Dipandang pelan yang dipegang Tengku Afran. Sambil itu dia menangkap butir bicara lelaki itu menerangkan pembinaan projek mereka itu. Dia lontar pandangannya ke depan bila Tengku Afran memandang ke arah bangunan yang baru mula dibina itu. Senyumannya melebar. Akhirnya impiannya tercapai juga untuk membina sebuah kedai buku.
Dia dulu seorang ulut buku. Dia suka menghabiskan masanya membaca pelbagai buku. Dia begitu minat menyimpan karya hasil penulis yang berjaya. Disebabkan itulah, dia bercita-cita membuka sebuah kedai buku supaya dia boleh menjual pelbagai buku-buku tempatan.
"Ehemmm!"
Tersentak Zulaika bila terdengar bunyi dehem dari Tengku Afran. Boleh pula dia mengelamun terkenangkan kisah lamanya dulu.
"Senyum sorang diri tak ajak saya sekali," gurau Tengku Afran bersahaja.
Zulaika tertawa kecil.
"Tak adalah...saya cuma teringatkan masa saya kecil dulu. Apa yang saya impikan dulu sekarang hampir tercapai. Kalau saya tak jumpa awak, mungkin impian saya ni terkubur," beritahu Zulaika begitu jujur.
Tengku Afran tersenyum kecil. Dia menutup pelan itu lalu digulung. Dia kembali memandang Zulaika. Begitu cantik sekali Zulaika yang berada di depannya itu. Kurus, kulitnya tidak terlalu putih. Keayuannya terserlah bila memakai shawl yang dililitkan di kepalanya menutup apa yang patut.
Betulkah itu Zulaika, orang yang sama dia kenal sebelum ni?
Senyuman di bibir perempuan itu dipandang. Tidak semena dia teringatkan senyuman isterinya. Nampak sama. Matanya terpaku pada tahi lalat yang berada di bawah mata Zulaika. Ya! Dia tidak silap lagi.
"Macammana isteri awak sekarang?" Tegur Zulaika. Dia tidak selesa bila pandangan mata Tengku Afran terus memerhati dirinya. Dahlah dia panas, rasanya dia berpeluh. Malulah kalau lelaki tengok dia macam itu ketika dia berpeluh.
"Dia okey..." jawab Tengku Afran pendek.
Mereka diam selepas itu. Namun bila Zulaika mahu bersuara, Tengku Afran juga turut sama bersuara. Mereka terus tertawa sama.
"Awak dulu..." Tengku Afran memberi peluang pada Zulaika untuk membuka bicara.
"Boleh tak saya jenguk isteri awak?"
Tengku Afran mengukir senyum. Namun kepalanya dianggukkan tanda dia memberi kebenaran.
"So apa awak nak cakap tadi?" Tanya Zulaika pada Tengku Afran.
"Awak....err...errr...tak ada apa-apa ke berlaku dekat awak sebelum ni?"
Kening Zulaika bertaut. Dia cuba memahami pertanyaan lelaki itu tapi dia tidak mengerti.
"Er...er...awak tak cam ke muka saya?" tanya Tengku Afran. Berani sekali dia memandang Zulaika yang kelihatannya keliru.
"Cam muka awak? Kenapa ye? Kita pernah kenal ke sebelum ni?" Zulaika menyoal pula.
"Tak apa...lupakan je lah!" Balas Tengku Afran lalu dia membuang pandang ke depan.
Betul ke mereka orang yang sama atau dia silap? Zulaika tidak mungkin lupa tentang dirinya. Atau...Zulaika pura-pura lupa tidak mengenali dirinya?
"Saya ada kemalangan sebelum ni..."
Tengku Afran terus menoleh. Dia terkejut.
"...lepas kemalangan tu, saya dah tak ingat apa-apa. Saya tak kenal siapa saya tapi mujur ada Johan muncul bila saya sedar dari koma tu. Tapi sekarang ni...Alhamdulillah...saya dah ingat sedikit tapi saya tak ingat kejadian sebelum kemalangan tu..." Zulaika menyambung bicaranya. Matanya tulus ke hadapan.
"Tak apa...nanti awak akan ingat segalanya..." ujar Tengku Afran sekadar berbasa-basi.
"Ya...saya harap saya akan ingat segalanya supaya saya boleh bertemu kembali dengan suami saya. Saya langsung tak ingat macammana muka dia tapi saya terharu..."
