Bab 41

14.5K 230 7
                                    

Tiga minggu sudah pemergian Shira dan selama itu juga dia belajar untuk meneruskan hidupnya. Sejak pemergian isteri keduanya itu, Zulaika kini tinggal bersamanya dan menjaga anak mereka penuh kasih sayang.

Zulaika masih isterinya dan dia akan penuhi permintaan Shira. Dia akan jaga Zulaika dan sayangi perempuan itu sepenuh hatinya. Walaupun kesilapannya dulu belum dapat dimaafkan oleh isterinya itu.

"Menganggu ke?" Tegur Tengku Afran bila Zulaika begitu segan bila dia masuk ke dalam bilik anaknya itu.

Waktu itu Zulaika tengah memberi susu kepada Ilhan di dalam kendongannya. Entah mengapa dia rasa segan dan malu pun ada dengan suaminya itu.

"Anak papa! Alolo comelnye dia..." usik Tengku Afran sambil mencubit lembut pipi tebam anaknya itu. Ilhan, nama yang diberikan oleh ayahnya sendiri.

"Macam sedap je anak papa menyusu..."

Aik, asal pelik je bunyinya! Pipi Zulaika mula berona merah. Malu bila Tengku Afran sengaja mengusiknya. Tidak semena matanya bertaut dengan mata Tengku Afran. Zulaika gelabah dan jantung mula mengepam laju.

"Abang masuk bilik dulu," katanya dengan senyuman kecil di bibirnya.

Lega hati Zulaika. Dia menghantar pemergian Tengku Afran dari ekor matanya. Lepas lelaki itu menghilang, dia kembali jatuhkan pandangannya ke arah Ilhan. Senyuman lebar dihulurkan. Wajah comel itu begitu mengikut iras wajah Tengku Afran dari keningnya hingga ke bibirnya. Hidungnya sahaja sama seperti arwah Shira.

"Ilhan, mama akan tunaikan permintaan ibu kamu. Mama akan jaga kamu sekali dengan ayah Ilhan juga. Mama nak Ilhan membesar dengan baik penuh kasih sayang. Mama sayang Ilhan dan mama anggap Ilhan macam anak kandung mama. Pasal ayah Ilhan tu...Ilhan jangan risau. Mama akan cuba berusaha untuk tawan hati ayah Ilhan tu supaya dia boleh terima mama seadanya sebagai isteri dia sepenuh masa," Zulaika ukir senyum geli hati.

Nak tawan konon? Dekat dia pun kau segan! Zulaika senyum lagi. Entah kenapa hatinya berbunga-bunga sejak kebelakangan ini. Mungkin sebab hatinya dah jatuh cinta dan tetap mencintai suaminya itu dari dulu ssmpai sekarang. Hatinya tak pernah berubah.

Ilhan yang lena itu kembali dibaringkan perlahan di atas katilnya. Selimut ditarik hingga menutup bawah dagu anak kecil itu. Setelah pasti Ilhan sudah tidur, dia melangkah keluar lalu menuju ke dalam biliknya bersama suaminya.

"Ilhan dah tidur?"

Terenjat bahu Zulaika bila disapa. Sangkanya suaminya itu sudah tidur rupanya belum. Elok sahaja badan suaminya itu baring malas di atas katil mereka.

"Dah," jawab Zulaika sepatah. Dia menuju ke sebelah suaminya itu lalu baring di situ.

"Pandang abang..." pinta Tengku Afran sambil menarik bahu isterinya untuk pandang ke arahnya.

Zulaika mengiring ke sisi dan matanya terus menatap wajah Tengku Afran. Lama mata mereka bertaut sebelum Zulaika mengalah lalu menundukkan pandangannya.

"Esok, abang tak kerja. Abang ingat nak ajak Zulaika dengan Ilhan balik rumah mama," Tengku Afran memulakan bicara. Ditenung mata bundar isterinya itu yang terus memandangnya.

"Ika tak kisah pun...tapi petang mungkin Ika singgah sekejap dekat kedai Ika. Ika ada nak ambil sesuatu,"

"Esokkan hari minggu...tak payahlah ingat pasal kerja tu. Esok lepas singgah rumah mama, abang nak ajak Zulaika pergi ke suatu tempat,"

Zulaika diam sejenak cuba berfikir lagi dengan keputusannya. Tapi ke mana suaminya itu membawanya esok?

"Okeylah...selamat malam," Zulaika senyum kecil.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now