[CIUMAN BOLA SEPAK]
!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 10: CIUMAN PERTAMAKU TIANG BENDERA
"Oii putera katak! @#$%&*, Bapak kepada katak, anak kepada frog, pak cik kepada toad! #@%$*&!!"
"Kau dah puas maki...?"
"Dah, hehehe... Hah, apa yang kau nak cakap?"
May sudah tidak sabar untuk meletakkan gagang telefon. Suara Putra yang menelefonnya pada lewat malam itu telah merosakkan moodnya. May sengaja tidak mahu menjawab panggilan Putra di telefon bimbitnya, siapa sangka si putera katak itu berani pula menelefon rumah.
"Aku cuma nak ingatkan kau supaya jangan lupa bawak buku nota bio aku yang kau pinjam kelmarin,"
"Tu je ke?"
"Ha'ah, lagi pasal rancangan korang nak kenakan balik Za dengan... err... Hello? Hello? Hish, hantu ali babas betul minah ni! Punya la kejam, belum pun aku habis bercakap dia dah letak. Sampai hati you buat I macam ni, auwww...!"
Putra berdehem lantas menyimpan semula telefon ke dalam kocek seluar bila terlihat ibunya yang terlopong, berdiri di sebelah. Putra tersengih sebelum bergegas masuk ke bilik tidurnya.
Walau bagaimana teruk May melayannya, Putra tetap tidak akan berputus asa begitu saja. Dia akan cuba memenangi hati gadis itu. Chewahhh umur baru setahun jagung dah menggatal nak bercinta konon!
Putra tergelak seorang diri bila terngiang di tepi telinga suara ibunya yang menegurnya tidak lama dulu perihal percintaan zaman persekolahan.
********************
Cat membelek halaman majalah sekolah tahun lepas, satu-persatu.
"Woohooo...! Akhirnyaa~ kini pasti, ku merasaiii~ taik hidung basiiii~~~♪"
Cat ketawa kecil seorang diri dengan lirik lagu bodohnya itu. Setelah halaman demi halaman diselak, akhirnya Cat jumpa juga apa yang dicarinya sejak tadi. Gambar pasukan bola sepak sekolah bawah 18 tahun. Cat menyepetkan matanya agar dapat melihat dengan lebih jelas lagi.
"Hmmm mana satu ni... Dari kiri, kapten pasukan Zan Daniel, guru penasihat dan pelatih En. Dzulkarnain B. Idris dan En. Nicholas Cage, Mikhail Salleh. Yang berdiri di belakang, bermula dari kiri... Aduii apsal la tulisan makin kecik ni?!"
Cat mendengus sebelum merapatkan lagi mukanya ke halaman majalah tersebut.
"Jeremy Hills, Phun Chow Mun, Yogeswaran A/L Veerapan, Mustaza B. Mustafa, Mohd Shamsul B. Mohd Ali, Zaraidi Zakaria... Ahaa! Ni dia! Zaquan Rashidi... Mak, hensemnyaaa..."
Cat mencium-cium gambar Vanila bersama pasukan bola sepaknya ketika tingkatan empat. Wajah Vanila yang persis rupa Faustino Asprilla, bintang lagenda bola sepak Colombia itu ditenungnya lama-lama. Walaupun rakan-rakannya sering mengejek kehodohan rupa paras Vanila yang hampir nak dekat sama dengan rupa nenek moyangnya iaitu spesis gorila, Cat tetap meminati Vanila sungguhpun jejaka itu ada banyak kekurangannya.
"Aku terpaksa memerhatikan kau dari jauh, darlingku... Kau tak pernah perasan pun kewujudan aku sungguhpun aku berdiri hampir denganmu..."
Sambil itu Cat menjengah ke luar sekejap, takut kalau-kalau abangnya, Belalang atau nama sebenarnya Kamarul Khalid, nampak dirinya bercakap sendirian macam orang gila bayang.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...