Bab 12

8.9K 193 0
                                    

Tengku Afran melirikkan pandangannya pada Shira yang duduk begitu ayu di sebelah Datin Rapiah. Dato Aydan pula duduk di sofa berasingan namun dekat dengan isterinya itu. Tengku Afran kini sedang berhadapan dengan mereka. Jantungnya sedari tadi berdetak laju.

"Afran, siapa Shira ni?" Tanya Datin Rapiah. Hanya sekilas dia menoleh pada Shira yang masih dengan senyuman di bibirnya.

Dato Aydan diam. Dia boleh agak  kenapa Tengku Afran membawa Shira lalu memperkenalkannya pada mereka. Sempat juga matanya mengerling pada Shira yang tampak begitu cantik dan manis dalam tudung labuhnya juga baju jubahnya bercorak bunga. Mestilah mereka mengenali Shira sebagai model muslimah terkenal di Brunei itu.

"Ayah, mama, Afran nak kenalkan Shira ni lah pilihan hati Afran tu. Afran bawa dia hari ni sebab Afran nak minta restu dari ayah dengan mama untuk kahwin dengan dia,"

Bagai ada batu besar menghempap kepalanya tika itu namun Datin Rapiah cuba berlagak tenang sehabis mungkin. Ternyata Tengku Afran telah mengotakan kata-katanya mahu mengahwini pilihannya itu. Dipandang Dato Aydan yang masih diam. Langsung suaminya itu tidak memberi reaksi apa-apa.

"Ya, ayah, mama! Saya tau saya ni serba kekurangan jadi saya harap ayah dengan mama sudi menerima saya," Shira bersuara dengan suara lembutnya itu sambil memandang pada ayah dan ibu Tengku Afran.

"Betul ke Afran nak kahwin dengan Shira ni? Afran jangan pulak nak rosakkan hati anak orang. Afran kan tau dosa sekiranya kita melukakan hati orang lain," Dato Aydan juga turut bersuara namun pandangannya tajam menikam pada wajah anaknya itu.

Shira sedikit pelik dengan ayat yang baru diucapkan oleh ayah Tengku Afran tadi. Seolah ada ayat sindiran dan teguran dalam ayat itu. Apa dia sedang dipermainkan ke? Pandangan matanya dialihkan kepada Tengku Afran yang kelihatan begitu gelisah.

"Ayah, niat Afran baik bawa Shira dekat sini. Afran memang dari dulu lagi mau kahwin dengan Shira. Dulu kami sibuk sekarang alhamdulillah...rasanya tak baik Afran melengahkan majlis perkahwinan kami,"

Dato Aydan memalingkan wajahnya ke arah Shira yang duduk tidak jauh dari isterinya itu. Shira nampaknya terpinga-pinga tidak tahu apa-apa.

"Shira, saya begitu sudi menerima kedatangan kamu hari ni tapi rasanya saya tak dapat nak terima kamu sebagai menantu saya. Lagipun saya dah ada menantu pilihan yang bagus untuk Afran. InshaAllah...awal bulan depan mereka akan kahwin," kata Dato Aydan begitu tenang tapi tidak setenang hati Shira yang mendengar.

Shira begitu terkejut. Pandangannya silih berganti pada Tengku Afran dan Dato Aydan. Dia tidak percaya Tengku Afran sanggup mempermainkan dirinya dan memalukan dirinya di depan orang tua lelaki itu. Apa dosanya diperlakukan sebegitu?

"Saya minta maaf, Dato, Datin...saya nak minta diri dulu," Shira bingkas bangun dari tempat duduknya. Seperti dia datang tadi, dia akhiri juga dengan salam manis walaupun hatinya terluka.

