[CIUMAN BOLA SEPAK]
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 30: VANILA, COKLAT, DAN KONG
"Cat... ermm besok awak senang tak?"
"Tak. Kenapa?"
"Errr... Sebenarnya saya ingat nak ajak awak keluar tengok wayang besok..."
Cat mengangkat mukanya untuk melihat Ashaari, teman sekelasnya yang tiba-tiba saja datang duduk di sebelahnya ketika waktu rehat. Sambil itu matanya melirik ke kiri kanan mencari kelibat Baby yang sudah keluar ke kantin.
"Aku dah cakap dia tak nak kat kau, sebab gigi kau jongang! Wakakaka... Aku hensem lagi, cuba tengok ni,"
Amirul Mukmin, atau dipanggil Min saja, jejaka paling handsome kononnya dalam kelas Baby dan Cat, datang menghampiri meja Cat.
"Darling, kita pegi dating besok, nak? I bawak you pegi tengok wayang, pastu kita pegi makan-makan... pastu..."
"Tak nak."
Terus saja Ashaari dengan seorang lagi kawannya terhambur tawa memanjang.
"Blah la kau, Min~"
Kawan Min yang berdiri di sebelah, Boy, mengejek. Min merengus sedikit kepada kawannya itu tetapi kemudian tumpuannya kembali pada Cat yang buat-buat sibuk dengan kuku jarinya.
"Alaaa jangan la gitu, darling... I ikhlas nak ajak you keluar ni~"
Cat tergelak kecil sambil menggeleng-geleng.
"Apa main 'you-you I-I' ni... Geli ar~ Meremang bulu ketiak tau!"
Serta-merta mereka semua tertawa serentak bila mendengarkan lawak Cat itu. Cat sendiri terkekek-kekek gelak.
"Weh korang tak perlu sapu kelas ke?"
Cat menyoal bila ketiga-tiga jejaka itu masih lagi terhegeh-hegeh dekat mejanya. Mereka menggeleng-geleng saja.
"Dah bersih pun, tak nampak?" Jawab Ashaari.
"Weh serius ni Cat, aku nak ajak kau keluar tengok wayang besok, kau free tak?" Min menjongket kening berkali-kali, sebagai menunjukkan semangat tidak mudah mengalahnya kepada Ashaari yang agak pemalu itu.
"Tak nak la... Malas la. Wayang apa ada?" Cat bertanya bersahaja.
"Wayang antu, nak?"
Cat menarik nafas sambil berfikir sejenak antara mahu atau tidak. Lagipun dia bukan ada apa-apa event besok lepas habis sekolah, nanti dia sendiri kebosanan pula jika menolak pelawaan itu terlalu awal.
"Ermmm..."
BAMM!!
Belum lagi Cat sempat memberi jawapan kepada Min, tiba-tiba saja satu tangan besar menghentak mejanya dengan kuat sehinggakan menghasilkan bunyi yang seakan meriam buluh. Diperhatikan tangan hitam legam yang berbulu itu, hatinya berdebar-debar. Perlahan-lahan Cat mengangkat mukanya untuk melihat.
"Grrrrr..."
Vanila merenung tajam ke arah ketiga-tiga pelajar lelaki sekelas dengan Cat itu sambil mengeluarkan bunyi gorila menderam sebagai amaran maut. Min dan Boy hanya tertelan air liur manakala Ashaari sudah terjelepuk di atas lantai kerana ditolak kuat oleh Vanila ketika dia meluru ke meja Cat tadi. Gigi jongangnya jelas kelihatan kerana ketika dia ingin bangun, berkeriak-keriuk bunyi tulang pinggangnya sampai dia ternganga besar, namun tidak ada suara yang keluar.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...