Matanya perlahan dicelikkan. Matanya terkena silauan cahaya putih lampu di sekelilinginya. Ditutup kembali matanya namun dia cuba lagi sehingga matanya terbuka luas. Dia memandang ke bawah bila terasa tangannya digenggam orang. Terus bibirnya menguntum senyuman kecil bila terpandangkan Zulaika yang lena sambil mengenggam tangannya.
"Alhamdulillah...dah sedar pun..."
Johan sedikit mendongak lalu tersenyum bila melihat kelibat Puan Maimun dan Tuan Jaafar di sebelahnya. Tangannya sebelah cuba menyalam tangan kedua orang tua itu tapi dibantah awal oleh Tuan Jaafar.
"Mujur Johan tak apa-apa...risau pula hati mama bila tau Johan kemalangan," Puan Maimun masih risau.
"Jangan risaulah, mama...Johan kan dah okey sekarang ni," Johan membalas dengan senyuman di bibirnya. Dia rasa bersyukur sangat bila ada orang ikhlas menyanyanginya.
Dia anak yatim piatu. Dia juga anak tunggal. Sejak dia kehilangan kedua orang tuanya pada umurnya 12 tahun, dia dibesarkan di rumah anak yatim. Dia sekolah hingga masuk ke sekolah jurusan yang diminatinya sehingga dia dipertemukan dengan Zulaika. Nama Zulaika itu sungguh bererti dalam kamus hidupnya. Walaupun orangnya dulu dipandang hina oleh orang sekelilingnya tapi kerana Zulaikalah, mengajar dia erti ketabahan hidup. Zulaika, seolah memberinya erti sebuah kehidupan sebenar dan kebaikan hati yang suci. Dari Zulaika juga dirinya mendapat kasih sayang dari seorang ibubapa yang dia inginkan.
"Kamu rehat dulu, Johan...doktor cakap besok atau lusa kamu boleh diarah pulang," beritahu Tuan Jaafar. Langsung mereka tidak menghiraukan anak perempuan mereka yang masih lena di sisi katil Johan. Penat mungkin semalaman berjaga menemani Johan.
"Baik, ayah..." ujar Johan dengan wajah senang.
"Yang buah tu jangan lupa makan. Mama dah beli pagi tadi untuk kamu. Buah tu kan baik untuk kesihatan kamu supaya kamu cepat sembuh. Kesian mama tengok Ika ni kerja pun tak tenang tanpa kamu, Johan,"
"Okey, mama..." Rindu dia tiba-tiba dengar leteran ibunya. Johan hanya mengukir senyuman bahagia. Hatinya begitu lapang sekali.
"Ni ayah dengan mama nak balik. Bagitau dekat Ika ya...sejuk dekat sini itulah tak tahan. Besok pagi ayah dengan mama datang lagi,"
Johan anggukan kepala. Selepas Tuan Jaafar dan isterinya meminta diri, dia kembali menurunkan pandangan matanya ke arah Zulaika yang lena diulit mimpi itu. Baju sejuk sudah dipakai ditubuhnya. Ditenung wajah lena yang sungguh mendamaikan itu.
Seandainya awak tau perasaan hati saya tika ini, saya mungkin seorang lelaki yang paling beruntung memiliki awak, Zulaika...
Tapi siapa saya nak tentukan hidup awak...mungkin dah tertulis jodoh awak kekal bersama Tengku Afran, dan bukan saya...
Dia menyedari bila tangan Zulaika bergerak. Cepat sahaja dia kembali baring menyandar. Matanya tunak memerhati Zulaika yang terpisat-pisat baru bangun tidur itu.
"Johan..." panggil Zulaika dengan intonasi suaranya yang gembira sekali bila melihat Johan sudah sedar.
Johan buat muka selamba. Tapi selepas itu dia buat dahinya berkerut seolah dia keliru. Zulaika nampak teragak-agak. Ada sesuatu menganggu fikirannya saat itu bila melihat reaksi Johan yang sepertinya tidak mengenalinya.
"Johan...awak tak kenal saya ke? Saya Zulaika, kawan awak..." Zulaika jelaskan lagi.
Johan tahan gelak. Dalam hati dia seronok sangat nak mengenakan Zulaika. Ini kalau Zulaika tahu mesti kawannya itu dah belasah dia habis-habisan.
"Maaf...saya tak ingat apa-apa..." Johan melakonkan lagi dengan begitu baik sekali. Nak terlepas tawanya bila Zulaika membuat muka hampa.
