Bab 21

11.1K 242 6
                                    

"Macammana? Awak nak ikut ke tak? Lagipun ni melibatkan masa depan yang cerah untuk awak,"

Zulaika terus menoleh ke arah Johan yang duduk di belakangnya. Sejak sebulan yang lepas, meja mereka berubah sususannya. Itulah bos yang suruh. Katanya nak office dengan susunan meja dan duduk yang baru, baru ada rasa semangat sedikit.

"Saya takutlah...macammana kalau suami saya tak izinkan?" Soal Zulaika dengan wajah risaunya terpamer.

"Relaklah! Saya yakin dia boleh lepaskan awak. Awak dengan dia bukan ada apa-apa pun. So kira green light lah untuk awak join," Johan nampak santai sekali. Siap duduknya itu dia bermain dengan pen di jarinya. Kalau bos nampak, mesti dah bagi mukadimah di awal pagi.

"Awak senanglah cakap tapi masalahnya saya belum bagitau dekat parents saya. Saya takutlah..."

Johan geleng kepala. Lantas dia mengetuk kepala Zulaika. Zulaika tidak sempat mengelak. Dia mengadu sakit.

"Awak...sakitlah!" Adu Zulaika. Matanya mencerlung ke arah Johan. Geram je tengok!

"Macam tu lah rasanya bila awak terus menerus menahan rasa sakit awak tu. Bila awak nak bertindak? Kalau awak lambat, Afran mungkin dah disambar orang lepas ni,"

Zulaika diam. Otaknya ligat berfikir tentang kata-kata Johan itu. Entah mengapa dia rasa sedih tapi waktu yang sama, dia berkobar-kobar mahu memulakan pelannnya itu. Pelannya untuk pikat hati Tengku Afran. Kalau hatinya sudah jatuh cinta, dia akan berusaha untuk dapatkan hati dari suaminya itu.

"Saya bagitau dekat parents saya dulu then saya inform awak kalau dah beres, okey?" Zulaika toleh ke arah Johan untuk meminta keputusan dari lelaki itu.

Johan diam sejenak. Matanya dipandang ke atas seolah dia sedang berfikir. Bibirnya diherot sedikit. Tink! Dia pandang Zulaika yang tertunggu-tunggu itu. Lantas senyuman dihulurkan tanda dia bersetuju dengan cadangan Zulaika.

"Terima kasih, Johan..." ucap Zulaika terharu.

Sekurang-kurangnya dia tidak kesunyian di dunia itu. Sangkanya tidak ada orang mahu berkawan dengannya. Tapi dia silap. Rupanya masih ada orang sudi berkawan dengannya. Johan...dialah orang itu. Johanlah yang selalu menyokongnya dan menyalurkan semangat di saat dia kalah dengan dugaan.

Johan...orangnya sempoi. Hensem tu memang hensem. Senyumannya paling cantik di pandangan mata Zulaika. Kalau perempuan tengok mesti dah cair tapi yalah...Johan ini pemilih sedikit. Awek dah berbaris nakkan dia tapi boleh pula dia reject macam tu je!

Dia pernah tanya kenapa dia memilih tapi jawapannya satu sahaja. Dia belum bertemu dengan perempuan yang betul-betul asli. Pelikkan? Itulah lepas itu Zulaika tidak tanya dah. Tapi apa maksud Johan perempuan asli? Rasanya semua perempuan asli di dalam dunia ini melainkan segelintir kaum yang bertukar jantina perempuan.

"Auchh!"

Zulaika mengusap tempat yang menjadi sasaran terkena pen yang dibaling oleh Johan. Sakit! Diusap dahinya sebelum matanya mencerlung geram pada Johan yang lepas gelak itu.

"Itulah mengelamun je kerja awak!" Johan masih gelak. Sakit hati Zulaika melihatnya.

"Mana ada saya mengelamun!" Bentak Zulaika cuba menafikan.

"Dahlah! Tak payah awak nak nafikan. Dah pergi sana! Bos nak jumpa awak,"

Zulaika keliru. Sejak bila bos panggil dia? Dia tidak dengar pun.

"Wei Johan, betul ke ni? Awak jangan main-main dengan saya,"

"Betullah! Kalau awak tak percaya, awak tanya Yati sana,"

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now