[CIUMAN BOLA SEPAK]
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 17: URAT PERUT YANG DIGELETEK
Dari kecik lagi semua benda yang aku suka, kau suka jugak. Tapi aku selalu buat-buat tak kisah sebab kau bagaikan adik kandung aku sendiri... Aku mengalah. Aku diam. Sebab tu kau tak pernah tau apa yang aku betul-betul suka...
Zan menyiku lengan Kong yang duduk di sebelahnya dengan muka berkerut-kerut.
"Yang muka kau serius sangat tu apsal?" Usiknya.
Kong menarik nafas perlahan. Entah hendak berasa lega atau masih was-was, tetapi akhirnya dia tersenyum semula bila melihat senyuman ikhlas Zan yang menggeleng perlahan.
"Harijadi adik nanti, adik nak mama belikan kek besar-besar tau!"
Kata-kata seorang budak lelaki kecil yang duduk di meja sebelah telah menarik perhatian mereka bertiga.
"Ye la..." Ibu budak tersebut mengusap kepala anaknya.
Kong berpaling semula ke arah Baby, senyumannya meleret.
"Errr bila birthday Baby?"
Tiba-tiba saja soalan itu terhambur keluar dari mulutnya. Lantas Kong meneguk air minuman isotoniknya, berpura-pura sibuk bagi menutup segan bila Baby merenungnya dengan penuh tanda tanya.
Baby berfikir sejenak sebelum menjawab soalan berkenaan. Anak matanya sempat melihat sepintas lalu ke arah topi lusuh yang Kong tanggalkan lalu diletakkan ke atas meja. Kong membetul-betulkan rambutnya yang masih lagi terpacak dengan penuh handsomenya. Entah wax rambut brand apa yang dipakainya.
[Tuan aku ada hati nak kasi kau hadiah la tu, Baby... keh keh keh...]
Baby menjeling sejenak ke arah topi Kong yang menyampuk tadi itu.
Si Jeremy busuk ni, kalau tak menyampuk tu tak boleh ke! Hisssshhh...
"16 haribulan March. Kenapa?"
"Oh, saja nak tau. Dah lepas la pulak, ingat boleh belikan hadiah..." Kong menggumam perlahan.
"Awak berdua?"
"24 haribulan December," Jawab Zan, ringkas.
Baby mengerling kepada Kong yang diam saja. Kong tersengih sedikit.
"Kong pun sama, kitaorang lahir pada hari yang sama, cuma masa berlainan," Ujar Zan lagi, menjawab bagi pihak Kong.
"Wow, betul ke...?"
"Ha'ah, kitaorang ni kenal sejak dari dalam perut mak kitaorang lagi tau!" Kong tersengih lebar ke arah Zan.
"Oh, so siapa yang lebih tua?"
"Zan tua beberapa jam."
Baby turut mengukir senyum bila dua jejaka depannya itu menyiku sesama sendiri sambil terkekek. Memang jika diperhatikan betul-betul, rupa paras mereka berdua sememangnya seiras, bagaikan adik-beradik kandung. Cuma rambut Zan panjang sedikit dan rambut depannya selalu dibiarkan jatuh ke depan menutupi dahinya, bila waktu persekolahan saja disikat dan di'wax'kan semua ke belakang ala mafia Eropah sikit. Manakala rambut Kong berwarna sedikit keperangan dan senantiasa kelihatan berdiri tegak walaupun tanpa wax atau spray rambut. Biarpun setelah membuka topinya, rambut Kong masih lagi berdiri tegak. Agaknya memang rambutnya original tegak kut? Fikir Baby sendiri.
[Kau tenung-tenung tuan aku macam tu kenapa? Baru sekarang kau perasan yang Kong tu hensem ye...? Ohh kau dah mula ada hati kat dia ye...?]
"Kalau kau tak berbunyik tak boleh ke?" Baby mendengus kecil kepada topi busuk Kong di atas meja.
Zan dan Kong segera berpandangan sesama sendiri, entah siapa yang Baby marah tu.
"Err... Kodok kat longkang tu bising sangat..."
Baby menuding ke arah longkang seberang jalan. Jauh tu... Sekali lagi Zan dan Kong berpandangan sesama sendiri, kehairanan.
