[CIUMAN BOLA SEPAK]
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 33: TAK SEMPAT NAK MAKAN PIZZA
"Haduuuiii... Pinggang aku..."
"Sorry, kau tak apa-apa ke?"
Zan yang hampir jatuh tangga tadi itu diselamatkan oleh Kong yang sempat menerpa ke arahnya untuk menahan Zan dari jatuh, malangnya dia sendiri hilang pertimbangan dan jatuh sama, kemudian ditimpa oleh Zan.
"Adoiii... Tolong... Help..."
Muka Kong melekat pada lantai jubin. Dirinya juga dirasakan sudah penyek ditindih oleh Zan yang sama besar dan sama berta dengannya. Kepalanya sakit, otaknya pening, matanya berpinar. Dan buat seketika Kong nampak bintang-bintang dan tiga ekor gorila bersayap putih yang membawa harp kecil di tangan sedang terbang berligar-ligar mengelilingi kepalanya.
"Apsal ada air kat anak tangga ni...?" Soal Zan, kehairanan.
"Tolong... bangun dulu baru tanya soalan, boleh tak? Please... Pinggang aku dah nak patah ni..."
"Alamak! Sorry, sorry! Best pulak aku baring-baring atas badan kau tu, ahahahaha..."
Zan terkekek lantas bangun dari badan Kong, dan membantunya bangun. Kong mengadu panjang sambil meraba belakang dan pinggangnya yang sakit. Sempat pula Zan terbatukkan ketawa bila terpandang hidung Kong yang keluar darah.
"Aiih... Ni mesti pasal aku kelam-kabut keluar dari bilik air tadi bila dengar bunyi hon pizza delivery boy tadi..." Kong mendesis perlahan bila mendapati memang betul ada air di anak tangga. Kemudian dia menjeling tajam pada Zan yang masih lagi tertawa.
"Cilanat punya member la kau ni! Aku dah selamatkan kau tadi, kau gelakkan aku pulak! Kalau bukan pasal aku, yang berdarah hidung sekarang ni kau, tau? Sepatah 'tengkiu' pun takde, huh!"
"Ye la, sorry la okay? Dan tengkiu sebab telah selamatkan aku, kau la hero aku, meh sini aku cium sikit, muuaaahh..."
Serentak dengan itu juga Kong menjauhkan dirinya beberapa langkah ke belakang. Geli-gelemam mendengarkan kata-kata Zan yang konon hendak mengucupnya tanpa pasal. Apa, dah buang tebiat ke mamat ni?!
"Zaaaaan...??!"
Zan ketawa kuat terbahak-bahak sehinggakan terkeluar air matanya bila melihat reaksi Kong naik gerun dengan perbuatannya.
"Uhuk uhuk!!" Sampaikan terbatuk-batuk Zan gelak.
"Hah, tu la! Kenakan aku lagi, padan muka!"
Tawa mereka meledak keluar sama-sama, tetapi tidak lama. Ketawa mereka terbantut sejurus selepas telefon rumah berdering dengan nyaring. Zan dan Kong saling berpandangan. Jarang sekali telefon rumah berbunyi, paling-paling pun TM saja yang akan menghubungi telefon rumah bagi mengingatkan Auntie Mia membayar bil atau sekadar membuat semakan. Kerana Auntie Mia seorang yang sibuk dan terlalu banyak bil yang perlu dibayarnya setiap bulan, oleh itu bil TM dia akan terlupa.
Tapi sekarang sudah malam, takkan TM pula yang menelefon? Entah mengapa bunyi deringan tersebut membuatkan hati mereka berdebar-debar semacam. Perasaan yang tidak menyenangkan datang menyelubungi diri kedua remaja itu.
"Pegi la jawab." Akhirnya Kong membuka mulut bila Zan membuat isyarat mata menyuruhnya jawab panggilan.
Sempat Zan menjulingkan matanya ke atas dengan rasa menyampah kerana Kong menjuih-juihkan bibir ke arah telefon yang masih berbunyi. Aku suruh dia, dia suruh aku balik pulak... Bertuah punya king kong.
"Hello... Ah, yes. Saya anak dia, er... Ini dari..."
Kong memerhatikan saja perubahan mendadak pada riak wajah Zan yang terus m,enjadi pucat. Lalu gagang telefon tiba-tiba saja terlepas dari genggaman tangan Zan lantas terhempas ke lantai jubin. Manakala Zan masih lagi kaku di tempatnya. Dia merenung kosong pada lantai, sebelum perlahan-lahan berpaling. Selalunya bila sudah berlakunya adegan gagang telefon jatuh ke lantai ini, kita sudah boleh agak yang dia baru saja menerima satu berita buruk. Kerana dalam TV pun kita sudah pernah tengok beribu-ribu kali scene cliche sebegini.
"Apsal...? Zan?! Apsal?! Woi! Jangan memain, Zan! Jangan saja nak buat aku saspen boleh tak?! Weh..."
Kong segera mendekati Zan yang mulai merah dan berair matanya. Suaranya bagaikan sudah tersekat di kerongkong, bibirnya bergerak untuk memaksa dirinya bersuara.
"...Mummy,"
"Apsal dengan Auntie Mia...?" Kong tertelan air liur, mengharapkan bukan seperti apa yang disangkanya. Muka Zan yang pucat itu membawa otak Kong mengimbas kembali memori-memori silam ketika ibunya meninggal dalam kemalangan jalanraya. Tidak... Not again...
"Mummy accident, Kong..."
**************************************************
♥COMMENT & VOTE♥
**************************************************
ALAHAI PENDEKNYA CHAPTER... AHAHAHAKS♥
BESOK UPDATE LAGI EK, JANGAN RISAU~♥
XOXO:- ISABELLE.LOVE.PIZZA.HUT♥
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...