[CIUMAN BOLA SEPAK]
!!AMARAN! DO NOT COPY! AMALAN PLAGIAT AMATLAH KEJI! TOLONG JANGAN TIRU IDEA DAN HASIL PERAHAN OTAK ORANG LAIN !!
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 25: AJARI AKU TUK JADI PRIA TERHEBAT
"Budak tu sebenarnya..."
"Takpe, saya faham, okay...? Awak tak perlu nak jelaskan apa-apa, saya tau yang selama ni saya cuma syok sendiri."
"Kau ni sebenarnya tak faham..."
"It's okay, saya cakap saya faham, saya tak nak awak jelaskan apa-apa kat saya."
Vanila terkebil-kebil bila Cat menghalakan telapak tangannya terus ke muka Vanila. Pagi itu Vanila sengaja datang awal sedikit ke sekolah agar dapat bersua muka dengan Cat, tetapi bila berjumpa, Cat seolah ingin mengelakkan diri daripada bercakap dengannya.
"Err..."
Tanpa memberi peluang kepada Vanila untuk bercakap apa-apa, Cat berlalu pergi meninggalkan Vanila seorang diri teruskan saja terkebil-kebil. Memerhatikan saja kelibat Cat yang semakin jauh, Vanila menggaru-garu kulit kepala yang gatal kerana sudah seminggu tidak cuci rambut. Hendak cuci apanya, rambutnya cuma ada satu sentimeter panjang saja pun sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan.
Kehairanan berbaur kebingungan dengan tindak-tanduknya sendiri, Vanila bergerak perlahan ke kelasnya sambil masih lagi menggaru kepala. Ada kelimumur agaknya.
Kenapa pula dia datang awal pada pagi itu semata-mata hendak berjumpa dengan Cat...? Selama ini dia memandang kaum perempuan di sekolahnya hanyalah seperti semut. Sesuatu yang tidak penting dan tidak ada kena-mengena dengannya. Tidak disangkanya salah satu daripada semut-semut itu telah menggigitnya dan berjaya meninggalkan bisa.
"Cis!"
Vanila menampar lengannya yang pedih digigit nyamuk.
"Ni bukan semut ni, ni nyamuk! Nyamuk aedes!!" Katanya, geram.
**************************************************
Pada suatu masa dahulu...
Ada seorang gadis miskin yang cantik, baik hati dan rajin. Dia mempunyai rupa paras secantik bidadari meskipun kehidupannya yang tersangatlah miskin dan teramatlah susah.
"Aii... Kenapa la hidup aku ni sengsara sangat? Dah la yatim piatu, papa kedana pulak tu. Harapkan muka je lawa, bukan dapat panggil emas pun! Siapa la yang nakkan aku...? Kalau la ada anak raja yang nak kahwin dengan aku kan best..."
Maybelle mengeluarkan keluhan pendek, mengenangkan nasibnya yang malang itu.
Terus kepada topik, pada suatu hari, sedang Maybelle berjalan kaki pulang ke rumahnya setelah balik dari pekan, dia terdengar satu suara, sayup-sayup meminta tolong.
"Siapa la pulak tu...? Hantu ke? Ish... takkan ada hantu siang-siang ni kan?" Luah May seorang diri.
Tanpa membuang masa, Maybelle pun pergilah mencari arah suara tadi datang kerana disangkanya ada orang yang berada dalam kesusahan. Setibanya dia di sebuah perigi tinggal yang berhampiran dengan hutan, dia pun tunduk untuk melihat ke dalam perigi, kut-kut ada orang yang terjatuh kat dalam ke apa ke... Didapatinya tiada seorang pun di dalam perigi tersebut, cumalah seekor katak.
"Wahai sang katak, adakah kau yang meminta tolong tadi?" Maybelle bertanya dalam was-was.
"Yes, ehem! Helppp... Benar, memang aku yang menjerit minta tolong tadi. Wahai gadis yang cantik lagi baik hati, tolong la keluarkan aku dari sini! Aku tak mahu mati katak dalam perigi busuk ni! Kalau kat padang pasir takpe la jugak..."
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...