[Omaigad rambut aku!]

1.7K 40 12
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 22: OMAIGAD RAMBUT AKU!

"Kasi gondol je kepala dia!"

Fard ketawa besar, tidak sabar melihat kesudahan rambut Baby nanti. Dia sememangnya dengki juga dengan rambut panjang Baby itu, sebab rambutnya pendek paras bahu serta kerinting macam bunian. Terpaksa kena di'rebonding'kan selalu. Er... Bunian kerinting ke?

Za bersiap-sedia untuk mencengkam kuat pemegang gunting besar di tangannya, dia tersenyum dengan kejinya.

Chaang-klaaangg!!

"Za?!!"

Za hanya merenung gunting besi yang sudah jatuh ke lantai jubin tandas sambil tangan kirinya memegang pergelangan tangan kanannya yang sakit. Entah pendekar mana yang datang meng'karate' tangannya sehinggakan gunting tadi boleh melayang jauh.

Semuanya berlaku dengan terlalu pantas, Za sendiri tidak tahu dan tidak sedar siapa yang menyerangnya. Sedangkan Fard dan Noni sudah cepat-cepat melepaskan lengan Baby. Mereka berdua kelihatan resah, terkial-kial, tertelan-telan air liur yang tersangkut di tekak, memandang ke arah belakang Za.

Za memalingkan mukanya.

"Kau...?!"

Hampir tersembul keluar biji mata Za melihat siapa gerangan pendekar pakar silat yang berdiri tepat di belakangnya. Seseorang yang tidak mungkin mampu dia kalahkan. Seseorang yang amatlah dibencinya kerana sentiasa mendapat perhatian serta tempat di hati semua orang, terutama sekali Zan Daniel.

"Kak... Kak Im...?" Baby turut terkejut melihat penyelamatnya.

"Korang buat apa kat sini?!"

"Woi hidrogen! Lantak aku la nak buat apa pun kat sini, kau peduli apa?!" Za mengherdik garang. Tunjuk garang saja pun, padahal dah kecut perut, ketara sangat mukanya seperti cicak yang tertelan kapur. Yalah, kalau dilaporkan hal tersebut kepada cikgu Dzul, naya dia terus!

"Korang buli budak junior ye? Baby, geng langsuir ni ada buat apa-apa tak kat Baby?" Soal Imogen, berpaling pula melihat Baby yang sejak tadi diam saja.

Baby mengangguk perlahan, mengiyakan apa yang ditanya itu. Za menjegilkan biji matanya ke arah Baby.

"Hoi budak!! Kau jangan berani nak buat cerita pulak!!"

Imogen segera bergerak sepantas kilat berdiri di hadapan Baby bila Za cuba mara menghampiri Baby, dia merenung tajam ke arah Za sebagai amaran keras.

"Apsal?! Kau takut ye? Berani buat, apsal tak berani ngaku? Kau kuat sangat la sekarang ni ye, kalau kuat sangat tu, berdepan la dengan aku. Jom, fight. Kau kuat sangat kan? Har, apsal tertelan air liur pulak?!!"

"Aku tak takut langsung la dengan kau, hidrogen! Takde apa yang aku nak takutkan, aku tak buat salah!"

"Okay kalau macam tu, aku tunggu kau kat ofis cikgu Dzul. Kalau kau betul la berani sangat, datang sendiri. Tak payah tunggu sampai cikgu Dzul arahkan pengawas datang jemput! Let's go, Baby!" Imogen menarik Baby keluar dari tandas perempuan. Wajahnya mengukir senyum, dia tahu sangat si Za dan konco-konco langsuirnya itu takkan berani berbuat apa-apa di depannya.

Za mengepal-ngepal buku limanya sambil mengetap gigi menahan marah. Sah, Imogen akan melaporkan perkara tersebut kepada guru disiplin, dan sudah pastinya mereka bertiga akan dikenakan hukuman disiplin yang berat.

"Macam mana ni, Za...? Mampus la kita!" Noni sudah tidak keruan.

"Aaarh! Kau nak menyesal apa lagi, siapa suruh gatal sangat nak belasah budak tu!" Fard mencebik panjang.

"Sekarang kau nak salahkan aku la ni ye?!" Za menolak tubuh Fard sehinggakan Fard terundur beberapa langkah ke belakang.

"Dah jadi macam ni pun kau tak nak ngaku salah ke, Za!!"

Za menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya. Dah buat salah, mengaku sajalah, kan? Siapa suruh ngada-ngada nak jadi pembuli? Konon-kononnya otai. Otai haprek! Samseng taik kushing! Jangan sesekali cuba nak berlagak samseng ye~

*************************************************

                        ♥COMMENT & VOTE♥

*************************************************

NOTA PENULIS:

OKEI MEMANG CHAPTER KALI NI AGAK PENDEK SIKIT SEBAB LINE INTERNET TM YANG MACAM @#$%&* TELAH MENYEKSA WAYAR2 JIWA DAN PERASAAN SERTA MENTOL DALAMAN SIS SEJAK TENGAHARI HINGGA KE PETANG... &@%*#$...!

UNIFI LA SANGAT~

o(╯□╰)o

BUT JANGAN RISAU~~~ SEBAB BESOK DAN LUSA AKAN DIUPDATEKAN LAGI, MEANS SIS AKAN UPDATE 3 HARI BERTURUT~♥

CHAPTER BESOK DAN LUSA GERENTI LEBIH PANJANG DAN LEBIH BANYAK DRAMA BERKENAAN ZAN+BABY+KONG+IMOGEN~ PASTU ADA PULAK KES CAT+VANILA+COKLAT~ MAY+PUTRA LAGI~

KORANG RASA CAMNE EK? MACAM JADI TUNGGANG TERBALIK PULAK KAN? TU LA NAMANYA SCANDAL ZAMAN PERSEKOLAHAN~ HEHEHEHE~ (JANGAN SALAH ANGGAP, BUKAN SCANDAL ORANG DEWASA TU, TU HARAM DAN TAK BAIK UNTUK KESIHATAN~)

Σ( ° △ °|||)︴

ADA LA JUGAK TERSELIT PASAL JOJO+MIKI+AYIE DENGAN TUNANG AYIE NANTI~

HAARRR... KALAU NAK TAU APA AKAN JADI KAT DEPA SEMUA TU, TUNGGU CHAPTER BESOK!♥

XOXO:- ISABELLE.LOVE.MY.RAMBUT♪

*************************************************

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now