Bab 8

8.9K 211 0
                                    

Shira mencapai majalah yang baru dibelinya tadi. Sampai rumah tadi dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamunya itu. Langsung sahaja dia membaca setiap isi di dalam majalah itu. Sedang dia khusyuk meneliti majalah itu, ibunya turun menyapa dia.

"Bila mama balik? Papa mana?" Tanya Shira dengan suara lembutnya. Ibu dan ayahnya bukan seperti yang orang lain boleh agak.

Wajah kusut ibunya itu dipandang. Bau alkohol menusuk hidungnya. Ibunya minum lagi tak kira siang mahupun malam. Mungkin ibunya dibelengu dengan masalah. Shira masih memandang ibunya itu. Hatinya terusik dengan dugaan yang terpaksa dia tempuhi. Dia sebenarnya baru belajar berhijrah ke arah kebaikan dan sebab itulah dia memilih kerjayanya sebagai model muslimah. Dia terkenal disebabkan kemuslimahannya itu.

Sungguh dia katakan dia tidak bahagia dengan keluarganya itu. Ayah dengan ibunya masih sama. Langsung tidak mahu berubah. Begitu jauh mereka meninggalkan agama mereka sedangkan nama mereka sejak lahir lagi merupakan Islam. Shira betul-betul buntu. Ternyata Allah mengujinya sebegitu untuk mengetahui iman di dadanya. Sungguh dia katakan dia seorang insan yang lemah tapi disebabkan dia teringatkan akan penghijrahannya itu, dia cekalkan juga hatinya.

"Shira, kenapa pakai tudung segala ni? Shira ni dah buang tebiat ke? Mama tak sukalah tengok Shira pakai tudung dalam rumah ni. Kan elok buka tudung tu. Ni tak seharian pakai tudung. Tak rimas ke?" Puan Hajidah mula membebel.

Macam itulah kalau dia balik dari kerjanya. Puan Hadijah pasti membebel tentang tudungnya. Bukan sekadar tudung bahkan baju jubah yang dipakainya itu. Segala pakaiannya yang ala muslimah itu pasti tidak kena di mata ibunya itu. Kalau ayahnya tidak bising.

"Mama, Shira masuk bilik dulu. Nak mandi..."

Shira meletakkan majalah di atas meja. Pantas kakinya mengatur menuju ke biliknya di tingkat atas. Lagi lama dia di situ makin panjang bebelan ibunya tentang perubahannya itu. Sungguh jauh sekali ayah dengan ibunya melupakan Tuhan.

Sebaik menutup pintu biliknya, perlahan tubuhnya disandar membelakangi pintu itu. Air mata yang cuba ditahan tadi kini jatuh juga di pipi gebunya itu. Sungguh hatinya begitu pilu. Cepat dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri.

Sebaik melaksanakan solatnya pada malam hari, dia cuba membiasakan bibirnya berzikir dan berselawat ke atas Rasullah. Dia cuba bermunajat agar Allah memberikan dirinya kekuatan dalam diri. Sungguh dia insan yang lemah di hadapan Tuhannya itu.

Selesai solatnya, dia perlahan duduk di birai katilnya. Air matanya tidak putus-putus menitis membasahi pipinya. Dalam fikirannya berfikir mahu membawa orang tuanya pulang ke pangkal jalan. Dia tidak mahu orang tuanya mati dalam keadaan bumi yang tidak menerima mereka.

Ting!

Terkejut Shira namun cepat dia mencapai Iphone 6 nya. Notifikasinya penuh dengan mesej. Cepat dia membuka whatsappnya dan terkejut bukan kepalang dia menerima mesej dari Tengku Afran.

Assalam...awak dah nak tidur ke?

Shira tidak tahu nak buat reaksi apa. Tapi sungguh dia terkejut. Namun bibirnya menguntum senyuman. Pipinya yang basah tadi perlahan dilap. Hatinya tidak semena merasa gembira bila menerima mesej dari lelaki itu. Sejak pertemuan mereka beberapa minggu lepas, dia langsung tidak bersua muka dengan Tengku Afran. Dia sendiri begitu sibuk dengan event yang akan datang.

