[CIUMAN BOLA SEPAK]
**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.
BAB 11: HANTU CINA ATAS KERUSI
Putra mengerling ke kiri dan kanan lalu dia menegakkan ibu jarinya ke arah May yang kemudiannya tersenyum penuh makna.
Yes, line clear!
May dan Putra berlari keluar dari kelas, menuju ke kelas Baby yang riuh-rendah dengan suara para pelajar yang seakan baru dibebaskan dari zoo negara. Kebetulan pada hari itu, mesyuarat telah diadakan dan kesemua guru telah dipanggil ke bilik mesyuarat, memudahkan rancangan Cat dan May. Dari luar kelas, May menggamit jari memanggil Cat keluar.
"Eh, tu May la, dia panggil tu..."
Baby bangun dari kerusinya bila ternampak May dan Putra berada di luar kelas mereka, namun segera ditahan oleh Cat yang menekan bahunya supaya duduk semula.
"Dia panggil aku je tu, kau duduk sini diam-diam," Ujar Cat.
"Wei korang pegi mana tu...?" Baby memanggil rakan-rakannya yang terus saja meninggalkannya seorang diri dalam kelas.
Pegi mana budak-budak tu? Nak berahsia la konon... Ah lantak la, ada peluang aku membina taik mata kejap!
Baby menyembamkan mukanya ke meja sambil cuba untuk melelapkan matanya. Tapi sebaik saja matanya dipejam, dia terbayang akan wajah Zan yang sedang bercium dengan tiang bendera pagi semalam. Baby terkekek sedikit, comel pula rupa Zan yang merah menahan malu ketika menjadi tumpuan para guru serta pelajar-pelajar lain pada masa itu.
Keluhan kecil dikeluarkan. Baby tidak jadi ke padang bola sepak petang semalam atas sebab tertidur sebaik saja badannya dijatuhkan ke atas sofa selepas balik dari sekolah.
Hari ni tak nampak muka Zan... Tak datang sekolah ke? Dengar kata May, Zan dengan Kong datang rumah dia malam tadi sebab kakak May ada buat birthday party... Cis nyesal betul aku tak datang, dapat jugak aku jumpa Zan malam tadi. Tu la, siapa suruh tertidur sampai tak ingat dunia?
Wajah Kong yang sedang mengenyitkan mata disertai dengan senyuman nakalnya itu datang mengganggu ketenteraman otak Baby dengan tiba-tiba. Seperti videoclip yang rosak tersangkut-sangkut, aksi kenyitan mata Kong yang mempersonakan itu diulangtayang berulangkali.
Apsal mamat ni jugak yang datang?? Potong stim betul la!!
Baby merengus marah sambil menggelengkan kepala, menghalau bayangan wajah Kong keluar dari benaknya.
Shuuu, shuuuuu....!!
********************
"May...! Cepat la sikit! Sat lagi pak cik tukang sapu tu keluar!" Ujar Cat separa berbisik. Putra dan May mengerutkan dahi.
"Pak cik tukang sapu??"
"Pak guard la!"
"Pak guard tu cakap la pak guard! Yang kau sebut pak cik tukang sapu tu apsal?!" Marah May, jari-jemarinya masih lagi sibuk menggores badan kereta cikgu Zubaidah dengan menggunakan paku payung.
Manakala Putra sudahpun selesai tugasnya menusuk paku payung ke tayar-tayar kereta cikgu tua berkenaan. Bukan senang hendak memancitkan tayar kereta itu, sampaikan berdenyut-denyut jari kakinya kesakitan kerana menyepak paku-paku itu agar tertusuk dalam.
Sumpah kalau aku ada rezeki beli kereta nanti, gerenti guna tayar Bridgestone ni, gila ali babas punya keras! Fuuuh...!
Putra menggeleng-geleng sendirian.
YOU ARE READING
Ciuman Bola Sepak
Teen Fiction[kisah zaman persekolahan yang penuh dengan suka duka; persahabatan, bola sepak, cinta, dan... kuasa ajaib??] "Saya suka kat awak, Kong... Hanya awak je hero Hindustan pujaan hati saya, muuuuuaahhhh..." Baby memanjangkan muncungnya, merapati wajah K...