Dia duduk sebaik dipersilakan. Tengku Afran memandang Shira yang berada di hadapannya sekarang itu. Wajah muram gadis itu yang membuat dirinya gelisah di dalam hati. Sampai macam itu sekali Shira berubah. Shira yang dikenalinya dulu tidak pernah berwajah seperti tika itu. Tapi dia yang berjaya merubahkan gadis itu.
"Ada apa awak nak jumpa saya lagi? Saya dah kata saya tak nak jumpa awak lagi. Awak tu dah ada isteri! Nanti kalau isteri awak nampak awak jumpa saya dekat sini, macammana?!" Tegas sekali suara Shira.
Tengku Afran mengeluh di dalam hati. Dia duduk bersandar pada belakang kerusinya. Namun matanya masih memandang pada Shira yang kelihatan begitu dingin dengannya. Wajah ayu itu telah hilang ditelan dengan kedinginan.
"Saya nak jelaskan perkara sebenar..."
"Jelaskan apa lagi?! Awak dah kahwin dengan pilihan orang tua awak, Afran! Kalau awak bagitau saya perkara sebenar pun, tu cuma membuang masa awak je. Kenyataannya awak dah kahwin. Ada isteri! Saya ni bukan siapa-siapa pun pada awak!"
"Shira, dengar dulu apa yang saya nak kata ni...kalau awak asyik nak pintas cakap saya, bila lagi awak nak dengar penjelasan dari saya?" Tegur Tengku Afran dengan suaranya naik sedikit. Mungkin sebal setiap kali dia mahu cakap, Shira asyik sangat memintas dirinya.
"Okey, fine!" Shira akhirnya mengalah. Namun mukanya masih serius.
"Zulaika tu bukan taste saya walaupun saya ni dah jadi suami dia. Actually my parents yang jodohkan saya dengan dia sebab dulu saya ni liar. I'm admit dulu saya suka keluar dengan banyak perempuan tapi sejak saya kenal awak, saya dah buang tebiat saya tu. It's you yang buat saya berubah tapi my parents still didn't trust me. Even saya cakap saya ada pilihan hati saya sendiri, saya merayu pun mereka tak peduli. Saya memang betul-betul cintakan awak, Shira tapi...kenapa susah sangat saya nak miliki awak? Cinta saya ni memang betul-betul ikhlas. Saya tak ada niat pun nak mempermainkan hati awak yang suci tu..."
Shira diam. Wajah seriusnya tadi mula mengendur sedikit. Entah mengapa bila dengar penjelasan dari Tengku Afran, dia mula rasa jatuh simpati. Begitu mudahnya dia mempercayai lelaki itu. Tapi memang betul pun...takkan sekacak Tengku Afran boleh jatuh cinta dengan isterinya yang gemuk itu? Kalau dilihat dari rupa, dia lagi lebih cantik dan memang sesuai mendampingi lelaki itu.
"...saya minta maaf kalau saya dah lukakan hati awak. Saya salah jugak sebab tak bagitau awak tentang perkara sebenar. Tapi sekarang ni saya masih tak boleh terima dia. Saya cuma nak awak je jadi isteri saya..." luah Tengku Afran tanpa segan. Mimik muka sedih dan hampa dipamer.
Shira nampaknya sudah kehilangan kata-kata untuk memintas. Tadi bukan main dia marah. Sekarang ini dia pula yang terkedu mendengar luahan lelaki itu. Bibir bawah dikemam. Dia betul-betul tidak ada idea nak cakap apa lagi.
"Shira, it's okey kalau awak tak suka saya lagi sebab saya dah kahwin. Tapi satu je saya nak dari awak...kita still in contact. Hati saya ni ada nama awak seorang je. I admit saya curang dengan isteri saya tapi untuk apa saya menipu kalau hati saya memang hanya untuk awak..."
"Afran, macam ni lah...saya tak dapat fikir so apa kata awak bagi saya masa untuk bersendirian. Saya tak nak awak ganggu saya. Saya perlukan masa untuk fikir pasal hal kita ni," kata Shira. Jari-Jemarinya di atas meja digenggam erat. Sepasang matanya memandang pada Tengku Afran namun hanya sekejap sahaja sebelum dia menunduk semula.
Tengku Afran gusar. Kalau Shira nak bersendirian bererti dia terpaksa menanggung rindu pada gadis itu. Hatinya betul-betul telah terpikat dengan apa yang gadis itu miliki.
"Shira, maafkan saya ye..." pinta Tengku Afran dengan wajahnya minta simpati. Dia tidak mahu pertengkaran mereka dipanjangkan. Hatinya betul-betul terseksa kalau Shira cuba menjauhkan diri darinya.
"Saya minta diri dulu..." ucap Shira seraya bangkit dari tempat duduknya.
Tengku Afran mahu menahan namun Shira terlebih awal pergi meninggalkannya di situ. Diperhatikan sahaja setiap langkah Shira yang melangkah pergi lalu menghilang di sebalik kesesakan orang yang berebut mahu masuk ke dalam restoran itu.
