[CIUMAN BOLA SEPAK]
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 13: DENDAM LIDAH YANG TERBAKAR
"Baik pulak mood May hari ni, dia suruh auntie dok diam-diam, dia yang turun dapur," Auntie Jenny menarik kerusi lantas duduk di sebelah Tasha.
"Pandai ke May masak, auntie?" Putra bertanya setelah melihat Tasha yang terkekek-kekek gelak.
Isaac sudah puas menjeling tajam namun Tasha masih lagi tertahan-tahan ketawa.
"Kalau dibandingkan dengan kakak dia si Im ni, May lagi pandai memasak. Yang ni nama je kakak, tapi nak masak megi pun disuruhnya adik tu, buat malu kaum pompuan je!" Isaac mencela, dituruti dengan suara ketawa Tasha yang semakin kuat. Entah apa yang lawak sangat... Fikir Isaac, kemudian baru dia terpandang muka adiknya Imogen yang sudah mula berubah hijau.
What the fett, incredible hulk?!
Nasib baik Isaac sempat mengelak bila Imogen melemparkan remote control TV ke arahnya, jika tidak dahinya yang licin itu pasti akan timbul telur puyuh separuh biji nanti.
Auntie Jenny sekadar mampu menggeleng saja, sudah lali dengan perangai anak-anak majikannya itu.
Putra tersenyum-senyum sendirian, bukan sebab remote control yang terbang melepasi mukanya tadi, tapi kerana selama dia mengenali May, dia tidak pernah tahu yang gadis itu pandai memasak. Sedangkan selama ini dia sering datang ke rumah May dan sering bersamanya di sekolah.
"May masak apa tu ha? Dari tadi terhidu wangi macam sup ayam herba je,"
Mendengarkan kata-kata Imogen, Putra menghirup udara, cuba menangkap bau masakan May yang membuka selera itu, terus saja perutnya mula berkeroncong.
"Sorry sebab tunggu lama..."
Kesemua mereka tersenyum lebar melihat May meletakkan satu-persatu pinggan berisi lauk ke atas meja makan. Berkecur air liur Putra melihat makanan yang telah disajikan depan matanya.
"Tengkiuuu..." Ucap Putra bila May meletakkan sepinggan nasi di depan matanya. Waaaah siap tolong aku ambik nasi lagi! Terharunya~~~
Mereka semua mula menjamah makanan tengahari mereka sebaik saja May menyertai mereka di meja makan. Putra tanpa segan silu terus saja menyuapkan sesudu besar nasi ke dalam mulutnya dan mengunyah. Erkkk... apa ni?!!
Putra meludahkan keluar nasi dari mulutnya. Lidahnya terasa pedih dan kebas, keseluruhan bahagian dalam mulutnya panas seperti terbakar. Isaac yang duduk di sebelahnya segera terhenti makan. Kesemua mereka di meja makan itu beralih tumpu kepada Putra.
"Apa yang warna merah tu??" Soal auntie Jenny, menuding ke arah sesuatu yang merah di sebalik nasi atas pinggan Putra.
Dengan segera Isaac memeriksa nasi tersebut, semuanya adalah cili Trinidad Moruga merah yang dicincang lalu ditutupi dengan nasi yang masih panas. Isaac tahu dengan serta merta jenis cili berkenaan kerana auntie Jenny ada menanamnya di laman. Putra meneguk segelas air sejuk di depannya dengan rakus. Dia memang tidak tahan dengan makanan pedas, mukanya merah, lidahnya terjelir-jelir kepedasan. May dan Tasha ketawa memanjang seolah-olah ianya sesuatu yang lucu.
"May! May memang sengaja nak kenakan Putra ke?" Tanya Imogen dengan geram. Dia menuangkan segelas lagi air sejuk untuk Putra. Auntie Jenny pula menyerahkan sekotak tisu bagi Putra mengelap air hidungnya yang meleleh-leleh keluar.
"Memang padan dengan muka dia tu, muka tembok tak reti malu asyik nak makan free je kat sini. Ingat sini rumah kebajikan apa?" May menjawab tanpa sedikit pun rasa bersalah.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...