[CIUMAN BOLA SEPAK]
!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 12: JANGAN PANDANG BELAKANG GORILA
"Hai..."
Berkerut seribu dahi Baby melihat Kong tercengat depan rumahnya. Biasanya Baby akan bangun lewat pada setiap pagi sabtu dan ahad. Tapi disebabkan hari itu dia perlu ke pasar membeli stok dapur, dia paksa diri untuk bangun awal. Yang tak disangkanya bila dia buka saja pintu rumahnya, Kong sudahpun berada di luar pintu pagar dengan senyuman kacaknya seperti selalu.
"Awak buat apa kat sini?"
"Saja datang nak jumpa awak, errr... Tak sudi ke?"
"Takde la, saya nak keluar ni, nak beli barangan dapur sikit,"
"Beli kat mana tu? Jauh tak? Nak saya hantarkan?"
"Kat depan tu je, takpe saya boleh jalan kaki,"
"Kalau macam tu, boleh saya temankan?"
"Ermmm suka hati awak la."
Kong tersenyum girang. Setelah memastikan motorsikalnya berkunci, Kong pun berjalan seiringan dengan Baby yang hanya berpakaian t-shirt dan seluar jeans pendek. Rambutnya yang panjang dan sentiasa bertocang itu dibiarkan mengurai pula hari ini kerana masih basah. Setiap kali angin bertiup, bau wangi syampu Rejoice Luscious White Strawberry dari rambut gadis itu mengusik perasaan sang jejaka yang berjalan mengiringinya.
"Awak nak beli barang kat mana ni?" Soal Kong setelah beberapa minit berjalan.
"Saya nak singgah pasar dulu nak beli ikan dan sayur, pastu pegi mini market kat luar sana tu,"
"Ik... Ikan...?"
Kong berdehem sedikit. Dengar saja perkataan 'ikan' membuatkan bulu tengkuknya berdiri tegak. Kong meraba-raba belakang tengkuknya sambil tertelan air liur.
"Are you okay?" Baby bertanya, melihatkan Kong yang tergaru-garu kepalanya sambil mengerling ke kiri dan kanan seakan berasa gelisah tanpa sebab.
Kong tersenyum kelat sambil mengangguk sedikit.
Selesai memilih sayur-sayuran segar, Baby beralih pula ke bahagian ikan-ikan dan makanan laut. Kong menekup hidungnya, kalau boleh mahu saja dia menutup sekali matanya bila menghampiri ikan-ikan segar yang tersusun di sekelilingnya. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya ketika itu, jantungnya seakan boleh terhenti bila-bila masa saja, nafasnya mula tersekat-sekat dengan dadanya yang turun naik dengan pantas. Kepalanya mula terasa pening dan tekaknya berasa loya seperti wanita yang sedang hamil.
"Kong? Err... awak tak apa-apa ke?" Baby bertanya lagi bila mula perasan wajah Kong di sebelahnya itu sudah berubah pucat dan berpeluh-peluh pula.
"Saya tunggu awak kat luar sana ek?"
"Okei, nanti saya meet up dengan awak kat luar, kejap je ni,"
Kong mengangguk lantas meninggalkan bahagian makanan laut, dia menunggu di ruang masuk pasar. Dia menarik nafas panjang dan menghembuskan perlahan, lega rasanya bila keluar dari situ.
********************
"Kong pegi mana, mommy?"
Zan yang baru saja bangun dari tidur itu bertanya. Mommynya yang sedang menyapu jem ke roti bakarnya itu cuma mengangkat bahu.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...