Bab 18

9.9K 207 3
                                    

Jelingan tajam Zulaika langsung tidak diendahkan. Bukan salah dia pun kalau dia lambat datang. Mukanya dibuat semanis mungkin melayan kerenah ibu Zulaika itu yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggannya.

"Makanlah. Ni semua Ika yang masak untuk kamu, Afran," pelawa Puan Maimun begitu mesra.

Tengku Afran senyum angguk sahaja. Sempat matanya mengerling ke arah Zulaika. Zulaika buat muka menyampah. Dia tengok pula makanan yang terhidang di atas meja makan itu. Dia pernah cakap yang dia tidak akan pernah menyentuh masakkan Zulaika. Tapi keadaan memaksa dirinya. Perlahan sudu diambil lalu makan.

"Hah, Ika apa lagi makanlah!" Tegur Puan Maimun bila terlihatkan anak perempuannya itu asyik memandang Tengku Afran. Rindulah tu!

"Sedap tak, Afran?"

"Sedap sangat hingga menjilat jari, mak!" Balas Tengku Afran sengaja mahu menyakiti isterinya yang duduk menghadapnya.

Zulaika sakit hati. Kalau nak sindir pun janganlah depan ibunya!

"Kalau sedap sangat menjilat jari tu, apa kata abang habiskan semua ni? Ika dah kenyang. Tadi petang makan banyak," sampuk Zulaika setelah sekian lama dia berdiam diri menahan rasa. Matanya tajam menikam mata suaminya itu.

Puan Maimun yang tidak tahu apa-apa itu memihak pada Zulaika. Hanya senyuman sinis yang Zulaika berikan untuk suami yang paling dicintainya itu. Tengku Afran tidak dapat berbuat apa-apa lalu menikmati juadah makanan yang ada di depan matanya itu. Hatinya menangis hiba mengharap belas ihsan dari Zulaika. Tapi nampaknya Zulaika tekad dengan niatnya untuk menyeksa suaminya itu.

'Baru padan muka! Ingat kau sorang je boleh buli aku, tapi rasakan sekarang!'

Kata itu hanya diucapkan di dalam hati. Betapa dia sakit hati dengan Tengku Afran. Puan Maimun selesai makan lalu perlahan beredar. Tinggal Zulaika dan Tengku Afran di meja makan itu. Sesi jeling menjeling dengan silauan mata tajam menikam di antara mereka sebaik Puan Maimun menuju ke ruang tamu.

"Kau sengajakan nak buat aku tunduk depan mak tadi," perlahan tapi keras suaranya. Muka dahlah serius. Tengku Afran pantas menolak pinggan jauh darinya.

"Tu satu pengajaran buat awak yang tak pernah kesiankan saya. Sedap sangat sampai menjilat jari, hah apa lagi makanlah sampai habis! Kalau habis, simpan je dalam sinki tu. Terima kasih!"

Zulaika mengakhiri katanya di situ sebelum dia beredar meninggalkan Tengku Afran seorang diri di ruang makan tersebut. Tengku Afran mendengus kasar. Hatinya menahan geram pada isterinya yang suka sangat melawan dirinya.

"Ika, dah selesai makan ke? Mana Afran?" Soalan Puan Maimun sebaik melihat anak perempuannya sahaja yang muncul di ruang tamu itu.

Zulaika dengan selambanya menghenyakkan punggung di sebelah ibunya itu. Tubuhnya dibiarkan bersandar pada kepala sofa itu. Terasa nyaman sedikit tubuhnya bila dia dapat berehat seperti itu.

"Ada dekat dapur sana. Malas nak tunggu. Lambat!" Jawab Zulaika membuat kening mata Puan Maimun bertaut.

"Kenapa? Salah ke Ika buat macam tu? Dia yang lambat makan. Ika bosan," luah Zulaika yang tidak menyedari perubahan mood ibunya itu.

"Anak bertuah! Ika tau tak apa yang Ika lakukan sekarang ni sangat tidak menghormati seorang suami. Ika nak dosa Ika bertambah berat disebabkan Ika langsung tak menghormati suami Ika?" Bebel Puan Maimun sambil tangannya hidup mencubit lengan anak perempuannya itu.

"Mama, sakitlah!" Adu Zulaika sambil mengosok lengan yang menjadi mangsa cubitan ibunya itu.

"Pergi cepat sana temani suami Ika!"

