[Budak Coklat lagi]

1.7K 40 16
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 24: BUDAK COKLAT LAGI

"Kakak kau yang tolong aku. However, aku tak bagitau kat cikgu Dzul keseluruhan hal yang sebenar. Aku cakap baru first time diaorang buli aku, aku tak cakap yang ni dah kali ketiga... Kalau tak maybe diaorang dah kena gantung sekolah sekarang." Jelas Baby apabila disoal siasat oleh May dan Cat pada waktu rehat.

"Apsal la kau ni baik hati sangat? Biar la diaorang tu kena gantung sekolah, biar padan dengan muka diaorang tu!" Getus May.

"Dah la, yang penting it's all over now... Betul tak, Bie?"

Baby mengangguk setuju dengan kata-kata Cat. Tidak lama kemudian dia membuat isyarat mata kepada Cat, seolah terpandang sesuatu. Bibirnya dijuihkan ke depan.

"Apsal, Bie?"

"Tu...."

Cat dan May sama-sama berpaling ke arah yang dituding oleh Baby, tidak jauh dari tempat mereka bertiga melepak. Tercengang sedikit mereka bertiga sambil memerhatikan seorang gadis comel sedang memaut erat lengan seekor gorila dan dengan manjanya merengek-rengek sedikit. Ingin ditegaskan di sini bahawa gorila yang berada di sekolah mereka ketika itu bukanlah gorila yang dari zoo itu, sungguhpun rupa luaran serta bunyi yang hampir dekat sama, tetapi gorila yang dimaksudkan adalah Zaquan Rashidi.

"Ehh... Kucing, yang tu... tu bukan ke... pakwe kau yang kau bangga-banggakan selalu tu? Tapi yang minah tu pulak siapa??" May menyoal, teragak-agak.

"Ha'ah la, Cat... Vanila tu... Budak perempuan tu pulak, aku macam pernah jumpa la, tapi kat mana ek?" Baby cuba mengamati wajah gadis yang sedang menarik-narik lengan Vanila tersebut. Entah apa yang sedang mereka berdua sembangkan, kelihatan seperti gadis itu cuba merayu dengan cara manja manakala Vanila pula diam saja, sesekali kelihatan dia merengus marah.

"Bukan ke kau dah jadi awek dia? Tu siapa pulak?" May meraba dagunya dengan ekspresi wajah yang penuh dengan tanda tanya.

"Cat, kau pasti ke dengan hubungan kau dengan si gorila jadian tu? Ada tak dia cakap dia pun suka kat kau, atau luahkan hasrat nak couple dengan kau, atau dengan rasminya melantik kau sebagai awek dia...?" Sambung May lagi.

Cat cuma diam, dia memerhatikan saja tindak-tanduk Vanila dan gadis itu. Gadis itu melepaskan tangannya, lalu menundukkan mukanya, tersedu-sedu. Vanila yang tadinya dia saja itu segera berpaling lantas mengusap kepalanya gadis itu dengan lembut, lalu seperti berkata sesuatu padanya. Akhirnya gadis itu senyum semula, memeluk lengan Vanila dengan girang sekali sebelum beredar dari situ. Kelihatan Vanila tersenyum sambil menggelengkan kepala bila gadis tersebut berpaling dan melambai ke arahnya.

Vanila... Senyum...?

Cat terkedu sedikit. Vanila tidak pernah senyum seperti itu depannya. Senyumannya itu penuh dengan kasih sayang. Jauh beza sekali dengan senyuman yang biasa Cat nampak. Bagaikan ada batu besar yang menghempap kepalanya, umpama keris Taming Sari yang ditusuk terus ke jantungnya,... Sampainya hati kau menikamku dengan keris Taming Sari, Tuah... Tidakkah kau sedar betapa setianya Jebat padamu...? Eh ke situ pulak aku. Tapi memang pedih betul hati aku, rasa macam kena cucuk-cucuk!

Tidak sempat Cat menelan air liurnya yang bagaikan tersangkut di tengah kerongkong bila Vanila tiba-tiba berpusing badan dan mata mereka berdua bertaut. Vanila seolah-olah kelu seketika, dia diam saja bila melihat Cat merenung tajam. Jelas yang dia tidak akan dapat sebarang penjelasan dari Vanila, Cat beredar dari itu. May dan Baby terpinga-pinga sejenak sebelum mengekorinya.

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now