"Ayka, panggil abang makan!" Jerit Zulaika dari ruang dapur.
Anak kecil itu terkedek-kedek berlari naik ke atas untuk memanggil abangnya. Zulaika lantas menyediakan makanan yang dia masak di atas meja makan. Mak Mah turut membantu. Datin Rapiah bersama suaminya seronok bersembang dengan Puan Maimun dan Tuan Jaafar di ruang tamu. Tengku Afran pula dia tak tahu ada dekat mana. Kelibat lelaki itu menghilang beberapa minit tadi.
Terkejut dia bila ada tangan merangkul pinggangnya dari belakang. Dia lantas menoleh dan pipinya menjadi sasaran ciuman suaminya itu. Zulaika senyum lebar.
"Nanti Mak Mah nampak macammana?" Khuatir Mak Mah nampak mereka berkeadaan seperti itu.
Dagunya diletak manja di bahu Zulaika. Dieratkan rangkulannya di pinggang isterinya itu.
"Jangan risau...Mak Mah dah lama ke depan sebab dia nak bagi kesempatan kita berduaan. Iyalah seharian ni Ika busy sampai tak layan abang pun...tu lah abang merajuk,"
Zulaika tertawa kecil. Geli hati dengan perangai suaminya yang mengada itu. Sejak kebelakangan ini, Tengku Afran seringkali mahu bermanja dengannya mengalahkan manja Tengku Ayka dengan Ilhan.
"Abang ni...Ika tak sengaja tau sebab kita ada tetamu yang terhormat datang rumah kita. Kalau tak layan kan...tak baik," Zulaika memberi alasan.
"Terhormat ye...so abang ni tak pentinglah?" Suaranya kedengaran merajuk.
"Abang janganlah macam ni...Ika tak pandai pujuk orang kalau dah merajuk," Zulaika rendahkan suaranya. Bibirnya mencebir. Dia mana ada pengalaman nak pujuk orang tengah merajuk.
"Hehehe...abang gurau je lah! Saja nak tengok muncung isteri abang ni. Dah macam itik dah abang tengok," Dia tetap menyakat Zulaika. Lantas pinggangnya menerima habuan cubitan sayang dari isterinya itu. Apa lagi terkekek-kekek dia ketawa melihat muka geram Zulaika.
"Lepaskan Ika, nanti mama dengan ayah nampak kita macammana?" Zulaika cuba meleraikan rangkulan tangan Tengku Afran di pinggangnya itu.
"Biarlah...lagikan kita suami isteri. Halal nak buat macam ni,"
"Amboi...senang je abang jawab kan. Kalau Ilhan dengan Ayka nampak?" Zulaika tidak mahu mengalah.
"Ala...tu anak kitakan...bak mulut tu nak cium," semakin menjadi-jadi Tengku Afran menyakat isterinya. Bukan main gatal!
Terbeliak mata Zulaika lalu cepat sahaja tangannya menekup bibir suaminya itu. Apalah nasib dia dapat suami macam ni...dalam hati sahaja dia geleng kepala. Perangai Tengku Afran sejak kebelakangan ini selalu sahaja buat dia pusing. Makin menjadi-jadi sewelnya. Tapi dia suamikan...tentulah dia masih sayang.
"Abang gurau je lah!" Tengku Afran masih dengan sisa tawanya. Dipandang wajah cemberut Zulaika.
"Okeylah...abang minta maaf. Abang tak akan buat macam ni lagi kecuali dalam bilik kita ye, sayang...I love you..." entah mengapa dia rasa suaminya itu terlalu romantis. Namun dia balas juga luahan hati suaminya itu. Sekurangnya cinta mereka berbalas. Suami isterilah dikatakan...
Rangkulan dirungkaikan dan waktu mereka pusing, terbeliak matanya. Terkejut bila ada beberapa pasang mata berdiri di muka pintu dapur itu sedang menyaksikan adegan drama mereka tadi. Mungkinlah...Zulaika turut sama terkejut namun cepat dia tertunduk malu.
"Dah lama ke ayah dengan semua berdiri tercegat dekat situ tadi?" Soal Tengku Afran sambil menayangkan sengihan malunya.
"Adalah dalam 30 minit tadi...nak panggil makan tapi tengok ada drama dekat sini. Tu lah nak tengok," ujar Tuan Jaafar lalu disambut dengan gelak dari yang lain.
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
RomanceTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...