"Ika tak mau! Ika bosan. Dahlah makan lambat," komplin Zulaika.

"Ikaaa....cepat sebelum mama naik darah!" Ugut Puan Maimun dengan matanya tajam menikam mata Zulaika.

"Okeylah..." balas Zulaika dengan hatinya tidak rela. Dia mengalah.

Dengan langkah longlai, dia menuju ke ruang dapur. Meja makan dituju lalu dia duduk di depan Tengku Afran. Dengan wajah tak puas hatinya dia pamerkan depan suaminya itu.

"Alala...comel jugak isteri abang ni ye!" Ujar Tengku Afran sambil gelakkan Zulaika.

"Makan cepat!" Arah Zulaika dengan wajah serius.

Tengku Afran masih ketawa. Sambil itu dia meneruskan makannya. Zulaika masih di situ memandang sahaja suaminya itu makan. Dia langsung tidak ada selera. Lima belas minit kemudian, Tengku Afran selesai makan. Dia menuju ke sinki untuk basuh tangannya sahaja.

"Kerja aku dah habis. Sekarang mempersilakan buat kerja kau pulak!"

Zulaika pantas mendongak memandang ke arah Tengku Afran. Hanya senyuman sinis sahaja lelaki itu lemparkan pada dirinya sebelum dia beredar dari situ. Zulaika mengeluh berat. Tapi tidak apa dia bukan seorang yang pemalas. Dia gemuk tapi dia bukan seorang yang malas.

Bekas pinggan yang dipakai suaminya tadi bersama mangkuk-mangkuk yang sudah kosong itu dibawa ke sinki. Dia membuka paip air dan memulakan basuhannya. Kadang dia sakit hati dengan perangai Tengku Afran yang tidak mahu mengalah itu tapi kadang juga dia suka dilayan begitu. Entah mengapa dia merasakan perkara sebegitu.

☆ ☆ ☆

Puan Maimun akhirnya meminta diri ketika senja hampir melabuhkan tirainya. Zulaika seperti biasa melepaskan rasa sedihnya di dalam dakapan ibunya itu. Tengku Afran hanya jadi pemerhati. Tapi dari sudut hatinya yang paling dalam, dia turut berada sedih menyaksikan perpisahan itu. Wajahnya sedaya-upaya dikawal. Dia seorang lelaki dan dia tidak mahu orang lain menyaksikan wajah sedihnya.

Selepas pemergian Puan Maimun, Zulaika pantas mengelap air matanya sebelum dia memusing tubuhnya ke belakang. Terkejut dia bila terlihatkan Tengku Afran masih di situ. Ingatkan dah masuk ke dalam rupanya masih dekat situ!

"Apa tengok-tengok?" Tegur Tengku Afran dengan muka cari pasalnya.

Zulaika mencebik sebelum dia masuk ke dalam rumah. Dia cepat menuju ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa.

"Aku nak ingatkan kau satu perkara! Setiap kali ada perkara urgent, tolong bagitau aku cepat dan pantas!" Kata Tengku Afran sambil berdiri menghadap Zulaika yang seperti seorang pesalah.

"Encik Tengku Afran, saya dah call banyak kali tadi tapi awak yang tak jawab call saya!"

"Alasan! Kau boleh tak jangan sebut nama aku! Jijik tau tak aku dengar. Dahlah gemuk!"

"Awak jangan hina saya!" Marah Zulaika dengan wajah menyeringai.

"Aku hina kau ke?! Tengoklah kenyataan sekarang ni! Kau tu yang tak perasan diri kau tu gemuk. Kau ingat kahwin je dengan aku hidup kau akan senang?! No way lah! Aku ni Tengku Afran yang akan buat hidup kau menderita!"

Zulaika yang mendengar kata-kata yang diucap dari mulut suaminya itu mempamerkan wajah terkejutnya bercampur geram. Sampai hati Tengku Afran memperlakukannya begitu. Seolah dia tidak punya hati dan perasaan. Dia boleh terima hinaan dari orang ramai tapi tidak dari Tengku Afran.

"Awak boleh hina saya sesuka hati awak tapi satu je...awak jangan lupa dosa awak nanti," kata Zulaika sebelum dia melangkah pergi.

Kakinya begitu cepat menaiki anak tangga. Air mata yang cuba ditahannya tadi kini terburai membasahi pipi gebunya itu. Hatinya tersayat dengan kata hinaan yang baru diucapkan tadi.

Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segala dugaanMu...

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now