[CIUMAN BOLA SEPAK]
!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 9: LELAKI CANTIK KE, PEREMPUAN HENSEM?
Walaupun moodnya tidak baik sepanjang hari itu, dia tetap pergi ke padang bola sepak sekolah pada petang itu. Memerhatikan perlawanan bola sepak antara sekumpulan pelajar senior itu adalah salah satu perkara yang boleh mengurangkan tensionnya, selain daripada tidur dan makan aiskrim.
Baby cuba melupakan serangan Za pagi tadi, tetapi bila terkenangkan uniform sekolahnya yang sudah serupa dengan kain pengemis, Baby merengek seperti anak kecil sambil menghentak-hentakkan kakinya dan memijak-mijak rumput yang tidak berdosa. Kalau ikutkan perasaan mahu saja dia hentakkan buku lakar serta alat lukisnya ke tanah sekuat hati, namun risau nanti buku lakar itu kecil hatilah pulak.
"Hai..."
Baby berpaling bila ada suara yang menegurnya lembut dari arah belakang. Kong tersenyum kacak sambil menggaru-garu sideburn sendiri, lalu tangannya beralih pula mengesat peluh yang bercucuran di dahi. Jejaka itu melebarkan lagi senyumannya sehingga mempamerkan barisan gigi yang tersusun rata.
Mamat ni ada black magic apa? Selalu sangat muncul dari belakang aku dengan tiba-tiba...
"Awak... er, saya... Saya sebenarnya tunggu awak sejak tadi. Saya, ni... err... mana nak mula ek? Er..."
Baby diam saja, menunggu Kong menghabiskan bicaranya yang tersangkut-sangkut. Namun bicara Kong terhenti di situ apabila terdengar suara lantang Vanila yang memekik dari tengah padang.
"Woi, King Kong!! Apa kau buat kat situ hah?! Mana kembar kau tu?!"
"Mana aku tau? Time aku keluar tadi dia masih tercari-cari stokin dengan kasut bola dia! Aku malas nak tunggu dia sebab aku ada hal sikit ni!" Kong menjawab dengan kuat, sedikit bengang dengan Vanila yang kacau daun itu.
Setelah itu dia beralih semula kepada Baby, tersengih-sengih. Kong menanggalkan topi yang dipakainya lalu diserahkan ke tangan Baby.
Baby terpinga-pinga tidak faham.
"Saya minta maaf sebab berlaku kasar semalam... I'm terribly sorry, saya tak bermaksud nak tinggikan suara kat awak, cuma... topi ni sebenarnya ada cerita di sebalik bau yang tengik tu..."
"Cerita... bau tengik?"
Kong melabuhkan punggungnya ke atas rumput yang menghijau, disertai oleh Baby yang juga duduk bersila di sebelahnya untuk mendengar dengan lebih lanjut.
"Topi baseball ni milik adik saya, Jason... Dia sebaya awak. Dia pakai topi ni ke mana je, sampai busuk pun dia tak sanggup nak cuci. Dia tak benarkan sesiapapun sentuh topi ni, sebab topi ni hadiah harijadi Jason dari mama saya sebelum ditimpa kemalangan dan... Sebab tu Jason sayang sangat topi ni,"
Baby tertunduk merenung Topi di tangannya. Tidak sangka topi yang lusuh itu menyimpan kenangan-kenangan lama ahli keluarga Kong.
"Jason namakan topi ni Jeremy, dianggap topi sebagai pengganti seorang abang yang jarang berada di sampingnya ketika dia memerlukan teman. Hanya topi baseball ni tempat dia meluahkan segalanya. Jason mangsa buli di sekolah, dia takde kawan, topi ni je la kawan dia..." Kong mengeluarkan keluhan berat, melarikan pandangan matanya ke arah lain, tidak mahu Baby terlihat air matanya yang mula bertakung.
"So... Kat mana adik awak sekarang? Sekolah mana?"
"He's gone..."
Baby terkelu. Dia menunggu dengan penuh sabar untuk Kong menjelaskan.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...