Bab 45

17.1K 224 5
                                    

Setahun kemudian...

Indahnya pagi itu bila mereka menerima satu lagi kelahiran cucu mereka. Bertambah gembira wajah sepasang suami isteri itu yang dimamah usia. Tambah lagi besan mereka datang dan mulalah mereka bertukar perasaan gembira itu.

"Papa," panggil budak kecil yang sedari tadi diam memerhati drama di depan matanya. Tangannya mengamit tangan ayahnya lalu digenggam erat.

"Ilhan, papa ada berita gembira nak kongsi dengan Ilhan..."

Tengku Afran melutut menyamai paras tingginya dengan anak lelakinya itu. Ilhan yang semakin membesar itu dipandang dengan huluran senyum paling bahagia.

"Ilhan dah ada adik. Lepas ni boleh jadi teman Ilhan bermain," beritahu Tengku Afran begitu senang.

Ilhan senyum meleret. Comel!

"Ilhan suka ke tak ni? Apasal senyum je? Ilhan tak suka ada adik ke?" Sengaja dia menyoal begitu pada Ilhan. Dia nak Ilhan bersuara. Biar dia semakin pandai berbicara.

"Ian cuka! Cayang papa!" ("Ian suka! Sayang papa!" 

Dihadiahkan ciuman di pipi ayahnya itu. Tengku Afran ketawa geli hati dengan keletah anaknya yang baru berusia tiga tahun itu.

"Mama ana?" ("Mama mana?")

Dia pelik sedari dia sampai di situ, dia belum nampak kelibat mamanya. Dia rindu mamanya itu. Mama yang sentiasa memanjakan dia dan menyanyanginya.

"Aik, cari mama je? Tak rindu papa ke?"

"Ian indu mama...marin tak jumpa. Papa da pan mata Ian. Uat apa Ian ari papa,"
("Ian rindu mama...kemarin tak jumpa. Papa ada depan mata Ian. Buat apa Ian cari papa,"

Tengku Afran tersenyum lebar. Dicubit manja pipi anaknya itu sebelum dia mengucup ubun anaknya itu. Terhibur dia sebagai seorang ayah mendengar coleteh si anak.

"Kalau nak jumpa mama...Ilhan kena janji dengan papa yang Ilhan tak akan buat perkara menyusahkan mama lepas ni?" Mata kecil itu ditenung. Dengan wajah dibuat serius itulah dia buat untuk gertak anak lelakinya itu mendengar katanya.

"Ian anji!" ("Ian janji!")

"Bagus, anak papa! Jom kita masuk melawat mama dekat dalam,"

Didukung anaknya itu lalu berjalan masuk ke dalam wad menempatkan ibu bersalin. Ayah dengan ibunya dah lama masuk ke dalam bersama mertuanya tadi. Ilhan selesa di dalam dukungannya itu.

Waktu mereka masuk ke dalam isterinya, separuh pintu sahaja, Ilhan dah merengek untuk dilepaskan. Dia terpaksa lepaskan dan bukan main lagi anak kecil itu berlari meluru mendekati mama tersayangnya itu yang baring di atas katil pesakit.

"Ilhan...perlahan-lahan. Mama masih sakit lagi tu. Tadi kan dah janji dengan papa," Tengku Afran menegur kesalahan anaknya itu yang tergopoh-gapah mahu memeluk mamanya itu.

"Tak apa, abang. Ika rindu dia juga," Itulah Zulaika. Selalu membela Ilhan walau apapun. Tengku Afran geleng kepala sahaja.

"Anak mama naughty tak masa mama tak ada?" Tanya Zulaika sambil merenung Ilhan. Wajahnya gembira sekali melihat anaknya itu.

Dato Aydan dan Datin Rapiah senyum. Gelengan kepala dari Ilhan membuat mereka di situ ketawa geli hati.

"Ian indu mama. Ian ari mama marin. Dah anya papa tapi papa tak akap mama ada akat mana. Ian induuuu mama..."
("Ian rindu mama. Ian cari mama kemarin. Dah tanya papa tapi papa tak cakap mama ada dekat mana. Ian rinduuuu mama...")

