[Gas yang membawa maut]

1.7K 43 9
                                    

[CIUMAN BOLA SEPAK]

**Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup, atau yang belum mampos-mampos. Segala persamaan hanyalah kebetulan.

BAB 38: GAS YANG MEMBAWA MAUT

"Budak Coklat tu, nama sebenar dia Adriana Rashidi, adik kandung kepada Zaquan Rashidi, yang jugak dikenali sebagai Vanila."

"WHAAAAAAT...??!!!" May dan Baby terjerit serentak.

"Biar betol ni? Adik beradik kandung?! Ke Vanila tu anak tiri?"

Baby menyiku May yang terlalut bukan-bukan. Sebenarnya dia juga berasa amat sukar untuk mempercayai perkara tersebut. Betapa jauhnya beza rupa paras Vanila dan Coklat, bagaikan langit dan bumi. Umpama bunga mawar dan tahi lembu, seperti beauty and the gorilla, bagaikan... Tidak dapat dijelaskan bagaimana perasaan Baby dan May ketika itu, bercampur-baur, antara mahu ketawa lucu atau menumbuk muka sendiri.

"Macam mana kau tau hal ni? Selama ni tak pernah dengar pun Vanila ada adik perempuan? Betul ke tak betul cerita kau ni, Cat...?"

"Vanila sendiri yang bagitau aku. Dan aku sendiri dah confirm kan hal ni melalui Kong dan abang aku, budak Coklat tu pun sendiri dah jelaskan kat aku, yang sebenarnya... yang sebenarnya... penulis cerita ini dah mula pusing kepala dengan 'kepanjangan' chapter-chapter dalam cerita ni, so dia kata..."

"So dia kata nak publish buku kedua 'Ciuman Bola Sepak', maknanya bab yang bengong ni hanya la kebengongan semata-mata dan pembaca jangan la pulak rasa tipah tertipu ek..." Baby menyambung kata-kata Cat sambil mengenyitkan mata.

"Tapi dalam buku kedua tu nanti sambung balik kat sini ke? Ish... Boring la kalau macam tu... Boleh tak jump pegi scene beberapa tahun kemudian, Vanila ngajak aku kawin pastu ke scene malam pertama? Kuah kuah kuah...!!" Cat tergedik dengan menggelek-gelekkan pinggangnya.

"Ngengada la kau! Tapi aku pun ada request sikit jugak ni, boleh tak expired kan watak putera katak tu and gantikan dengan watak yang hensem sikit... buat la konon ada budak omputih dari UK yang muka nak dekat sama dengan Harry Styles yang berpindah ke sekolah kita pastu naik syok kat aku ke... Ahahahahaa!!" May mengeluarkan gelak ketawa yang persis dengan bunyi nenek kebayan filem dulu-dulu.

Aku (penulis) diam membisu sahaja, bukan kerana sedang mempertimbangkan permintaan yang tidak munasabah dan sarawak dari mereka, tetapi terus kelu tidak terkata-kata dengan kebengongan chapter kali ini.

Baby tersengih-sengih malu sambil matanya melirik kejap ke arah dua rakannya yang sedang perasan itu, kemudian memandang sekejap ke arah aku pula. Hmmmm... Dia pun ada permintaan la ni. Hati kecilku berbisik sambil menggelengkan kepala. Sedikit sebanyak seperti aku dah boleh mengagak apa yang ingin di'request' oleh Baby.

Sekali...

BROTTTT!!!

Tiba-tiba saja satu bunyi dentuman yang amat kuat persis meriam buluh yang tersalah timing. Aku menggigit bibir, macam pernahku dengar bunyi ini, tapi di mana ya...? May dan Cat terus saja berpandangan sesama sendiri sambil lubang hidung mereka kembang-kempis. Nafasku pula tiba-tiba rasa tersekat dengan sejenis bau yang... Hmmm... Aku kenal sangat bau ni. Ni bau kentut cirit namanya. Gila betol. Boleh mampus aku dibuatnya. Belum sempat aku berbuat apa-apa, bunyi meriam berdentam-dentum meletup berterusan.

BROT! BRAAT! BRUUUT...!

FROT...! FROT...!!

Cisss... ada to be continue pulak daaa!

"Cilanat kau, Baby! Kau kentut ek? Eeeiiihh tak senonoh betol la budak ni! Muka je konon budak sopan!!" Cat berundur beberapa langkah ke belakang sambil menutup lubang hidungnya yang terseksa.

"Kurang hasam betol la budak ni! Nak melepas angin tu pun blah la jauh-jauh! Aku habaq kat Zan karang mau tak kau malu!!" Marah May pula sambil mengibas udara sekelilingnya dengan buku yang ada di tangan.

Baby hanya tersengih menahan malu yang amat.

"Aku nak cakap kat korang yang perut aku rasa tak sedap, nak balik cepat tapi korang macam-macam request la pulak kat sang penulis..."

Aku tidak sanggup menghidu bau yang macam gamp*ng itu lagi lantas beredar dari kamar tidurku yang kini dipenuhi 'gas beracun' yang boleh menyebabkan sepuluh ekor cicak maut. Terus saja idea-idea bernas aku melayang dan membantutkan mood aku untuk menulis. Dah la air-con berpasang dengan pintu tingkap semua tertutup...

Ni semua sambal petai belacan semalam punya pasal la!

**************************************************

                        ♥COMMENT & VOTE♥

**************************************************

ORAIT PEMBACA2 YANG DISAYANGI...♥

NANTIKAN BUKU KEDUA CIUMAN BOLA SEPAK EK YANG AKAN DIPUBLISH DALAM BEBERAPA HARI NI~♥

JANGAN MARAH.., HEHEHEHE~♥

XOXO:- ISABELLE.LOVE.SAMBAL.UDANG.MASAK.PETAI♥

Ciuman Bola SepakWhere stories live. Discover now