[CIUMAN BOLA SEPAK]
!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 4: TOPI MILIK KONG
Kong menyepetkan matanya, merenung Zan.
"Kenapa...?"
"Takde la, aku tanya je..."
Aih, kau pun minat kat Baby ke? No way man, tu aku punya darling ar! Dah lama aku aku suka kat dia tau! Sejak dia baru masuk sekolah ni aku dah syok kat dia, kau jangan nak berebut dengan aku, bro~
"Kenapa...?"
"Takde apa la!" Zan memalingkan mukanya ke arah Baby yang masih lagi memandang arah mereka berdua.
Kalau diperhatikan, gadis bertocang dua itu sebenarnya cantik juga, cuma tidak menyerlah. Kulitnya putih, bersih dan licin bak telur rebus yang baru dikupas kulitnya, rambutnya hitam, lebat dan panjang. Matanya yang besar dan bulat itu sentiasa menyinarkan keceriaannya.
"Abang Zan...!"
Kong dan Zan berpaling ke arah suara yang memanggil. Zan memaparkan senyuman kacaknya ke arah May yang melambai-lambai ke arahnya.
"May pun ada kat situ?"
Tanpa menjawab, Zan menuju ke arah Baby, Cat dan May, dituruti oleh Kong di belakang.
"May pun ada kat sini?" Zan menyoal.
May mengangguk. Baby mengerling ke arah rakannya dengan pandangan hairan.
"Kakak pesan, jangan lupa datang rumah besok,"
"Kalau Aljay atau rambut merah tu ada sekali, abang tak nak datang la, malas nanti timbul pulak kecoh."
"Setakat study group kat rumah, lagipun abang Zan dengan kawan cuma kawan je kan? Apa nak kecoh, lain la kalau abang Zan betul-betul ada hati kat kakak kita..." Usik May.
"Uish! Mana ada, ish..." Budak May ni, aku cepuk karang...
Mahu saja Zan tempeleng kepala May yang tersengih-sengih penuh makna depannya.
"Oh ya, apsal kakak kamu tak datang sekolah hari ni?" Kong pula menyampuk.
"Demam," Jawab May, ringkas.
"Ye ke, kesian..."
Baby dan Cat hanya melihat tiga orang itu bersembang.
May kenal rapat dengan dua senior ni? Apsal kitaorang tak tau pun?
"Er... Baby pun datang tengok bola ke?" Tiba-tiba saja Zan menukar topik. Baby terpinga-pinga, lalu tersenyum segan.
"Er... actually saya datang sebab nak melukis,"
"Melukis? Lukis apa? Lukis bola? Ish, bola ni senang je, lukis satu bulatan dah jadi sebijik bola! Wah ha...ha...ha..."
Baby menjeling tajam ke arah Kong yang buat lawak mengkarung antarabangsa lalu ketawa dengan lawak bodohnya sendiri. Zan menyiku rakannya itu setelah terlihat perubahan mendadak di wajah Baby. Mahu saja Baby menyepak muka jejaka handsome tapi bangang di depannya itu. Sakit matanya, sakit telinganya, sakit lagi hatinya dengan kehadiran Kong.
"Er... Baby lukis kitaorang main bola ye?"
Baby mengangguk bila disoal Zan.
"Ha'ah, cikgu Julia suruh Baby lukis orang sedang beraksi dalam sukan," Sampuk Cat.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...