"Ilhan sini dekat nenek. Mama Ilhan tu nak berehat," Puan Maimun memanggil cucunya itu. Ilhan menurut kata lalu mendekati neneknya itu.

"Dah bagi nama anak dah?" Soal Dato Aydan bila melihat anaknya leka mengendong cucunya yang masih bayi itu.

"Dah, ayah! Tengku Ayka Nadhirah," jawab Tengku Afran sebelum dia kembali menatap wajah anak perempuannya itu.

Zulaika senyum di atas katil pesakit. Senyuman bahagia. Dia perhatikan sang suami yang begitu leka mengendong anak mereka itu. Pandangannya jatuh pada Ilhan yang sedikit membesar itu. Tak lama lagi nak daftar sekolah tahun depan. Macam tak sangka pula dia boleh jaga Ilhan dengan dia berbadan dua dulu.

Selepas kepergian orang tua mereka, Tengku Afran menghampiri isterinya itu. Anak yang dikendongnya itu perlahan penuh berhati-hati diserahkan pada Zulaika.

"Thanks, sayang...sebab bagi abang seorang anak lagi. Sekurangnya Ilhan dah tak kesepian lepas ni," ujar Tengku Afran, memulakan perbicaraan di antara mereka. Ilhan dibawa duduk di ribanya. Dipeluk tubuh anak kecil itu.

"Dah rezeki kita...cantik nama yang abang berikan baby girl kita ni," dielus lembut pipi Tengku Ayka yang matanya tertutup itu. Tapi badannya bergerak sedikit.

"Mama, Ian nak ain dengan adik Ian, oleh tak?"
("Mama, Ian nak main dengan adik Ian, boleh tak?")
Ilhan bersuara. Dia yang teruja sangat nak pegang tapi tak dibenarkan.

Tersungging senyuman di bibir Zulaika dengan kerenah anak lelakinya itu. Diusap kepala Ilhan seolah dia menyalurkan kasih sayangnya buat anaknya itu.

"Ilhan tak boleh main dengan adik lagi. Nanti tunggu adik besar, baru boleh main dengan adik. Ni adik masih kecil, nak tidur. Mana larat nak main kalau macam ni," pandai sahaja Zulaika memberi alasan. Ilhan yang mendengar itu mengiyakan sahaja.

"Cakap dekat mama terima kasih sebab bagi adik dekat Ilhan," pinta Tengku Afran.

"Ima asih, mama...bab agi Ian adik. Cayang mama!"
("Terima kasih, mama...sebab bagi Ilhan adik. Sayang mama!")

Anak kecil itu pantas memberikan satu hadiah ciuman di pipi Zulaika. Zulaika ukir senyum lebar sebelum matanya bersatu dengan pandangan mata Tengku Afran. Hatinya terharu.

__________

Leka dia menatap wajah Tengku Ayka yang berada di sampingnya itu. Kecil sahaja tubuhnya. Dia bersyukur sangat Allah mengurniakannya anak perempuan bersama Tengku Afran. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah suaminya. Dari mata hingga ke bibirnya. Cantik! Sesuai dengan Tengku Afran yang kacak.

"Ayka, dah besar nanti, jangan gemuk macam mama ye...mama tak nak Ayka dibuli kawan Ayka. Hidup ni menyakitkan tapi...Ayka akan tahu di setiap kesakitan itu pasti ada kebahagiaan yang muncul. Ayka besarlah jadi anak yang baik, yang solehah ye..."

Sedar Tengku Ayka sudah lena, dia lalu mengendong perlahan anaknya itu tidur di dalam katil yang dikhaskan oleh hospital. Zulaika baring semula sambil matanya tertumpu pada Tengku Ayka.

"Mama nak Ayka jadilah seorang bidadari walaupun Ayka bukan bidadari yang sebenar..."

Bibirnya tersungging senyuman nipis. Zulaika perlahan terlelap.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now