[Kisah sang katak dan kaktus]

1.7K 41 10
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 23: KISAH SANG KATAK DAN KAKTUS

"Thanks ek, kak Im..."

"Apsal Baby tak laporkan hal ni kat cikgu Dzul?"

Soalan tersebut tidak terjawab oleh Baby. Dia sekadar tertunduk diam seketika. Bukan apa, dia cuma tidak mahu memperbesarkan hal berkenaan, heboh seluruh sekolah nanti Baby boleh terima lagi, silap haribulan dengan Jojo sekali masuk campur datang buat kecoh. Siapa yang malu nanti? Baby juga.

"Anyway... geng langsuir tu dah terima hukuman setimpal. Memang padan dengan muka tak malu diaorang tu. Tengok lain kali berani lagi tak. Tapi Baby, kalau dia nak cari pasal lagi dengan Baby, mesti bagitau akak tau!"

"Mmmm."

"Orait, Baby balik ke kelas la dulu ye. Ingat, ada apa-apa jangan segan-segan datang cari akak, okay?"

"Thanks again, kak Im."

Imogen tersenyum saja memerhatikan Baby kembali ke kelasnya. Nasib baik secara kebetulan dia masuk ke tandas blok belakang itu disebabkan tandas yang hampir dengan kelasnya penuh dengan pelajar kelas tingkatan empat yang sedang menyalinkan baju jasmani. Jika tidak, sampai bila-bila pun kawan baik adiknya itu jadi mangsa buli. Entah-entah sudah jadi botak kalau bukan kerana dia sempat campur tangan.

**************************************************

"Weh betul ke minah-minah perasan tu kena denda cuci tandas sekolah dengan kereta cikgu Dzul selama dua minggu?" Soal May, separa berbisik. Tanpa disedarinya Putra yang duduk di belakang itu sedang memasang telinga.

Baby mengangguk saja, malas hendak bercakap banyak. Karang Miss Jane yang sedang mengajar pendidikan moral itu naik hantu pula kalau dia dapati ada murid yang bersembang sewaktu dia tengah mengajar.

"Patut la... Agaknya cikgu Dzul tu malas nak keluarkan duit pegi carwash, tu la Za diaorang tak kena gantung sekolah, pasal cikgu Dzul nak pakai diaorang sebagai orang gaji!" Bisik May lagi, terkekek sedikit. Dapat dia bayangkan cikgu Dzul yang bermisai lebat ala-ala tok bomoh kampung itu sedang mengarah-arahkan Za, Noni dan Fard sewaktu mereka mencuci keretanya. 'Ni apa ni? Yang ni kenapa ada taik kerbau lagi ni? Aku tak bayar gaji karang baru tau!!' Cikgu Dzul dalam imaginasi May bersuara lantang sambil menuding jari ke tayar kereta depan.

Dalam ketika May terkekek seorang diri, Baby sempat mengerling ke belakang melihat Putra yang sudah berapa kali menguap, kebosanan mendengar ceramah moral dari guru pendidikan moral mereka, Miss Jane yang berbangsa cina itu. Jangan kata Putra, hampir satu kelas itu kebosanan. Pendidikan moral sememangnya salah satu subject yang paling membosankan di sekolah.

Cat yang beragama Islam berada di kelas sebelah, pendidikan agama Islam.

"Baiklah murid-murid, buat latihan secara berkumpulan, cikgu bagi latihan untuk kamu semua sekarang." Ujar Miss Jane, mula menulis di permukaan papan hitam.

"Meh duduk sini, Putra," Ajak Baby. Selalunya setiap kali ada latihan secara berkumpulan atau perbincangan, mereka bertiga akan duduk bersama sebagai satu kumpulan.

"Tak payah ajak dia tu, menyemak je," May mencelah tanpa berpaling.

"Aaarrr diam la kau, kaktus!"

Terbeliak terus biji mata Baby dan May, buat pertama kalinya Putra memarahi May. Baby tahu mengenai insiden May mendajalkan Putra dengan nasi bercili padi itu, dan perasan sejak hal tersebut Putra tidak bercakap lagi dengan May. Agaknya jejaka itu sedang merajuk dan menunggu May datang memujuknya. Tetapi mustahil May akan dengan sendirinya memujuk Putra, apa lagi mahu meminta maaf darinya. Baby faham sangat dengan sikap May yang keras kepala itu.

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now