Sedang dia memerhati gelagat orang ramai yang makan di restoran itu, matanya terpandangkan seseorang yang amat dikenalinya. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Lagi-lagi dengan lelaki itu yang selalu bersama Zulaika. Entah apa hubungan mereka atau mungkin mereka mempunyai hubungan yang dia sendiri tidak tahu. Tapi kisah apa dia tentang hubungan mereka atau...dia dah jatuh suka dengan Zulaika?!
Tengku Afran cepat geleng kepala. Mana mungkin dia boleh jatuh suka dengan perempuan gemuk itu. Geli-geleman badannya sekiranya dia suka Zulaika.
Cepat sahaja dia bangun namun entah kenapa matanya melirik pada Zulaika. Hatinya pula seolah sakit bila tengok Zulaika bermesra dengan lelaki lain seolah Zulaika sedang mempermainkan dirinya.
Selesai membayar bil, dia terus menapak keluar dari restoran itu dengan seribu perasaan yang bertandang di hatinya. Apa yang dia rasakan tika itu sungguh dia tidak mengerti. Isyarat yang diberikan oleh hatinya pun dia tidak dapat baca.
🌸 🌸 🌸
Sebaik pintu ditutup, dia terkejut bila ditegur. Tambah lagi suara itu dekat dengannya. Dia menoleh dan terpandangkan Tengku Afran duduk di sofa di ruang tamu. Kut hitamnya diletakkan di tepi sofanya. Mungkin baru pulang kerja.
"Malam baru nak balik?! Baru nak ingat dekat rumah hah? Aku ni dekat sejam dah tunggu kau balik! Nak makan pun kau tak masak apa-apa. Isteri apa kau ni?!" Tengking Tengku Afran siap dengan suaranya ikut meninggi.
Terhenjut sedikit bahu Zulaika akibat terkejut. Dahlah ditengking suara pula dibesarkan. Macamlah dia pekak...dia boleh dengarlah dengan jelas! Rungut Zulaika di dalam hati.
Tengku Afran memandang tajam ke arah Zulaika. Zulaika masih tercegat di situ. Dengan pandangan gerun suaminya itu dia lawan dengan pandangan meluat.
"Suka hati sayalah nak balik awal ke lambat ke apa awak kisah? Bukan ke sebelum ni awak dah bagitau dekat saya yang awak tak nak tau pasal hal saya. So sekarang ni saya tak nak tau pasal hal awak. And one more thing...saya tak masak sebab awak sendiri yang tak nak makan makanan yang saya masak. Awak kata awak jijik dengan saya!" Lawan Zulaika dengan beraninya.
"Tapi kau jangan lupa yang aku ni suami kau! Suka hati akulah nak buat apa yang aku suka dan kau mesti dengar cakap aku. Ni rumah aku dan kau kena ikut cakap aku. Kalau tak, kau boleh blah cari rumah sendiri di luar sana tu!"
Zulaika mendengus kasar. Sampai hati lelaki itu menghalaunya keluar dari rumah itu padahal mereka suami isteri. Mana mungkin dia mahu meninggalkan rumah itu sedangkan dia masih berstatuskan isteri Tengku Afran. Nanti kalau dia pergi apa kata mertuanya dan orang tuanya?
"Kalau awak jijik pun nak tengok muka saya ni, tak perlulah nak kongkong hidup saya pulak! Dulu kata itu ini tak nak kisahlah pasal hidup saya tapi sekarang ni apa?! Cakap tak serupa bikin!" Sekali lagi Zulaika melawan cakap suaminya itu. Lagipun bukan dia yang salah dalam hal itu.
Tengku Afran senyum senget. Tapi sinis! Hatinya panas bila Zulaika masih berani melawan dirinya. Dia bangun lalu berdiri menghadap perempuan itu. Tengku Afran orangnya tidak pernah kenal erti mengalah.
"Tapi sekarang ni aku sedar yang aku ni suami kau dan aku ada hak untuk kongkong hidup kau untuk jaga maruah aku. Kau tu isteri aku tapi tak naklah aku mengaku yang kau ni isteri aku! Aku buat macam ni bukan sebab aku ada hati dengan kau. Jangan perasan! Aku cuma nak kau jaga maruah aku selagi kau tu masih jadi isteri aku. Aku ni usahawan muda yang terkenal dan aku tak nak dengar ada gosip pasal kita!"
Tengku Afran menjeling tajam ke arah Zulaika yang nampaknya terdiam seribu bahasa. Dalam hati dia tersenyum kemenangan. Pandai pun perempuan itu diam. Rasanya panjang lebar juga dia hujah tadi."Ye lah...siapalah saya ni pada awak. Dahlah saya nak masuk dalam dulu!" Ujar Zulaika lalu beredar dari situ.
Tengku Afran menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia menang dalam semua hal bila berlawan cakap dengan Zulaika. Zulaika bukan seperti Shira. Langsung tak sama! Zulaika orangnya degil, melawan setiap cakapnya, langsung tidak mahu mengalah bila bersamanya. Tapi tadi rasanya dia menang sebab dia sudah buat Zulaika diam tak tahu nak balas apa-apa.
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
RomanceTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...