[CIUMAN BOLA SEPAK]
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 18: KAWAN VS CINTA MONYET
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba. Setelah dua minggu mereka menjalani latihan, cikgu Dzul dan cikgu Nicholas mengharapkan yang terbaik dari mereka semua.
Jam 6 pagi lagi Zan cuba mengejutkan Kong dari tidur lenanya agar menemaninya berjoging. Ditepuknya pipi Kong berkali-kali, namun tiada reaksi. Zan mencubit pipi Kong, juga tiada reaksi. Lalu Zan mengambil semangkuk besar air sejuk untuk direnjiskan ke muka Kong. Masih tiada reaksi.
Tido mampus apa si King Kong ni?
Zan menggosok-gosok telapak tangan kanannya di baju, kasi warm-up sikit. Kemudian dia mengangkat tangannya tinggi-tinggi lantas ditempelengnya bontot Kong dengan sekuat hati.
Piakkk!!!
Ajaibnya masih tiada sebarang reaksi dari Kong yang lena dibuai mimpi itu.
Hesshhh budak ni...
"Hoi bangun la!! Woiii!!" Zan menjerit di tepi telinga Kong dengan harapan dia terjaga. Tetapi mata Kong masih lagi tertutup rapat bagaikan sudah digam dengan super glue cap gajah.
Zan merengus pendek. Kemudian dengan muka selamba dia mengambil semula mangkuk berisi air sejuk tadi lantas dicurahkan ke muka dan seluruh badan Kong. Dan serentak dengan itu juga Kong terlonjat bangun dari katilnya.
"Zaaannnnnnn....!!!"
Suara Kong menjerit umpama halilintar itu telah memecah kesunyian pagi yang aman damai. Zan hanya menekup kedua belah telinganya sehinggalah Kong berhenti menjerit.
"Kuang hajaq punya budak!!! Kau jangan lari, meh sini!! Celaka betul! Mampus kau kat sini jugak!"
Bengang sungguh Kong kerana tidurnya terganggu, apatah lagi dikejutkan dengan cara sebegitu. Habis dengan bantal busuknya sekali basah.
"Aku nak lari jugak, lalalalalaa~ kejar la kalau anak jantan sejati!" Usik Zan lagi.
"What happened?!" Auntie Mia berlari masuk ke bilik tidur Kong dengan rambut yang kusut-masai sambil menggosok-gosok tahi mata yang mulai kering. Tidurnya turut terganggu dengan suara jerit Kong yang bergema satu rumah tadi.
"Zan simbah kita dengan air sejuk!" Kong menuding ke arah Zan yang berlari menyelamatkan dirinya kemudian bersembunyi di belakang Auntie Mia sambil ketawa kecil.
"Kenapa kacau adik tu... Hissshh..."
"Orang suruh dia bangun, mommy... Tapi dia tak reti nak bangun-bangun, orang simbah la dengan air, biar segar bijik mata dia tu," Jawab Zan yang masih di belakang Auntie Mia. Sempat lagi dia membuat muka kambing ke arah Kong yang sedang menjeling tajam.
Auntie Mia menggeleng-gelengkan kepalanya. Malas hendak melayan karenah dua anak teruna itu, dia kembali ke kamar tidurnya sambil menguap panjang.
Zan tersengih-sengih sambil mendekati Kong yang merajuk seperti anak kecil.
"Jom, kita pergi joging. Jam 8 nanti kita kena berada kat sekolah," Zan mengingatkan.
Kong mendesis panjang, dia menghentakkan kaki sambil meluru ke bilik mandi, sambil tangannya menggosok-gosok tahi matanya, Kong merungut-rungut seorang diri.
"Aku benci kau, Zan. Pagi ahad ni bagi la aku tido lama sikit... Kena pegi joging la pulak..."
Mendengarkan itu, Zan hanya menggeleng dalam senyuman.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...