"Hebatnya cik Baby kita ni, kodok kat seberang jalan tu pun boleh nampak, boleh dengar dengan jelas? Apa kodok tu cakap? Ermmm cuba tanya kat encik kodok tu, hensem tak saya ni? Ada rupa TOP Big Bang tak? Atau macam G-Dragon ke... Onggg gedek gedek~ Onggg gedek gedek~!! Ahahahahahaa..."
Serentak dengan itu juga Zan menyiku lengan Kong bila terpandang air muka Baby yang mula berubah masam, terus Kong tersengih-sengih persis kerang expired kerana Baby menjeling bengang.
"Errr apa cita-cita Baby?" Kong segera menukar topik.
"Mana boleh bagitau... Secret. Zan pulak? Nak jadi pemain bola sepak negara ke?"
Zan menggeleng perlahan sambil tersenyum. Baru saja dia hendak membuka mulut, suara Kong telah memotong.
"Weh, itu Vanila kan? Ewah-ewah mamat ni, dah pandai berpacaran rupanya dia sekarang ni. Itu bestfriend awak kan, Baby?"
Pandangan mereka semua beralih tumpu pada pasangan remaja di seberang jalan. Kelihatan Cat sedang memaut erat lengan Vanila sambil menyeberangi jalanraya yang lengang.
"Amboiii bertuah punya gorila jadian..." Luah Baby.
Lantas Kong menghamburkan tawa yang besar.
"Wh...what?? Gorila jadian? Bijaknya awak cipta nama gelaran untuk si bontot kuali tu! Wakakakaa..." Ujar Kong dalam nafas yang tersekat-sekat, lalu dia ketawa lagi. Zan yang ingin ketawa itu menggigit bibirnya sambil memaling ke arah lain.
Dia tersenyum saja sambil menekan perutnya agar tawanya tidak meledak keluar. Terbayang di mata Zan yang Vanila, gengster sekolah yang ganas itu tiba-tiba mengoyakkan baju dan seluarnya lalu berubah menjadi seekor gorila hitam sambil mulutnya ternganga-nganga besar dan mengangkat awek cun dengan sebelah tangan manakala sebelah tangannya lagi menepuk-nepuk dadanya sepertimana kita pernah tengok dalam wayang KingKong dulu-dulu. Terus orang-orang sekeliling bertempiaran lari, kereta-kereta berhampiran turut accident tak pasal-pasal.
Akhirnya Zan yang setengah mati mengawal machonya itu terkekek-kekek di sebelah Kong kerana seekor gorila sedang menyucuk-nyucuk dan menggeletek urat-urat perutnya yang teramat sensitif. Ingin ditegaskan di sini bahawa gorila yang sedang menggeletek Zan itu cumalah khayalan Zan semata-mata. Kemungkinan besar juga jangkitan penyakit mentol terbakar dari Kong.
"Ye la, dah muka dia sebijik macam gorila!" Tambah Baby lagi.
Kong menggosok-gosok matanya yang sudah berair akibat terlalu ketawa. Zan pula menyembamkan mukanya ke bahu Kong, menyembunyikan tawanya yang sudah tidak terkawal. Baru mereka berdua sedari, jika diperhatikan betul-betul, memang wajah Vanila hampir nak dekat sama dengan keluarga angkat Tarzan, iaitu gorila.
"Go... gorila, gorila jadian... Hahahahahaaaa...!!"
"Haachuuuu...! Cis, @#$%^&!!"
"Awak tak pape ke?"
Vanila menggosok-gosok hidungnya. Dia mengambil tisu dari tangan Cat.
"Erm, bersin je." Jawabnya ringkas sambil mendengus sedikit.
"Ada orang kutuk awak la tu,"
Vanila memaling kepada Cat dengan pandangan hairan. Kemudian dia menggeleng sedikit sambil pandangannya dihalakan semula ke depan.
"Takde kena-mengena pun kena kutuk orang dengan bersin ni, bengong apa,"
"Biasanya orang bersin ni ada tiga sebab. Hidung sensitif, selsema, atau namanya disebut-sebut atau ada orang lain mengutuk. Memandangkan awak jarang sekali bersin, of course bukan hidung sensitif atau selsema,"
Mendengarkan teori entah apa-apa itu, Vanila merenung wajah Cat yang tersenyum manja. Lalu dia mengangguk saja. Tidak semena-mena senyuman tipis terukir di bibirnya dengan sendiri.
********************
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...