[Senyuman setan Cat dan May]

2.6K 68 6
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 8: SENYUMAN SETAN

"May, kau ada nampak Baby tak?"

"Takde pun. Kenapa?" May menggeleng. Putra yang ada sama turut menggelengkan kepalanya.

"Kelas dah nak start, tapi tak nampak pun batang hidung dia. Beg dia ada dalam kelas, orangnya hilang entah ke mana," Ujar Cat. Entah mengapa hatinya berasa tidak tenteram, gelisah semacam saja.

"Kau dah check satu sekolah ke? Mana la tau dia pergi jumpa cikgu ke, pelajar lain ke..."

"Dah, aku dah tanya orang. Lagipun Baby tu bukan pelajar popular pun, kita-kita ni je la member dia. Dia nak jumpa siapa lagi?"

May dan Putra mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Cat, Baby tidak mempunyai kawan-kawan lain lagi selain daripada mereka.

"Entah-entah dia kat tandas kot? Mana la tau dia sakit perut pagi-pagi begini..." Putra bersuara, membuatkan May menjeling tajam ke arahnya. Putra tersengih.

"Ada kemungkinan jugak tu. Let's go, May, kita pergi check kat dalam toilet!"

Tanpa melengahkan masa, Cat lantas menarik lengan May, sedangkan May sudah bersedia untuk meluku kepala Putra yang sedang menunjukkan ekspresi muka kambing di hadapannya.

********************

"Oh my God! Baby...! What happened?!"

May dan Cat meluru mendapatkan Baby yang terduduk di lantai tandas yang basah itu sambil menangis. Mereka segera mendakap rakan mereka itu setelah terlihat keadaan Baby.

"Apa yang berlaku? Siapa yang buat ni?"

Baby tidak menjawab, dia mengesat air matanya kemudian cuba untuk mengukir senyum.

"Aku okay..."

"Kau kena buli ek? Siapa yang buli kau?"

"Kau tak boleh masuk kelas dalam keadaan begini, biar aku pergi report kat cikgu!"

"Jangan!"

Baby menarik tangan Cat. Dia menggeleng-geleng, seolah merayu pada kawannya agar jangan libatkan guru dalam hal tersebut.

"Aku tak nak sesiapa tau pasal hal ni, please..." Pinta Baby.

Cat dan May berpandangan sesama sendiri.

"Boleh, kami boleh rahsiakan hal ni dari pengetahuan cikgu dan orang lain, but on one condition, kau kena bagitau kitaorang mangkuk hayun mana yang punya angkara ni,"

Baby tertunduk saja bila May berkata sedemikian.

"Kebetulan, aku ada kelas jasmani hari ni, aku boleh pinjamkan baju pada kau. Aku boleh bagi alasan kat cikgu yang aku period," Sambung May lagi.

"Thanks a lot..."

"Dah tu apa kau tunggu lagi? Pergi la ambik baju senaman kau tu! Loceng berbunyi karang tak sempat pulak!"

"Okay, tunggu sini,"

May segera berlari keluar menuju ke kelasnya. Cat mengeluh sedikit sambil melihat keadaan Baby. Pipinya merah dan kelihatan bengkak sedikit pada sebelah kiri. Sah, ini kes buli. Tapi... siapa yang memusuhi Baby? Selama ini rakannya itu jenis yang low profile dan tidak pernah menyakiti orang lain apalagi mahu cari pasal dengan orang lain. Semuanya tidak masuk akal.

Baby teruskan juga sesi persekolahan pada hari itu dengan berpakaian baju senaman sekolah. Bila ditanya guru, Cat akan menjawab bagi pihaknya dengan mengatakan yang pakaian sekolah Baby telah terkoyak pagi tadi dan keadaan telah memaksanya memakai pakaian senaman.

Di dalam perjalanan mereka bertiga ke perhentian bas ketika balik dari sekolah, Baby menceritakan secara terperinci tentang apa yang telah berlaku dan sebab Za berbuat demikian.

"Because of Zan? Setahu aku, kau dan Zan takde apa-apa, si minah perasan tu lagi la apa hubungan pun takde dengan Zan!"

Baby mengangguk mengiyakan kata-kata May.

"Tu la, aku pun tak faham..."

"Minah tu memang gila babun betul la! Kakak aku yang rapat dengan Zan, tak pulak dia kacau,"

"Kakak kau tu pemegang tali pinggang hitam dalam taekwando, mana si mangkuk tu berani kacau! Dengan junior macam kita, berani la nak tunjuk teror konon!" Sela Cat.

"Hmmmm nama pun mangkuk..."

"Nak kitaorang tolong kau balas dendam tak, Bie?"

"Tak payah la! Nanti banyak hal pulak, malas aku. Biar je la... Tak pasal-pasal kantoi dengan cikgu, baru tau, kena demerit!" Baby membantah keras cadangan Cat. Dia tidak bersetuju sama sekali jika akan merumitkan lagi keadaan.

Cat tersenyum saja. Walaupun Baby sudah menyuarakan bantahannya untuk mendajalkan balik senior mereka, tetapi Cat sudahpun terfikir cara untuk mengenakan Za, sekaligus membalas dendam bagi pihak Baby. Aku nak kau menyesal sebab buli kawan baik aku!!

May juga turut mempamerkan senyuman keji bila terpandang senyuman yang terukir di bibir Cat, jarang sekali Cat tersenyum sebegitu. Haaa... tu dia, senyuman setan! Apa-apapun idea kau, Cat, aku on je! May mengenyitkan matanya ke arah Cat yang tersenyum seperti dirasuk jembalang tanah, seolah-olah mereka terdengar isi hati masing-masing.

*************************

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now