Automatik Tengku Afran memandang pada Zulaika. Sebutan suami itu membuat dia menoleh.
"...dia cakap dia beri saya masa untuk ingatkan segalanya supaya saya boleh ingat dia,"
'Tak! Bukan, Zulaika...Bukan! Ampunkan abang, Zulaika. Abang yang buat semua perkara jadi macam ni. Abang yang tak pernah ambil tahu tentang hati Zulaika. Abang yang buat luka di hati Zulaika dulu. Semuanya abang...'
Zulaika mengukir senyum kecil. Dia tidak sabar untuk ingat semuanya. Dia mahu bertemu dengan suaminya. Hensem ke suaminya itu?
"Apa awak akan buat kalau lelaki tu banyak kali membuat hati awak terluka? Contohnya kalau lelaki tu suami awak..."
Zulaika angkat bahu. Dia tidak tahu jawapan untuk persoalan itu.
"...tapi manusia ni tak ada yang sempurna...siapa saya nak hukum orang tu,"
Tengku Afran yang mendengar, terharu. Kalaulah Zulaika ingat siapa dia selepas ini, mungkin Zulaika tidak mahu bersua muka dengannya lagi. Bukankah itu janjinya dulu untuk tidak menunjukkan mukanya di depannya?
________________
"Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dekat dia dulu?" Tegur satu suara, berada di belakangnya. Suara itu kedengaran begitu sinis.
Tengku Afran menoleh ringkas. Johan! Mujur Zulaika sudah beredar awal dari situ.
"Apa kau nak?" Soal Tengku Afran.
Johan melangkah sedikit ke depan lalu berdiri di sisi lelaki itu. Lelaki itu yang dulu pernah menghancurkan hati seorang perempuan yang dia sayang. Penumbuknya dikepal cuba menahan amarahnya. Bila dia melihat Tengku Afran, hatinya selalu panas. Dia benci dengan wajah yang tidak bersalah itu.
"Aku nak kau jauhkan diri kau dari Zulaika. Aku tak mahu dia ingat lagi pasal kau. Kalau boleh bagus dia lupa ingatan sampai bila-bila asalkan dia tidak ingat tentang kau!" Ujar Johan dengan wajah seriusnya.
"Kau siapa pada dia? Aku layak ada dekat dia sebab dia isteri aku!" Tengku Afran tidak mahu mengalah.
Johan tersenyum. Sinis.
"Dulu kenapa kau tak mengaku dia tu isteri kau? Kenapa tak dari dulu lagi?! Sebab dulu dia gemukkan...aku tau lah kau ni lelaki yang hanya pandang pada kecantikan luaran!"
"Aku bukan macam tu!" Marah Tengku Afran bila dituduh seperti itu.
"Kau cuba nafikan pun tak akan merubah segalanya. Kau lelaki yang paling bodoh aku kenal. Perempuan baik macam Zulaika tu pun kau boleh buang. Kau tamak tau tak?! Zulaika biarkan ketamakan kau tu untuk buat kau bahagia tapi kau sedar tak apa yang dia buat tu? Kau sedar tak?!"
Johan menolak bahu Tengku Afran dengan kasar. Amarahnya tidak dapat dikawal. Dia benci melihat muka lelaki itu. Kenapa lelaki itu menjadi pilihan Zulaika? Kenapa Allah tidak jodohkan dia bersama Zulaika? Padahal dialah orang pertama yang kenal Zulaika.
"Aku...aku...sedarlah! Aku tau aku bodoh! Ya, memang aku bodoh!" Jerit Tengku Afran. Ditepis kasar tangan Johan yang tidak henti menolak bahunya itu.
Johan terhenti. Cepat dia pusingkan badannya berpaling dari memandang Tengku Afran. Dia tidak mahu berlama di situ.
"Aku nak...kau lepaskan Zulaika...Zulaika tak pantas untuk bersama kau!"
Johan lantas membuka langkah meninggalkan Tengku Afran di situ. Dia mahu Tengku Afran pergi dari terus menganggu hidup Zulaika. Dia tidak mahu sejarah silam menghantui Zulaika lagi. Dia cuma mahu Zulaika hidup bahagia walaupun dia tahu kebahagiaan itu cuma sementara.
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
RomanceTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...