Bab 1
Keadaan sekeliling ditinjau berkali-kali daripada atas pokok setinggi lima meter. Aliran hormon adrenalin yang deras terembes daripada kelenjang adrenal menyebabkan dia mungkin tersilap langkah kerana cemerkap dan kesilapan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan pada detik genting ini. Bertenang. Azril menarik nafas dalam. Dia diam terpaku ibarat bersatu dengan kulit pohon berusia ratusan tahun yang masih utuh berdiri, akar mencengkam bumi, pucuk mendongak ke langit.
Dua figura manusia bertubuh sasa bak badang dikesan bersembunyi di sebalik batu-batuan gergasi. Mata helangnya pantas menangkap lambang musuh yang terikat pada lengan mereka. Walaupun dia teringin sekali bertempur namun itu bukan keputusan cerdik dengan senjata yang dimilikinya. Azril membuang pandangannya jauh ke arah sebuah menara usang yang terletak dalam lingkungan satu kilometer arah barat daya daripada pokok yang menjadi tempat perlindungan sementaranya. Masa sudah semakin suntuk, misi perlu diselesaikan. Inventori senjata diperiksa sekali lagi. Ah, lantaklah! Redah sahaja buat dulu fikir lain kali.
Fuh! Nafas berat dilepaskan.
Setangkas mungkin Azril turun daripada pokok. Ranting kering cuba dielak bimbang bunyi ranting patah menjadi punca dia tewas. Disangka langkahnya sudah cukup cermat, entah bagaimana kedudukan dia terbongkar. Dua figura itu memerangkap Azril. Pasti pengintip musuh yang dapat mengesan kehadirannya mahir dalam tugasnya.
Pertempuran jarak dekat. Fairbain Skyes Knife menjadi pilihan. Dua lawan satu memang kali ini harapannya tipis namun bak kata Rentap 'Agi Idup Agi Ngelaban' pantang pendekar undur sebelum berjuang. Ewah!
Kuda-kuda dibuka, kedudukan badan direndahkan sedikit bagi menambah kestabilan badan. Tumbukan pertama yang dilepaskan Azril elak dengan mudah. Alah kacang goreng je semua ni. Harap badan sahaja besar tapi pegerakan lambat !
Deringan di telinga mengganggu konsentrasi Azril. Waktu genting macam ini barulah ada orang yang hendak menyibuk. Panggilan diterima sambil dia mengelak serangan bertubi-tubi.
"Kita sembang lain kali aku busy." Azril terus mencelah belum sempat salam diberi.
"Sembang pak cik kau! Berani ye kau tak jawab call ingat kau sultan ke apa?" Suara yang cukup Azril kenal.
"Aku tengah perang la!" Bentak Azril tidak puas hati. Dia baru sahaja masuk mood cuti tolonglah jangan kacau...
"Perang apa kebenda kau mengarut ni Big bro? Malaysia masih aman bro, aku kira tiga mesti game over. 1... 2... 3..." Felcon mengira persis budak darjah satu. Bukan dia tak tahu apa yang sedang dilakukan oleh Azril, 'berperang' kononnya.
Entah sumpahan atau kebetulan, skrin komputer riba yang ditatap Azril sejak lima jam lepas menjadi gelap setelah avatar Azril ditikam dari belakang. Agak menyakitkan hati juga la dengan mulut masin si Felcon ni.
'GAME OVER'
"Kau kena bertanggungjawab Felcon, kau baru bunuh trooper terbaik negara. Aku tengah cuba selamatkan dokumen penting ni, sebab kau dokumen tu hilang!" Azril bernada geram. Boleh tak jangan ganggu konsentrasi orang? Ingat senang ke nak sampai tahap ni? Bersengkang mata enam jam tahu!
"Lain kali pause dulu. Banyak cakap lah kau ni. Balik sini sekarang. Dah berbulu telinga aku dengar Ace sebut nama kau tak sudah." Felcon tidak sabar. Perangai tujuh tahun Azril kadang-kala memeningkan kepalanya padahal umur sudah hampir mencecah 30 tahun! Layak jadi bapa orang dah.
"Game online mana boleh pause!" Jerit Azril mengakhiri perbualan.
