[Topi busuk punya pasal]

2.7K 70 5
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 6: TOPI BUSUK PUNYA PASAL

Petang itu Baby datang lagi ke padang. Tujuannya mencari Kong untuk mengembalikan beg dan topi pelajar senior itu. Kejadian 'diserang' oleh Za semasa balik sekolah tadi cuba dilupakan namun susah kerana pipinya masih lagi terasa pedih.

Hebat jugak penangan minah tu...

Baby memerhatikan sekeliling sambil tangannya bermain-main dengan topi milik Kong. Cuma beberapa pelajar lelaki yang bermain bola, Zan dan Kong masih belum kelihatan. Baby berpaling ke belakang, manalah tahu Kong ada di belakangnya lagi.

Pun tiada. Baby menarik nafas lega lalu mencium topi yang baru dicucinya malam tadi. Erm... wangi!

[Hai Babyku yang manis, dah makan? Dah minum? Dah berak?]

"Hish topi ni, aku ada benda serius nak sembang dengan kau ni!"

[Hehehe... okay, okay... Apa dia?]

"Kau tau tak siapa Noni?"

[Yes, aku tau,]

"Ada seorang minah ni, yang berambut kerinting panjang, ada tahi lalat belah kanan atas bibir..."

[Oh! Yang cantik banget tu? Yang matanya bagai bintang timur, dagunya bagai lebah bergantung, hidungnya bak seludang, taik lalatnya bagaikan taik lalat yang benar?]

Baby tergamam seketika mendengar kata-kata si topi.

"Apa menatang tu?" Soal Baby, kerana jika menurut apa yang diperkatakan oleh si topi, gambaran yang diberikan adalah amat menyeramkan.

[Nama dia Za, nama betul aku tak tau la, selalu jugak aku dengar Zan dan Kong bercakap pasal dia,]

"What about her?"

[Dia minah yang teramat la perasan bagus. Gatal tak bertempat, perasan yang over dan samseng macam taik kucing. Dia anggap diri dia awek kepada Zan dan siapapun tak boleh dekati Zan. Zan meluat nak mampus tengok dia tu...]

"Mr. topi..."

[Nama aku Jeremy,]

"Jeremy...?"

[Ye tu nama aku.]

Baby menggaru-garu kulit kepala yang tidak gatal. Dia merenung topi yang tidak bernyawa itu. Benda tak bernyawa, tapi punyai suara hati, dan sekarang ada nama pulak?! Ish, aku ke yang gila ni sebenarnya?

[Kong yang namakan aku Jeremy, dia jadi tuan aku sejak tiga tahun lima bulan yang lalu. Dia bawak aku ke mana je, setiap hari. Pegi sekolah pun dia simpan aku dalam beg sekolah.]

"Bukan ke Jeremy nama sebenarnya Kong..."

[Sebab dia anggap aku sebagai tempat meluahkan segala-galanya, aku kan topi, aku takkan bercakap, takkan bocorkan rahsia dia.]

"Ah lantak la dia nak kasi kau nama Jeremy ke, Kingkong ke, I don't care! Berbalik pada topik asal kita, pasal minah perasan bagus tu."

Diam.

"Jeremy...?"

Masih diam.

"Sorry la... aku sebenarnya ada hal nak luah kat kau ni,"

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now