[Kembar pasukan bola sepak]

4K 90 16
  • Dedicated to Natasha Isadora
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 2: KEMBAR PASUKAN BOLA SEPAK

Keesokan paginya di sekolah, Baby sedia menunggu di pintu pagar sekolah dengan penuh sabar. Bila dia nampak saja kelibat motor Zan yang sedang menuju masuk ke dalam kawasan sekolah, dia melambai-lambaikan tangan ke arah Zan.

Zan yang meletakkan motornya di tempat letak motosikal itu diam saja. Setelah mematikan enjin motor, Zan menanggalkan topi keledarnya. Sebaik saja dia sampai ke pintu pagar utama sekolah tadi, dia nampak seorang gadis melambai ke arahnya. Pada mulanya disangkakan dia salah orang, bila diamatinya, itulah gadis yang terkena penangan bola terbangnya petang semalam.

Zan hanya memandang wajah Baby sepintas lalu sebelum melihat pelajar-pelajar lain yang semakin membanjiri perkarangan sekolah pada pagi itu.

Baby menghela nafas dalam-dalam, inilah kali pertama dia berdepan dengan Zan secara terang-terangan. Dia agak gemuruh sedikit. Baby berdehem, senyumannya semakin dimaniskan.

"Awak budak yang jatuh dari pokok semalam kan?" Zan menyoal terus tanpa menunggu Baby memulakan bicaranya.

Baby mengangguk perlahan, menahan malu. Tangannya mengepal-ngepal bungkusan yang sejak tadi dipegangnya.

"Awak tak apa-apa? Hidung awak berdarah semalam, saya risau... ye la, kot-kot awak cedera ke..."

Dia risaukan aku...? Ohh... Indahnya dunia!!

Kalau boleh Baby ingin terbang ke udara kerana teruja bukan main. Perasanlah pulak!

Baby menggeleng, kemudian dia mendepangkan tangannya, menyerahkan bungkusan di tangannya itu kepada Zan. Zan terpinga-pinga, hairan.

"Apa ni...?"

"Ba... Baju, baju awak..."

"Oh! Dah cuci ke? Thanks, susahkan awak je," kata Zan sambil tersenyum ramah, mengambil bungkusan itu dari tangan Baby.

Sedang Zan membelek bajunya di dalam beg plastik, Baby dengan ragu-ragu, bergerak ke belakang Zan, perlahan-lahan. Dia menarik nafas panjang, lalu memanjangkan muncungnya di belakang Zan.

Kalau nak kiss tu, cepat la sikit! Kang loceng berbunyi! Aku mesti kiss dia supaya aku boleh dengar isi hati dia...

Baby yang sudah kaku dengan muncungnya yang panjang dan matanya tertutup rapat itu tidak perasan akan Zan yang merenungnya dengan pandangan jijik sambil dahinya berkerut-kerut.

"Er... Awak tengah buat apa tu?"

Baby membuka matanya, tersengih malu. Malu yang amat!

Apa aku buat ni...? Awuuuuu tidaaaaakkk! Aku malu banget!!

Belum sempat dia menjelaskan apa-apa, loceng berbunyi panjang. Zan berpaling untuk berbaris di tapak perhimpunan. Sebelum itu, dia sempat berpaling ke belakang, melihat Baby.

"Awak... Awak tingkatan 3 kan? Er... Siapa nama awak...?" Soal Zan sambil tersenyum kacak, teragak-agak sedikit bila bertanyakan nama Baby.

"Nama saya... Baby..."

"Nama penuh?"

"Er... Rei... Rei Cassandra William,"

"Wow, specialnya nama awak. So... Baby ya? Cute, er... Saya Zan Daniel dari kelas 5 Adil. Nice to meet you, Baby."

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now