Dengan gaya kucing Parsi muka penyek, seorang Azril Aqil menggeliat malas. Rambut hitam dengan potongan pendek ala tentera diusap perlahan ke belakang. Kalau ikutkan hati, tak mahu dia menggunting rambut. Biar sahaja panjang menutupi mata. Setelah komputer riba ditutup, tuala putih daripada penyangkut disambar. Pintu bilik air ditolak perlahan. Sayang sungguh rasanya hendak meninggalkan katil mungkin dia sudah terkena sindrom Clinomania. Kalender yang tergantung di sebelah pintu tandas ditenung. Satu keluhan panjang dilepaskan. Tarikh hari ini...
Pulang ke pengkalan... Pada hari ini? Tolonglah... tak mahuuu!
Air pancuran hujan dipasang kuat membasahi kepala. Cermin di hadapannya sedikit berkabus namun masih dapat memantulkan anatomi manusia berdada bidang lengkap dengan otot abdomen yang terbentuk cantik setiap lekuknya. Tubuhnya tidaklah besar bak badang tetapi tidak pula kurus melidi, sedang elok sahaja. Kulitnya merah terbakar dek mentari lautan yang panas bak hang tetapi licin rasa macam nak gosok dengan kertas pasir! Aset utama pastilah wajahnya. Dengan renungan mata yang mampu menggantikan panah cupid, tulang rahang yang tajam sehingga mampu membelah iman dan senyuman yang hanya dengan melihatnya, minuman sudah tidak perlu ditambah gula, dia pakej lengkap seorang putera.
Putera katak.
Kunci Nissan GT-R Nismo keluaran tahun 2015 dicapai. Beg sandang hitam yang terletak di tepi pintu terus disandang ke bahu. Pintu Apartment A-07-14 dikunci. Entah bila lagi dia akan kembali. Boleh jadi, ini kali terakhir.
Butang lif ditekan.
30 saat kemudian pintu lif terbuka. Azril berselisih dengan sepasang suami isteri yang mempunyai anak lelaki dalam lingkugan usia sembilan tahun. Tiba-tiba satu rasa asing seperti hatinya ditikam berkali-kali menusuk ke dalam hati Azril. Emosinya tidak mudah terganggu, tetapi hari ini entahlah. Mungkin kerana terlalu rindu. Nafas yang dalam ditarik. Hembusannya perlahan. Bercampur pedih dan pilu. Anak jantan mana boleh menangis! Cepat-cepat Azril mengawal emosi daripada menguasai diri.
"Pakcik, hari ini hari lahir saya." Mesra budak itu menyapa Azril. Pasangan itu hanya mampu tersenyum dengan kepetahan anak mereka.
Azril sedikit tersentak. Pakcik?! Muka stok model terhangat di pasaran ni kau panggil pakcik! Namun wajahnya cepat-cepat dimaniskan.
"Dah ucap terima kasih dekat ibu belum?" Soalan Azril menyebabkan anak itu pelik. Dia yang lahir, kenapa perlu ucap dekat ibu?
Pintu lif terbuka. Azril meninggalkan pertanyaan anak kecil itu tergantung tanpa jawapan. Ya anak, nanti bila kau dewasa kelak, kamu sendiri akan faham pertanyaan seorang asing di dalam lif. Itupun kalau kamu ingat.
Perjalanan ke pengkalan yang hanya mengambil masa lima belas minit terasa begitu jauh. Sedangkan sebelum ini Azril tidak pernah mengeluh. Lagu You Raise Me Up nyanyian Josh Groban bergema dari corong radio.
When I am down and, oh, my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.Senyuman kelat ditarik oleh Azril. Entah kenapa dia terlalu sensitif hari ini. Rindunya terlalu luar biasa. Hari ini dalam banyak-banyak hari yang telah berlalu tanpa dia di sisi tetapi masih lagi dekat di hati. Dia terlalu rindu insan yang hanya dengan hadirnya sahaja sudah membawa ketenangan. Setiap lelah akan terbalas dengan kebaikan. Itu pesannya setiap kali Azril mengadu penat.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up to walk on stormy seas;
I am strong when I am on your shoulders;
You raise me up to more than I can be.Masuk sahaja rangkap kedua, Azril sudah tidak tahan. GT-R diberhentikan di lorong kecemasan. Rindu... Wajahnya ditekup. Ah, terlalu emosi akan merosak diri.
Air mineral 500 ml diteguk habis. Perjalanan diteruskan. Kalau bukan kerana yang memanggil itu Skuadron Trodaire tidak ada maknanya dia hendak pulang ke pengkalan pada waktu cutinya.
YOU ARE READING
Garis Masa
ActionSINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memili...