"Saya minta maaf...kalau bukan sebab kecuaian saya tu, awak tak mungkin macam ni. Awak tak mungkin lupa tentang saya. Awaklah satu-satunya kawan yang saya ada dalam dunia ni. Walaupun awak tak ingat siapa saya, janji awak tak apa-apa, Johan," bicara Zulaika dengan wajah hibanya.
"Tapi...saya ingat saya ada kawan nama dia Zulaika..."
Zulaika terus terklik. Cepat sahaja bibirnya menguntum senyuman senang sekali.
"Johan...sayalah tu! Zulaika. Nama saya Zulaika!" Bersungguh-sungguh Zulaika memperkenalkan dirinya pada Johan.
Johan tidak tahan tawanya sehingga terletus di depan Zulaika. Perutnya ditekan. Zulaika blur namun selepas itu cepat sahaja matanya menjeling geram. Sebuah cubitan dihadiahkan pada pinggang Johan. Itulah suka sangat nak kenakan dia.
"Auchhh! Sakitlah dekat sana,"
"Itulah siapa suruh kenakan saya lagi...lupa ingatan konon!"
"Iyalah iyalah...saya minta maaf. Ni saya minta maaf takkan awak tak nak maafkan saya pula?" Johan masih menyakat Zulaika.
"Maafkan saya juga, Johan...saya yang salah..."
"Shhh...saya tak nak dengar. Yang penting saya dah okey sekarang ni. Bukan salah awak pun. Semuanya dah takdir saya,"
Zulaika mengukir senyuman terharu lalu diberikan pada Johan.
Pintu wad ditolak orang lalu mereka berdua sama-sama menoleh. Muncul Tengku Afran bersama seorang perempuan bertudung labuh di sisinya duduk di atas kerusi roda. Perut perempuan itu kian menonjol ke depan.
"Assalamualaikum..." sapa Tengku Afran lalu menapak mendekati katil Johan.
Johan memandang pada Zulaika di sisi kanannya. Nampak Zulaika begitu mesra menyambut kedatangan suami isteri itu.
"Kenalkan ni isteri saya, Shira..." Tengku Afran memperkenalkan isterinya pada Zulaika.
Zulaika mengukir senyuman mesra sebagai pembuka perkenalan mereka. Johan nampak lirikan mata Zulaika yang tertuju pada Shira. Mungkin Zulaika sedikit mengingati wajah isteri Tengku Afran itu atau dia simpati dengan keadaan yang menimpa isteri Tengku Afran itu.
"Saya Zulaika..." balas Zulaika sambil memandang pada Shira.
Jelas wajah terkejut Shira namun berjaya dikawalnya. Johan faham maksud pandangan yang diberikan Shira kepada Tengku Afran.
"Johan...kau tak apa-apa ke?" Tanya Tengku Afran sekadar basa-basi.
"Aku okey," jawab Johan ringkas. Tiba-tiba sahaja hatinya cemburu dengan Tengku Afran itu. Dahlah Zulaika asyik menjeling ke arah Tengku Afran berdiri.
"Saya dengar awak kemalangan...tu pun saya dapat tahu dari Zulaika," jelas Tengku Afran.
"Terima kasih sebab sudi melawat saya hari ni,"
Johan masih dengan wajah dinginnya. Selepas tidak banyak yang dibualkan, suami isteri itu meminta diri. Pandangannya dilontarkan pada Zulaika yang nampak bahagia itu.
"Akhirnya saya nampak isteri dia...cantik sangat isteri dia," cerita Zulaika senang.
"Tapi cantik lagi awak!" Ujar Johan begitu selamba. Matanya redup memandang Zulaika yang mahu pecah tawa itu. Tapi dia ikhlas puji kawannya itu. Zulaika bukan cantik pada paras rupanya sekarang tapi dulu dia juga baik sebab mengorbankan kebahagiaannya demi orang yang dia sayang.
"Lawaklah awak ni, Johan! Kalau saya cantik, Afran mungkin dah pandang saya," bicara Zulaika dengan sisa tawanya di hujung katanya tadi.
"Kalau bukan Tengku Afran, mungkin saya..." balas Johan membuat Zulaika mati kata.
Wajahnya kelat semacam. Entah mengapa dia rasa aneh dengan perangai Johan hari itu. Mungkin sebab hentakan pada kepala lelaki itu kut buat otak kawannya itu tidak berjalan lancar.
"Johan...saya nak keluar sekejap. Sejuk dekat sini,"
Johan anggukkan kepalanya. Dia memerhati sahaja kelibat Zulaika meninggalkannya seorang diri di situ. Hatinya kecewa tapi dia cuba berfikiran positif.
YOU ARE READING
Setia Bersamaku (Completed)
Roman d'amourTengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika...