[Dicium oleh bola terbang]

8K 125 20
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!


**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 1: DICIUM OLEH BOLA TERBANG

"Makk... Handsomenyaa...."

Baby merenung jauh sambil menggenggam erat kedua belah tangannya, menggatal seorang diri di atas pokok. Sejak tadi dia bertenggek atas dahan pokok yang aku sendiri tidak tahu apa namanya, memerhatikan sekumpulan pelajar lelaki yang bermain bola sepak selepas tamatnya sesi persekolahan pada hari itu.

Mata Baby hanya tertumpu pada Zan yang sedang membawa lari bola menuju ke tiang gol dengan penuh macho dan bergaya. Baby bersorak dengan perlahan, takut kehadirannya di atas pokok itu diketahui pula oleh orang lain. Malulah dia kalau orang tahu dia tergila-gilakan Zan, pemain bola sepak sekolah yang juga menjadi kegilaan hampir semua pelajar perempuan di sekolah mereka kerana rupa parasnya yang sangat kacak.

"Oh Zan my darling... kenapa la kau hensem sangat...? Rupa parasmu yang hensem banget itu membuatkan aku sentiasa berangan nak jadi bini kau, ohh...!"

Hahaha... bini konon, sekolah pun tak habis lagi, dah gatal fikir nak kahwin. Tak malu!

"Go, Zan go!" Baby bersorak kecil sambil bertepuk tangan dengan perlahan. Sesekali kelihatan dia menggigit bibir bawahnya, teruja melihat Zan yang sekali lagi berjaya merampas bola dari pihak lawan.

Wajah Zan yang bermandikan peluh itu tersenyum riang setelah berjaya menjaringkan gol. Rakan-rakannya bersorak untuknya.

"Gol...! Yes! you're the best, Zan!" Baby mendepangkan buku limanya ke depan, seronok. Sayang, dia tidak dapat berkongsi keseronokan itu bersama Zan, kerana Zan langsung tidak tahu akan kewujudannya.

Baby sama seperti gadis-gadis yang lain, meminati jejaka tampan itu dan gayanya yang mengancam ketika beraksi di padang. Akan tetapi, Zan langsung tidak perasan bahawa gadis dua tahun lebih muda darinya itu sudah lama menyimpan angan hendak berkahwin dengannya suatu hari nanti.

"Aii... siapa la aku nak jadi bini kau? Aku sendiri je yang perasan, menggatal tak bertempat. Kau handsome bukan main, popular lagi... Aku? Aku hanyalah budak perempuan biasa dalam pandangan kau. Aku lalu depan mata kau pun, kau tak nampak!"

Baby mengeluh sendirian, sambil itu dia mengira urat-urat di jarinya dan mendesis panjang.

Tangan aku pun dah mula kasar sebab selalu sangat panjat pokok semata-mata nak intai dewa asmara aku ni main bola sepak every evening. Balik nanti mesti kena ear wash lagi dengan Jojo sebab balik lewat...

Baby yang sedang mengelamun itu tidak nampak akan sebiji bola sepak yang terbang laju ke arahnya. Sedar-sedar saja bola itu sudah menghentam mukanya dan Baby jatuh dari pokok.

"Macam mana boleh tersasar sampai ke situ pulak, Zan?!" Jerit seorang pemain bola sepak yang juga rakan Zan.

"Eh, ada budak perempuan terkena la!" Jerit seorang lagi.

Zan terpinga-pinga pada awalnya, sejurus kemudian dia segera berlari mendapatkan gadis yang menjadi mangsa bolanya yang tersasar tadi. Gadis itu tidak sedarkan diri dan darah mengalir dari hidungnya.

"Kau dah bunuh orang ni, Zan!" Rakan-rakannya memekik di tepi telinganya. Sepantas kilat Zan berpaling, menjeling tajam ke arah mereka semua. Mereka semua tersengih sambil tertunduk memandang kasut masing-masing yang sudah kotor.

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now