Tengku Afran kaget. Dia turut bangun lalu mengejar Shira yang bergegas melangkah keluar dari rumahnya. Laungannya tidak dihiraukan. Dia berlari lagi sekuat tenaganya untuk menyaingi langkah Shira. Shira nampaknya begitu marah dengannya. Tengku Afran tidak mengalah lalu menyambar lengan Shira. Terus langkah kaki mereka berdua berhenti mengejut.

"Shira, saya tak ada niat pun nak permainkan awak..." jelas Tengku Afran dengan wajah hiba yang meminta simpati.

"Cukuplah, awak! Tak usahlah nak menipu saya lagi. Saya dah tau kebenarannya dan awak nak jelaskan apa lagi?! I'm not expect you like this tapi awak rupanya sama je macam lelaki lain luar sana tu!" Marah Shira dengan linangan air mata mengalir membasahi pipinya.

"Shira, saya boleh jelaskan perkara sebenar...dengar dulu apa yang saya nak jelaskan,"

"Lepaskan tangan saya!" Bentak Shira kali ini dia berubah tegas. Dia tidak mahu jatuh di depan lelaki itu.

Tengku Afran mengalah. Perlahan tangan gadis itu dilepaskan. Shira bergegas melangkah pergi keluar lalu mendapatkan teksi. Kepergian Shira seolah membawa sejuta pahit di dalam hidupnya. Niatnya betul-betul mahu mengahwini gadis itu tapi dengan caranya yang terburu-buru itu membuat dia kehilangan Shira.

"Apa lagi ayah nak Afran lakukan dalam dunia ni?! Semua dah Afran lakukan. Dulu Afran berfoya-foya sana sini ayah tak suka. Cakap Afran lalai dan lupa agama. Sekarang Afran dah berubah, ayah tak suka pulak Afran kahwin dengan perempuan muslimah macam Shira tu! Apa lagi ayah...?! Afran nak bebas untuk tentukan dengan siapa saya nak hidup nanti. Please, ayah...Afran merayu..."

Tengku Afran sehabis mungkin cuba merayu. Datin Rapiah nampaknya tidak tega melihat keadaan anaknya tika itu lalu cepat dia memeluk bahu anaknya itu. Dato Aydan masih ditempatnya dengan wajah serius. Tangisan berlagu dari Tengku Afran tidak diendahkan.

"Ayah taulah Afran nak kahwin dengan Shira sebab Shira cantik lagi dari Zulaika. Shira memang baik tapi satu je dia kurang dari Zulaika. Memang dia nampak sempurna bila dia pakai jubah tudung labuh begitu tapi dengan mata ayah ni ayah nampak serba kekurangan dia. Afran, tak payahlah Afran kahwin dengan Shira tu. Percayalah Zulaika mungkin terbaik buat Afran," Dato Aydan cuba menyakinkan anaknya itu. Wajahnya masih serius seperti tadi.

Tengku Afran geleng kepalanya. Dia betul-betul tidak mahu kahwin dengan pilihan orang tuanya itu. Kalau Zulaika yang tidak bertudung itu terbaik untuknya kenapa tidak Shira yang menutup segalanya itu? Sungguh dunia ini tidak adil! Ayahnya langsung tak memahami perasaannya kala itu. Perlahan dia merungkaikan pelukan ibunya di tubuhnya itu.

"Baiklah, kalau ayah nak sangat Afran kahwin dengan Zulaika, Afran akan lakukan! Mama, Afran nak balik,"

Tengku Afran terus menyalam tangan ibunya itu. Datin Rapiah tidak berkata apa-apa tapi cukuplah air mata di pipinya menzahirkan perasaannya tika itu. Dengan pandangan hiba, dia menghantar kepergian anaknya itu.

"Jangan nangis lagi, Piah. Biarlah dia...nanti lama-lama sejuk jugak hatinya itu," pujuk Dato Aydan sambil mengusap bahu isterinya itu.

Datin Rapiah sedikit terpujuk. Tengku Afran dah lama pergi. Perlahan kakinya mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Dato Aydan setia di sisinya.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now