[Supergorila]

2.3K 51 0
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 14: SUPERGORILA

Baby mengucup topi busuk Kong yang tertinggal di rumahnya tempoh hari.

Entah kenapa, aku ni macam ada jodoh pulak dengan si Jeremy ni, maybe jodoh aku adalah dengan topi ni kut? Hahahaa... Gila hapa.

Baby tertawa sendirian. Dia mengimbas kembali peristiwa Kong pengsan gara-gara hampir tercium ikan talapia merah tiga hari yang lalu. Kemudian jejaka itu pulang dengan tergesa-gesa sehingga terlupa topinya.

[Babyku sayang... Aku kangen banget sama kamu...!]

Baby mencebik panjang.

"Amboi topi gatal ni cakap indon pulak dia!" Marah Baby. Kenapa la topi busuk ni gilanya nak dekat sama dengan tuannya? Ish...

[Kau summon aku ni... ada hal penting ke?]

"Takde la, aku saja je... Apsal, tak sudi ke?"

[Eh, sudi! Demi gadis secantikmu, aku seribu kali sudi! Kerna kamulah cewek idamanku...]

Baby mengerutkan keningnya, antara mahu ketawa atau marah. Memang tidak dia sangka topi itu juga punyai masalah mentol terbakar. Sebijik macam Kong.

"Jadi malas pulak aku nak layan gila kau ni," Kelu Baby lantas menyumbatkan topi berkenaan ke dalam beg sekolahnya.

[Sampainya hatimu melayanku begini... Aku sedar la aku ni cuma topi busuk, tak sehensem tuan aku atau Zan...]

Kedengaran topi itu masih melalut-lalut dari dalam beg. Baby menjulingkan mata ke atas, sedikit menyampah.

Sudah hampir seminggu Baby tidak berjumpa dengan Zan sejak peristiwa Zan didenda cium tiang bendera bersama tiga lagi rakan sekelasnya. Asyik nampak muka Kong saja yang sentiasa datang tanpa diundang. Naik muak pula dia mengadap muka si King Kong tu selalu.

Baby datang untuk melihat Zan berlatih di padang sekolah. Dalam perjalanan menuju ke padang, dia menyarungkan topi busuk ke kepalanya kerana kulit kepalanya tidak tahan dengan bahang matahari pada petang itu. Setibanya Baby di padang, dilihatnya Cat juga berada di situ.

Perlahan-lahan, Baby mendekati rakannya itu sambil terjengket macam penyamun dari belakang Cat yang sedang duduk di atas rumput bawah sepohon pokok. Baby menekup mata Cat dari belakang.

"Rei Cassandra William a.k.a. Baby!" Terus saja Cat bersuara tanpa meraba tangan yang menutup penglihatannya.

"Camna kau tau?" Baby tersengih lalu duduk di sebelah Cat.

"Macam mana aku boleh tak tau, hanya kau yang suka buat macam tu,"

Baby tersenyum mendengarkan kata-kata Cat, matanya tidak lekang dari Vanila yang sedang menggelecek bola.

"Datang tengok si gorila la ni ek?"

Cat mengangguk lantas melemparkan senyuman yang sukar untuk difahami oleh Baby.

"Kau nak tau tak, Bie? Ahad lalu, aku keluar gi tengok wayang dengan Vanila... Pastu kitaorang main futsal kat rumah aku sampai petang sebab time tu abang aku takde kat rumah. Memang best!" Cat memberitahu. Wajahnya terpancar sinar kebahagiaan umpama sudah ketemukan teman sejiwanya.

Baby menjegilkan biji matanya. Biar betol!

"Laaaa ni mesti kes tak caya cakap aku ni, aku cakap betol la..." Ujar Cat lagi bila terpandang biji mata Baby yang hampir terkeluar itu. Renungan mata rakannya itu jelas penuh dengan kesangsian.

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now