Wassalam...belum. kenapa awak?

Dilihat dulu mesejnya itu khuatir dia menggunakan ayat yang tak betul. Setelah begitu yakin dia menekan punat SEND. Tengku Afran nampaknya sudah membaca mesejnya itu. Berdebar-debar jantungnya menanti balasan dari lelaki itu.

Tengku Afran memang kacak orangnya. Dari pertama kali dia memandang lelaki itu, memang hatinya jatuh suka. Dia yakin pasti yang Tengku Afran turut merasakan apa yang dia rasa.

Boleh tak besok kita breakfast sama-sama? Saya belanja. Itupun kalau awak sudilah...

Shira senyum lebar. Pantas jari-jemarinya bermain di keypad Iphone 6 nya itu.

InshaAllah...tapi di mana?

Mereka berjanji akan bertemu di Starbuck esok hari. Gembira sungguh hati Shira bila akan bertemu dengan Tengku Afran. Rasa tidak sabar untuk bersua muka dengan lelaki itu.

🌼 🌼 🌼 🌼

Datin Rapiah kelihatan begitu resah di tempat duduknya. Dipandang suaminya yang sedang khusyuk meneliti suratkhabar. TV di depan masih terpasang namun langsung tidak menarik minat Datin Rapiah. Sejak Tengku Afran datang menjenguknya sekadar merayu belas kasihan hari itu, dia rasa jatuh kasihan pada anaknya itu. Tapi entah mengapa hatinya memaksa anaknya itu untuk menerima Zulaika.

"Abang..." panggil Datin Rapiah.

Panggilan pertamanya tidak didengari Dato Aydan. Lantas dia memanggil buat kedua kalinya. Kali ini suaranya sengaja dibesarkan. Dato Aydan terus menoleh pada isterinya itu. Wajah resah isterinya dipandang.

"Betul ke apa yang kita buat ni, bang? Piah rasa kesian pulak tengok Afran tu merayu dekat Piah. Dia cakap dia ada pilihan hati dia sendiri," ujar Datin Rapiah.

Dato Aydan menutup suratkhabarnya lalu dilipat dan diletakkan di atas meja.

"Biarlah dia...lagipun kita belum pasti pilihan hati dia tu boleh membimbing dia ke tak. Zulaika tu abang tengok okey je walaupun tak tutup aurat. InshaAllah kita doakan je Allah bagi Zulaika tu hidayah untuk menutup auratnya. Sayang dah tengok perempuan yang Afran maksudkan tu?"

"Belum...tapi dia siap bantah tak nak kahwim dengan Zulaika sebab tak tutup aurat. Mesti kawan Afran tu yang menutup aurat. Bagaimana ni bang?" Suara Datin Rapiah kedengaran gelisah.

Dato Aydan senyum. Dia tahu isterinya itu cepat berubah membuat keputusan. Tapi dia tidak akan patah balik ke belakang. Dia jodohkan Zulaika sebab dia tahu Zulaika ada segalanya walaupun rupa dia tidak ada. Mungkin sebab tu anaknya tidak pandang. Yang penting dia tahu Zulaika sememangnya sedang belajar dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Semua orang di dalam dunia ini tidak sempurna dan apa salahnya kita beri mereka peluang untuk berubah.

"Abang tetap teguh dengan pendirian abang. Abang nak Afran kahwin dengan Zulaika tu. Lagipun kalau Afran dah ada pilihan hatinya sendiri, dia seharusnya bawa perempuan tu jumpa kita!" Dato Aydan mengeluarkan suara pendapat dan keputusan muktamad.

Datin Rapiah akur. Lagipun apa kata suaminya tadi ada benarnya. Lagipun Zulaika itu tak ada kurang mana pun. Masih lagi elok! Anaknya sahaja yang buta dengan benda duniawi.

Setia Bersamaku (Completed)Where stories live. Discover now