[CIUMAN BOLA SEPAK]
!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 26: SELANGKAH MENUJU KE LONGKANG
"Hai sayang, I mean, Baby..."
Baby mengukir senyum. Kebetulan pada hari itu dia berasa bosan kerana tidak berteman. Jojo pula sibuk dengan kerjanya akhir-akhir ini sehinggakan selalu tertidur sebaik saja balik dari kerja sampaikan makan malam pun terlupa.
Sejak Jojo keluar rumah pagi tadi, Baby terbelangak seorang diri di hadapan televisyen selepas menyiapkan kerja-kerja rumah. Tambahan pula hari itu TM sedang menjalankan kerja-kerja meng'upgrade' di kawasan perumahan tempat Baby tinggal, menyebabkan dia hampir naik gila kerana tidak dapat online Facebook, Twitter, Wattpad juga Wechat atau download wayang Teenage Mutant Ninja Turtles yang baru keluar di pawagam. Kerana terlalu bosan, kesemua perabot di ruang tamu diciumnya untuk dijadikan teman bersembang. Namun nampaknya memang tidak seronok langsung bersembang dengan perabot-perabot kerana mereka semua tidak punyai otak.
"Tapi segalanya berubah bila awak datang..."
"Hah?"
Baby menggeleng kecil, membuka pintu pagar mempersilakan Kong masuk. Kong segera memberikan satu bungkusan plastik kepada Baby sebaik saja Baby membuka pintu pagar untuknya. Baby menerima bungkusan tersebut dengan senyuman yang meleret.
"Err... Apa ni?"
"Yang awak suka makan la,"
Baby segera melihat isi bungkusan tersebut, lantas dia tersenyum girang.
"Coklat...! Banyaknya~ Macam mana awak tau saya suka makan coklat?"
"Er... Kan hampir semua kaum perempuan ni suka makan coklat? Kalau bukan coklat, strawberry, tapi biasanya coklat la yang ramai perempuan suka..."
"Coklat...?"
Kong terkelip-kelip melihat Baby yang menjelingnya dengan pandangan satu dua macam.
"Ke... kenapa...?"
Baby menggeleng-geleng kepala. Tiba-tiba terlintas pula dalam benaknya kelibat gadis yang yang dilihat bersama-sama Vanila tempoh hari. Gadis yang sama dilihatnya ketika perlawanan bola dengan sekolah Panglima, kalau tidak silap Baby... Cat cakap, nama dia macam bunyi... coklat. Ah, ye betul la tu, Coklat.
"Kong? Awak kenal tak dengan budak perempuan sekolah kita yang bernama Coklat?"
"Hah?! Alamak!!"
Kong segera tunduk untuk mengutip semula topi keledar yang terlepas dari genggaman tangannya secara tiba-tiba.
"Er, kenapa? Apsal Baby tanya pasal budak tu?"
"Tak, tak kenal takpe la. Eh jom ar masuk kat dalam."
"Mmm."
Di ruang tamu, Kong hanya tersengih-sengih melihat Baby yang mula melahap coklat-coklat Cadbury pelbagai jenis satu-persatu. Seronok pula rasanya Kong bila tengok Baby makan coklat, comel betul rupanya. Sambil mengunyah sambil itu dia terkinja-kinja sedikit ketika duduk di atas sofa, menikmati kemanisan coklat.
Amboiii bahagianya ketika melahap coklat...
"Erm, Baby... Boleh tak saya tanya sesuatu kat awak?"
"Mmm..."
Baby yang masih mengunyah coklat berkacang hazel itu mengangguk saja tanpa memaling ke arah Kong yang mula serius. Melihatkan Baby tidak memandangnya, Kong menarik nafas panjang sebelum mengajukan soalan cepumas.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...