[CIUMAN BOLA SEPAK]
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 16: AKU BENCI KAKTUS
"Hah, apa tunggu lagi?! Cepat la, tadi kata nak pegi minum petang?" Zan menarik lengan Kong pula.
Zan tertawa girang dengan Baby di tangan kanannya manakala Kong di tangan kirinya. Kong turut tersenyum sejurus selepas itu sambil menggeleng-geleng perlahan.
********************
"Putra! Dari mana nak ke mana ni?"
Putra sekadar mengukir senyum, lirikan matanya menghala pada Cat dan Vanila, silih berganti. Benaknya tertanya-tanya juga bila melihat mereka dua bersama.
"Aku nak balik rumah, baru balik dari rumah kawan," Jawab Putra.
"Baru balik dari jumpa May ke?" Cat cuba mengusik.
"Takde la, dari rumah Sarah. Aku dah tak lepak rumah May dah,"
"Erm? Apsal...?"
"Aku takkan lepak dengan dia lagi,"
Kening Cat terjongket sebelah, kehairanan. Lalu dia memandang ke arah Vanila yang diam saja sejak tadi kerana tidak tahu apa-apa, sebelum tumpuannya kembali pada Putra.
"Aku takkan lepak dengan minah kaktus tu lagi. Bukannya lawa sangat pun, banyak duri pulak tu! Macam kaktus. Benci aku. Baik aku kutip bunga melur tepi jalan je, wangi... cantik... Bukan macam kaktus tu, susah-payah pegi ke padang pasir, hanya dapat duri dari kaktus sebagai ganjaran, buat apa! Hengg!"
Cat dan Vanila terkebil-kebil mendengarkan Putra yang seakan bercakap dengan dirinya sendiri, tetapi amat jelas.
"Okei la, Cat. Aku balik dulu, bye..."
Cat hanya melambaikan tangannya ke arah Putra yang sudahpun menaiki bas awam. Vanila mengerling padanya, lantas Cat melemparkan senyuman manis.
"Nak minum kat mana? Kat kedai mamak depan tu, boleh?"
Lirikan matanya Vanila beralih pada restoran mamak yang dituding oleh Cat. Kelihatan tidak ramai pelanggan di situ. Vanila sekadar mengangkat bahu, memberi kuasa sepenuhnya kepada Cat untuk membuat keputusan.
Cat tersenyum girang memperlihatkan barisan gigi depannya, lantas memaut lengan Vanila dengan lembut.
"Jom~~~"
********************
Baby yang sejak tadi kebulur itu telah meminta sepinggan nasi goreng pattaya dan sepinggan maggi goreng double. Zan dan Kong saling berpandangan, kemudian kembali menumpukan perhatian pada Baby. Mereka diam saja menyaksikan bagaimana Baby melahap semua makanan yang ada. Baby berhenti mengunyah lalu tersengih malu.
"Jangan la tenung macam tu..."
"Sorry..."
Zan dan Kong tergaru-garu kepala masing-masing. Baby tertawa kecil melihat gelagat mereka yang serasi.
"No wonder la orang gelar awak berdua ni 'kembar', tengok tu, bila garu kepala pun sama-sama," Baby terkekek lagi sebelum menghirup milo aisnya.
"Yeap, kitaorang ni boleh dikatakan banyak persamaan. Bukan saja minat, kadang jenis girl yang kitaorang suka pun sama, atau maybe orang yang sama..."
Bagaikan mahu terbeliak biji mata Kong mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Zan itu. Zan yang sempat menjeling sepintas lalu ke arah Kong itu menyedut minuman isotoniknya dengan muka selamba.
"Bila masa kita suka kat orang yang sama??"
"Kau je yang tak tau..."
Zan menggumam, tetapi mampu didengari oleh Kong.
Ish, biar betul budak Zan ni! Atau dia saja nak melawak dengan aku, nak buat aku gelabah... Kan dia syok kat Im, kakak si May tu?? Oit Zan, jangan nak buat lawak tak jadi kat sini ek, sat lagi disebabkan cemburu buta aku menggila babas kat sini kang, kau jugak yang malu! Wakakakaa sempat lagi aku nak melawak dengan diri sendiri...
Zan berpaling ke arah Kong sambil tersenyum sinis, sebelum kembali mengadap Baby yang baru habis melahap dan mengelap mulutnya dengan tisu.
Kong tertelan air liur. Jelingan Zan tadi seakan mencabar maruah kelelakiannya.
Kau... Kau biar betul, Zan? Kau baru saja declare perang cinta dengan aku ke?!
*******************
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Novela Juvenil[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...