[Antara Zan dan Kong]

2K 44 6
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 15: ANTARA ZAN DAN KONG

"Amboiiii Jeremy, seronok nampak??" Perli cikgu Nicholas.

Kong tersengih malu. Eh mesti la aku seronok, pasni boleh terus ajak Baby pegi minum petang. Darling, I'm coming~~~ hahahahaa...

"Lepas ni kita pegi minum petang, nak? Aku lapar lak tetiba ni,"

"Sorry Bie, aku ada date dengan Vanila la,"

Baby mencebik.

Cis~ Apa punya kawan!

"Eihhhh geramnya aku dengan kau ni...!" Baby mencuit hidung Cat lagi.

Cat hanya ketawa girang. Yalah, jejaka pilihan hatinya sudah berada dalam genggaman.

Melihatkan Kong datang ke arahnya, Baby menanggalkan topi lalu mengucupnya pantas.

"Lepas ni kau akan kembali kat tuan kau," Bisik Baby.

"Awak datang tengok kitaorang berlatih bola ek?" Soal Kong, bersahaja.

Baby mengangguk, serentak dengan itu dia mengerling ke arah Cat yang sudah berlari-lari anak ke arah Vanila. Vanila yang terkenal di sekolah itu dengan mukanya yang sentiasa ada saja di bilik pejabat cikgu Dzul berkenaan dengan masalah disiplinnya, memang tiada pelajar perempuan yang sudi mendekatinya. Yalah, budak perempuan mana yang hendak berkawan dengan samseng sekolah yang huduh rupa parasnya?

Cat adalah satu-satunya pelajar perempuan di dunia ini yang meminati Vanila. Bukan saja meminati, bahkan tergila-gilakannya. Cat mempunyai rupa paras yang cantik dan manis, berperwatakan manja juga ceria. Tidak sepadan langsung sekiranya Vanila yang berupa gorila itu menjadi teman lelakinya.

Uwekk! Bagaikan pinang dilenyek lori ada la! Entah apa yang Cat nampak pada Vanila tu aku pun tak tau...

Tetapi Vanila yang jarang kelihatan senyum itu mengukir senyum yang sukar ditafsirkan oleh orang lain setiap kali Cat berada di sisinya. Adakah itu bermakna Vanila juga sukakan Cat? Tapi senyuman sumbing dia tu semacam je aku tengok... Mungkin ka... Ish! Tak mungkin la kut?

Baby menggeleng sendirian. Tanpa dia sedari Kong sudah lama duduk di sebelahnya, memerhatikan kelakuan Baby.

[Kau menungkan apa tu, Baby? Dah lama tuan aku duduk sebelah kau tu... Dari gerak-geri tuan aku, aku boleh rasakan yang tuan aku nak ajak kau pegi dating. Hah apa lagi, cakap la yess... hohohoho...]

"Kau jangan bising boleh tak?" Dengus Baby tiba-tiba.

Kong tersentak. Botol air yang sudah dibuka penutupnya tidak jadi diminum.

"Sorry, saya cuma nak minum air... Errr saya ganggu awak ke?" Kong menutup semula botol airnya.

"Bukan, errrr tadi saya mengelamun, sorry..."

"Awak, errr kita pegi minum petang?"

Belum sempat Baby menjawab, ada suara yang menyampuk lantang.

"Cilanat punya member la kau ni!"

Zan menumbuk bahu Kong dengan cara bergurau sejurus selepas dia melabuhkan punggungnya di sebelah Kong, lalu mengenyitkan mata ke arah Baby. Kong menjeling tajam bila Zan sekadar tersengih sambil mengangkat bahu.

Apa ni! Main kenyit-kenyit mata kat bakal bini aku pulak!!

"Jom ar, pegi minum!"

Zan bingkas bangun lalu menarik tangan Baby agar gadis itu bangun bersamanya, langsung tidak mempedulikan jelingan tajam Kong yang cemburunya sudah meluap-luap.

Dup, dap! Dup, dap!

Dada Baby berdebar-debar tatkala Zan mencengkam jari-jemarinya. Suatu perasaan yang amatlah sukar dijelaskan oleh Baby sendiri. Dia melihat ke arah Zan, jejaka itu tersenyum kepadanya, membuatkan Baby semakin tidak keruan. Kejap menggigit bibir, kejap tersenyum-senyum, pipinya pula sudah merona merah.

"Zan!" Kong mendengus kasar. Dia bingkas berdiri, riak wajahnya tampak marah. Muncungnya sudah hampir sedepa panjang.

Kau tau yang aku syok kat dia, tapi kau sengaja nak buat aku hangin ek?!

********************

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now