan itu ini. Tapi Zulaika hanya menayangkan sengihan sengetnya itu. Johan geleng. Pening kepala dengan perangai Zulaika yang selalu sahaja tidak ambil kisah tentang bebelan tadi.

"Sekurangnya saya ingat waktu saya sekolah dulu...Saya ingat siapa diri saya. Walaupun pahit namun itu sudah menjadi memori silam saya. Tapi saya bangga dengan awak, Johan. Awak seorang je kawan yang boleh terima saya seadanya ke...awak dulu ada hati dekat saya?" Zulaika sengaja mengusik lelaki itu. Bibirnya mengukir senyuman lebar sambil pandang Johan.

"Ahahaha....merepeklah! Saya tak suka awak, okey?! Saya cuma anggap awak sebagai kawan saya, tak lebih dari tu! Perasannya!" Amboi, bukan main panjang penafiannya Johan. Siap buat muka meluat macam nak muntah hijau pula tu!

Zulaika mencebik. Sakit hatinya bila lelaki itu membalas dengan ayat menyakitkan perasaannya. Tahulah dia tak cantik tapi tak usahlah nak ejek dia.

"Ye lah, saya tak cantik! Dah, jomlah kita balik. Agaklah dah lama kita lepak dekat sini,"

Zulaika bangun lalu diikuti Johan. Sempat lagi dia menampar bahu Johan untuk melepaskan rasa geramnya tadi. Johan pula ketawa besar. Seronok sangatlah tu nak buli Zulaika.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now