[Siapa Coklat...?]

1.9K 40 5
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 20: SIAPA COKLAT...?

Setelah Vanila beredar dari situ dengan hidung yang berasap-asap, gadis tadi segera mendapatkan Kong. Dia sempat bertembung mata dengan Vanila ketika berjalan melepasinya. Tidak diendahkannya walaupun Vanila cuba menarik pergelangan tangannya.

"Kong tak apa-apa?"

Kong cuma menggeleng, lantas mencabut kunci dari motorsikalnya yang tidak sempat dicabutnya tadi.

"Sorry..."

Kong berpaling melihat wajah putih licin gadis yang muda dua tahun darinya. Dia tersenyum panjang, sambil itu matanya sempat melirik ke kiri dan kanan, takut ada mata yang sedang memerhati.

"Kita betul-betul rasa bersalah sebab..."

"Baby ni, awak tak salah pun, buat apa nak mintak maaf..."

"Baby...?"

"Ehem! Err... Maksud saya, alaaa baby? Errr bayi! Bayi yang comel tu, innocent little baby, ya betul, betul... Ish, apa lagi yang aku melalut ni?!"

Kong menggaru-garu kepalanya, cuba untuk menyembunyikan mukanya yang sudah merona merah. Sejak dari semalam dalam benaknya asyik terfikirkan pasal Baby, sehinggakan boleh tersasul namanya di depan budak perempuan lain.

"Baby...?"

"Maksud saya... Er... Awak ni kiut macam baby, eh?!! Aduii makkk..."

Mahu saja rasanya Kong menghempaskan mukanya ke ekzos motorsikal. Sekali tersalah cakap, semuanya ikut salah sekali. Salah habis.

"Ye ke?"

Kong cuba untuk mengawal mulutnya dari berbuka sendiri.

Nanti tak pasal-pasal aku terlafazkan 'I lebiu' kat dia pulak, bertambah terus problem jiwa aku!

"Kong betul tak apa-apa ni...?" Gadis yang dikenali sebagai Coklat itu menyoal bila melihatkan Kong sudah tersengih sendirian, entah apa yang difikirkannya.

"Takkan la aku bengong sangat sampai boleh tercakap 'I lebiu' kat Coklat kan? Hmmm... Apa pulak 'I lebiu, I lebiu...' I love you! Hish... Errr apa aku cakap tadi hah?"

"Kong cakap 'I love you',"

"Hah! Ye ke? Dah terlanjur cakap ke? Aisehmen... Bengong betul rupanya aku ni..."

Coklat tergelak kecil melihat gelagat Kong yang sememangnya dari dulu tidak pernah gagal untuk buat dia ketawa. Melihatkan Coklat yang mentertawakannya, Kong turut tersengih-sengih segan. Lesung pipit di kedua belah pipinya semakin mendalam bila dia senyum.

"Kong ni kan, tak pernah berubah. Bila dah salah cakap, terus tak tentu arah, selalu macam ni..."

"Ehhh..."

"Ermm Zan dah datang la,"

Serta-merta Kong berpaling untuk melihat. Sejak balik dari perlawanan bola dengan Panglima sehinggalah sekarang, Kong belum berkesempatan untuk bersua muka dengan Zan. Semalam Kong menghabiskan masa sepanjang petang bersama Coklat, bila pulang ke rumah, Zan enggan keluar dari biliknya bahkan makan malam pun tidak mahu. Dan pagi tadi Kong keluar tanpa sempat bersarapan, ketika itu Zan masih lagi berada dalam bilik mandi.

"Zan..."

Langkah Zan terhenti, dia merenung tepat ke wajah Kong yang kelihatan serba-salah. Zan menyimpan kunci motorsikalnya ke dalam kocek seluar. Entah mengapa pagi itu terasa sungguh kekok pula.

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now