[Si minah perasan bagus lagi]

1.8K 43 12
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 21: SI MINAH PERASAN BAGUS LAGI

"Weh May, bila lagi nak lancarkan serangan kat Za diaorang tu? Sampai sekarang aku tak dengar apa-apa plan terbaru yang bernas dari kau ataupun Putra,"

May mengunyah habis dan menelan sandwichnya sebelum menjawab soalan Cat tadi. Dia mengangkat bahu sambil bibirnya diherotkan sedikit.

"Entah si putera katak tu, kata dia ada plan yang ganas gila ali babas, tapi bila aku tanya dia jeling aku semacam pastu blah macam tu je."

Cat menyepetkan matanya sambil kepalanya disengetkan sedikit, merenung May yang kembali mengunyah sandwich.

"Putra? Si Putra, budak yang bernama seperti orang melayu tapi sebenarnya bukan melayu, yang asalnya dari Sarawak dan maknya chinese? Putra tu? Yang setia menemani kau dan sentiasa bersabar dengan layanan teruk kau tu? Putra tu ke?"

"Oi, yang kau describe dia panjang-panjang tu apsal? Ye la, dia la. Ada putera katak lain ke?"

Cat mengangguk-angguk, meraba dagunya seakan meraba janggut panjang yang invincible.

"Nampaknya si putera katak sudah berhenti mengharap dan berputus asa jugak akhirnya, tsk tsk tsk..."

Cat berkata dengan selamba, sengaja ditujukan kepada May yang sudah menjeling tajam.

Aku tenyeh jugak sisa sandwich aku kat muka kau karang baru kau tau.

********************

"Laaa sorry la, semalam ada hal sikit. Asalnya memang aku nak datang..." Imogen menjelaskan bila Zan menanyakan kenapa dia tidak datang menyaksikan perlawanan bola antara sekolah mereka dan Panglima semalam.

"Hmmm..." Zan mengeluh kecil.

"Apsal kau ni? Masih kecewa dengan perlawanan semalam ke? Alaaa kau kan selalu menang, sekali-sekala kasi chance kat losers macam diaorang tu menang, apa salahnya? Kau jugak yang dapat pahala pasal dah sedekahkan kemenangan kat diaorang."

Zan tergelak kecil dengan kata-kata Imogen itu. Pelik benar caranya memberi sokongan rohani. Imogen menggeleng kemudian menyiku Zan yang masih termenung itu sehinggakan jejaka itu tersentak, terangkat bahunya sedikit.

"Loceng dah berbunyi tapi kaki tu macam dah berakar kat lantai simen. Kau nak aku dukung kau keluar sampai ke tapak perhimpunan ke ni?"

Zan tertelan air liur bila matanya terpandang tepat pada bibir Imogen yang dijuihkan bila berkata mengenai kaki Zan yang seakan melekat di lantai. Bibir seksi merah jambu yang mungil itu pernah beberapa kali menyebabkan Zan susah untuk tidur malam, selalu terbayangkan... dan teringinkan... nak... nak... Aarrghh! Tak boleh cakap!!

"Kau ni kan, Im... Apsal la kau ni..."

"Aku apa? Celah bibir aku ada kesan air liur kering ke?"

"Geram aku tengok kau ni. Dah la, jom pegi tapak perhimpunan."

********************

"Hoi betina...!!!"

Piakk!!

Baby terkulat-kulat, tergamam, terkejut kerana diserang tiba-tiba. Dia meraba pipinya yang perit, tanpa direlakan, setitis air matanya jatuh ke pipinya yang gebu.

Sekali lagi dinding serta mangkuk tandas menjadi saksi kes buli di mana Baby, sekali lagi menjadi mangsa buli Za dan konco-konconya. Telinga Baby dipulas-pulas bagai memusing punat radio. Kejap ke Hits.fm, kejap ke Hot fm, kemudian kembali ke Hits.fm, bagai hendak putus urat telinga Baby bila dipulas-pulas begitu. Dia cuba melawan namun kedua belah tangannya dipegang erat oleh Noni dan Fard.

"Kau ni betul-betul tak sedar diri kan? Gatal tak bertempat! Eh betina, kau jangan ingat aku tak tau yang kau cuba menggoda Zan selama dua minggu ni!!" Herdik Za, suaranya bergema seluruh tandas.

"Aku dah bagi warning kat kau, apsal kau tak nak dengar hah?!! Kau nak cabar kesabaran aku ye!! Bodo punya perempuan!!"

Za menarik rambut Baby yang panjang itu, kemudian memberi isyarat kepada Noni untuk meminta gunting. Noni tercari-cari gunting dalam beg sekolahnya, tiada.

"Ni sekor lagi, lembap!! Tak boleh harap langsung!!" Marah Za, sejurus selepas itu dia menghayunkan penumbuknya ke muka Baby.

Tetapi Baby sempat menghadang, menyelamatkan mukanya yang putih gebu itu daripada ditempel blusher berwarna merah kebiruan.

"Ohh...! Berani kau nak melawan sekarang ye?!!"

"Za, ni dia gunting," Noni menyerahkan gunting ke tangan Za yang sudah ketawa seronok.

Memang sudah lama dia dengki dengan rambut panjang Baby yang cantik itu, hitam berkilat dan panjang mencecah pinggang. Dapat dia bayangkan rasa puasnya bila rambut Baby itu menjadi kontot sebentar lagi.

"Kalau kau sayangkan rambut panjang kau tu, mulai saat ni kau jauhkan diri daripada Zan! Jangan menggatal kat dia lagi!"

"Tak nak!"

"Oh?! Nak tunjuk berani la ni? Kau dah tak sayang kat rambut panjang kau ni?! Asalkan kau jauhkan diri dari Zan, rambut kau akan selamat!"

"Tak nak! Tak nak! Saya ada hak untuk berkawan dengan siapa saja! Saya takkan tunduk pada minah perasan bagus! Saya tetap takkan akur walaupun kena belasah teruk-teruk nanti! Pegi mampus, go to hell...!!"

"Diam, diam, diam!!! Stupid bitch!!"

Za menampar muka Baby lagi kerana makin geram, lalu menolaknya dengan kuat. Fard dan Noni memegang kuat tangan Baby, Za menyeringai sambil menunjukkan gunting di tangannya.

"Ucap selamat tinggal kat rambut kau ni, betina gatal! Sebab aku akan botakkan terus kepala kau tu!!" Za menarik segumpal rambut Baby, bersedia untuk mencacatkan penampilan Baby.

"Kasi gondol je kepala dia!" Tambah Fard sambil ketawa besar.

Sekuat mana Baby meronta-ronta bagi melepaskan dirinya, dia tidak mampu melarikan diri dari genggaman Noni dan Fard, apalagi hendak menyelamatkan rambutnya yang bakal digunting sependek-pendeknya nanti.

Baby hanya mampu memejamkan matanya, memaksa hatinya untuk bersedia.

********************

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now